Saya pernah berkongsi mengenai Hukum Tarikan ini di blog saya dalam post sebelum ini. Hari ini, saya ingin mengajak teman-teman untuk berfikir siapa sebenarnya penarik alam ini…iaitu The Universal Attractor.
Apabila tengok sesuatu…kita suka tengok yang cantik, comel,wangi,indah kan berbanding sesuatu yang hodoh, buruk, busuk kan?
Itu bermaksud, kita secara fitrahnya sukakan perkara yang baik-baik dan elok-elok kan? Tiada orang yang suka kepada sesuatu yang merosakkan. Itu fitrah kan 🙂
Sebenarnya, siapa yang memberikan rasa itu kepada kita? Rasa fitrah nak yang elok-elok itu kepada kita? Siapa? Siapa sebenarnya Penarik Alami ini?
Siapa lagi kalau tidak Allah taala.
Love Allah
Apa sifat Allah?
Allah miliki sifat-sifat yang sungguh indah dan baik. Dengan sifat Tuhan (Allah) yang Maha Perkasa, hanya Dia yang mampu menjadi tarikan kepada setiap makhluk. Tuhan yang memberi kebaikan dan membawa kita ke arah kebaikan. Tuhan memberi kekayaan. Tuhan yang miliki semua sifat kesempurnaan, dan memiliki pengetahuan yang luas. Kita tertarik kepada sesuatu berdasarkan sifat-sifat kesempurnaan yang ada pada Tuhan.
Semua keindahan dan ciptaan alam ini memperkenalkan diriNya kepada manusia. Dia adalah Tuhan, iaitu The Universal Attractor. Dia adalah Tuhan, Penarik Alam yang sentiasa membentangkan kejayaan dan kebahagiaan kepada semua yang taat dan mematuhi perintahNya.
Selamat menjadi magnet kejayaan dan kebahagiaan. 🙂
Salam sayang,
Master ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com