Pagi ni saya nak kongsikan mengenai trip Shaklee ke Orlando pada 2 hingga 12 Ogos yang lepas. Sangat best tau! Jom kita baca beberapa cerita di sini ye. Mungkin boleh dijadikan inspirasi buat kita semua untuk turut sertai trip ke Shaklee Global Conference lagi tahun 2018.
Sebelum ke Orlando, Shaklee siap pos beg luggage untuk setiap peserta yang akan turut serta ke trip Orlando kali ni. Comel kan luggage beg ni. Warna warni!
Beg Percuma dari Shaklee
Untuk ke Orlando, Shaklee memilih penerbangan dengan menggunakan Emirates. Total perjalanan dari Kuala Lumpur ke Orlando selama 30 jam! Naik beku punggung kan. Hehe. Namun, ia sesuatu yang sangat berbaloi tau.
Bertolak petang hari dari Malaysia menuju ke Dubai. Di Dubai, transit selama 5 jam. Sebelum terbang, Shaklee berikan elaun makan siap-siap tau. Setiap orang dewasa 300USD. Seorang kanak-kanak dapat 180USD. Wah wah wah!!! Kalau ditukar ke RM berapa tu sorang. Cuba lah darab dengan 4 hehe. Dewasa RM1200, kanak-kanak RM600 tauuu. Punyalah mewah makan sana.
Elaun makanan
Eh, ni elaun makan untuk tempat yang Shaklee susah nak jumpa makanan halal pada satu-satu tempat tu. Sebab tu Shaklee minta kita cari makanan sendiri. Baik kan? Walau tak dapat sediakan makanan halal (dalam jumlah yang ramai sebab legasi Shaklee yang ke Orlando ni hampir 200 orang), Shaklee tetap berikan duit makan. Dan biasanya kami ni kalau Shaklee berikan elaun makan ni…kami tak guna pon untuk makan sebab bawa bekal sendiri (Brahims food dan sebagainya). So duit ni bolehlah buat shopping 🙂 . Bijak kan hehe.
Dalam flight ni pon, Emirates sediakan Wifi secara percuma. Boleh nak connect dengan famili di Malaysia. Nak update apa-apa pon bolehhh. Takde sape nak larang. Kiranya, masa yang terluang di dalam flight ni pon boleh lagi buat bisnes online tau even berada di dalam flight! Haaa hebatkan teknologi sekarang. Siap boleh update blog lagi bagi siapa yang nak gunakan ruang ini.
Dalam flight ke orlando
Sampai saja di Orlando, dapat dirasakan perbezaan yang ketara. Yelah, jika di Malaysia jam 2 petang, mereka di Orlando jam 2 pagi! Heheee.. Ada yang jam 2 pagi kat sana pon duk terkebil-kebil mata. Kalau jam 2 petang di Orlando, waktu di Malaysia jam 2 pagi. Haaa…mau tak ngantuk kan? Actually jet lag ni boleh diubah dalam masa sehari ke 2 hari. Ingat lagi dulu kisah di Dubai. hehe. Macam ni jugak ler.
Ok, sebelum kita cerita panjang. Nak tanya lah. Orlando tu kat mana? Heheh.. Actually, Orlando tu di negeri Florida. Florida tu di Amerika Syarikat. Wah! Orang Shaklee pergi US tuuu. Ye. Sebab tulah jauh 🙂 . Kita baca sikit pasal Florida ni ye. Perkongsian dari Master Ainul.
Total negeri di Amerika Syarikat adalah 50 buah termasuk Miami. Florida adalah salah satu negeri di dalam negara Amerika.
Kalau dari Florida nak ke New York menaiki kereta, mengambil masa 18-24 jam.
Florida adalah negeri yg terbanyak mempunyai Theme park, dan Orlando adalah salah satu bandar yang mempunyai theme park terbesar di Amerika.
Tasik di Florida, semuanya ada buaya…
Haaa dah tau sikit-sikit kan pasal Florida ni 🙂
Kat Orlando, geng Shaklee tidur kat mana ye?
Nilah nak bagitau ni. Di Orlando, geng Shaklee stay kat Gaylord Palm Resorts & Convention Center.
Kita baca sikit pasal hotel ni ye.
Ia miliki 1406 bilik. Ia adalah hotel 5 bintang. Satu malam harganya 500USD iaitu RM2000. Mau pengsan kita nak bayar bilik hotel camni kalau pergi dengan duit sendiri.
Gaylord Palm Resort, Orlando
Haaa…turun-turun je dari flight…menuju ke imegresen dan terus ke hotel.
Day 1 Shaklee Malaysia di Orlando
Ni gambar Master Ainul Dan Master Farina bersama Shaklee Management iaitu Helen Lam (President Shaklee Malaysia) dan Suknit Kaur (Management). Dalam Shaklee, Shaklee leaders (juga ahli) sememangnya bekerjasama dengan pihak management demi memberikan yang terbaik buat keluarga Shaklee yang besar termasuk customer dan ahli-ahli Shaklee yang lain. Kami ibarat satu keluarga yang memerlukan satu sama lain dalam menambahbaikan Shaklee Malaysia.
Camne pula rupa bilik hotel geng Shaklee Malaysia kat Orlando ni ye? Tadaaa…di bawah ni. Nampak satu katil tu? Even dipanggil katil single, ia adalah katil yang boleh muat untuk 2 orang tau. Kiranya bilik ni untuk 4 orang guna, namun Shaklee berikan untuk 2 orang saja guna. Untuk berikan keselesaan terbaik buat legasi Shaklee Malaysia di sana. Haa best kan!
Bilik Hotel Di Orlando
Bab makan pula takyah risaulah. Shaklee sememangnya sentiasa memberikan yang terbaik buat ahli Shaklee yang sertai trip ini.
Dan yang bestnya….ada surprise gift yang Shaklee sediakan untuk ahli Shaklee tauuu. Bukan satu! Banyak pulak tu.
Haaa..yang ni kali pertama jejak ke Orlando terus dapat. Yang mengantuk pon kan…saya rasa diorang segar bugar balik! hehe.
Ada lagi tauu…masuk hari kedua…time dinner..dapat lagi surprise gift! Apa dia? Haa nak tahu ek?
Yang ni takde tau kat Malaysia! Dan diorang dapat sekotak sorang stripes ni tau. Best sangat-sangat!
Vivix kan memang ada di Malaysia. Namun, vivix version ni belum ada kat Malaysia tau. Ia dalam bentuk kapsul tau. Pergh! best sangat-sangat!
Esoknya, legasi Shaklee Malaysia hadiri global conference di sana. Dapat rasakan, betapa makin sayangkan Shaklee apabila mengenali Shaklee dengan lebih dekat kali ini. Makin dekat, makin sayang, makin jatuh cinta!
Apa taknya, melalui Global Conference ni kita dapat update secara live!
Sales Shaklee Global = *USD 2.8 Billion*
Vitalea Sales = 930 juta pack terjual!
VIVIX Sales = 222 juta servings!
Wow! Kita bukan bisnes main-main tau. Kita bisnes global!
100 years innovation Shaklee products
shaklee safe
Sejarah vitalea 100 tahun
Wah! Vitalea (multivitamin) yang kita makan sekarang ni dah berusia 101 tahun tau.
Haaa ni sikit saya kongsi ye.
Ada satu lagi…angkasawan pon makan suplimen Shaklee tau. Legasi Shaklee kali ni ada makan tengahari bersama astronaut tau. Nasa yang approach Shaklee untuk gunakan produk Shaklee di angkasa lepas. Dan selama mereka berada setahun di angkasa lepas, mereka memang ambil Shaklee memandangkan makanan kat sana mana ada mana pon.
Sharing dari Master Lyna:
Awal bulan Mac aritu ada baca news tentang ‘Astronout Scott Kelly returns to Earth after 1 year mission in space’ terlintas dalam fikiran “Eh macam nama angkasawan Shaklee je ni, tapi takkan la kot hebat macam tu” Haaa tuddia kan.
Selepas sedikit investigation, mmg betul la tu Captain Scott yg Shaklee tu huk aloh!
Harini berpeluang bergambar dgn pasangan kembar angkasawan ni Capt Mark (abang) & Scott (adik) Kelly. Speech diorang sangatlah powerful. Satu dewan beri perhatian. Takde yg berganjak dari kerusi pun.
Antara pesanan Capt Mark & Scott:-
1. Mesti ada target, perancangan & kerja keras. Mereka dapat apa yg mereka dapat selepas kerja keras. Takde langsung mereka sebut “Saya bernasib baik…” Tapi “benda ni susah & kita kena kerja keras”. Banyak kali diorang sebut “kerja keras”.
2. Take small & tiny steps. Buat sikit2 dgn bagus dan betul. Istiqomah lebih baik dr nak buat semua tp satu pun tak sempurna.
3. Take risk, try & make correction. Beranikan diri buat benda yg tak pernah dibuat…kalau silap, next time betulkan.
4. Semua orang ada cabaran masing2. Fokus pada jalan kita, jgn kisah jalan orang.
5. Fokus pd benda2 yg kita boleh kawal & lupakan benda2 yg di luar kawalan kita. Tak berbaloi & bazir masa je nak layan benda2 yg kita takleh buat apa ni. Cthnya orang memburukkan kita… Toksah layan. Kill them with success & bury them with smile.
Banyak lg kisah best yg diorang share. Tak sabar nak kongsi dgn anak cucu iReach!
Alhamdulillah.
Lunch bersama astronaut
Ni kat rocket garden area kennedy space center
rocket garden at kennedy space center
NASA
Girls in Orlando
Ada juga tiba-tiba Shaklee bagi surprise gift dengan letakkan bag pack ini di dalam bilik ahli Shaklee dari Malaysia tauuu…
bagpack disney percuma
Haaaa…mak-mak pon boleh guna tau. Comel kan!!!!
Shaklee sememangnya memahami pasal kita orang Islam. Tempat solat pon ada disediakan tau semasa conference. Juga mothers room untuk menyusukan anak mahupon pam susu.
Bak kata Master Maria,
Antara perkara yang saya sangat suka pasal Shaklee business adalah ianya kids friendly.
Kami boleh bawa anak-anak kecil semasa conference.
Even CEO Roger Barnett sendiri jemput anak dia naik ke atas pentas masa conference.
Shaklee juga sediakan tempat untuk ibu-ibu nak menyusu anak atau nak pam susu (macam saya 🙂 )
This is the perfect business for me!
I love my family, I also love my business Alhamdulillah.
Being part of this Shaklee family is one of the greatest gift in my life!
Shaklee ada juga bawak jalan-jalan ke Premium Outlet (syurga shopping..hehe), dan macam-macam lagi lah diorang pergi.
Yang last sekali, selepas balik dari Orlando tu..diorang transit lagi ke Dubai. Siap pergi jalan-jalan ke Burj Al Arab lagi tauuu. 9 jam transit di Dubai. Shaklee siap bagi towel untuk mandi dan belanja makan serta jalan-jalan tour city dubai. Serious! It is so excited! Walau saya akan ke jordan dan umrah tajaan Shaklee dalam beberapa bulan dari sekarang…tetap dapat rasa betapa excitednya pergi ke Orlando ni. Evem 30 jam total perjalanan termasuk transtit tauuu. Nak harap pergi dengan duit sendiri? Jangan haraplah kan
Sunset in Dubai
Sekian saja sharing saya mengenai trip Orlando teman-teman seperjuangan Shaklee. Saya dan suami memilih untuk ke Jordan Dan Umrah tajaan Shaklee yang akan diadakan pada 9-20 januari 2017. Nanti kita update pulak ye.
Nanti saya kongsikan link kisah cerita mengenai trip saya dan suami serta keluarga ke Dubai dan umrah pada 2013, ke global conference di los angeles pada 2014 dan dubai,abu dhabi dan umrah pada tahun 2015.
Stay tune! Trip adalah salah satu kelebihan yang boleh diperolehi melalui bisnes Shaklee. 🙂 ia best kerana kita pergi beramai-ramai.
Shaklee Malaysia in Orlando
Last but not least,cuba renungkan gambar ni.
It Starts With You
Dalam bisnes ini, ia bermula dengan diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Ingin sertai Shaklee?
Ingin cuba dulu produk Shaklee?
Ingin jana pendapatan sampingan dari Shaklee walau dari rumah?
Boleh hubungi saya,
Master ira & hafizan
013.942.2527
zahirahhafizan@gmail.com
Bestnya trip Shaklee Bisnes Shaklee Shaklee Global Conference 2016 ke Orlando