Skip to content
Home Kehidupan ini sungguh unik! Ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita

Kehidupan ini sungguh unik! Ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pembaca blog zahirahhafizan.com. Saya mendoakan anda sentiasa dalam rahmat Allah tiap saat.

 

Pagi ni, topik kita santai je. Sejauh mana kita faham bahawa segala yang kita rancangkan ini..semestinya memang dalam skop kuasa Allah Taala. Ye, kita memang boleh merancang segala-galanya, namun kita jangan lupa. Allah sebaik-baik perancang. Dan segalanya akan “tertimbus” oleh perancangan dan kuasa Allah itu.

 

Allah maha perancang

 

Jika kita sedih, memang itu fitrahnya. Kita mahukan sesuatu A, tapi yang diberi adalah B. Itu normal bila kita sedih kerana kita tak dapat apa yang kita mahu dan rancangkan.

 

Tapi, itu tidak bermakna..kita tidak perlu langsung merancang apa-apa. Kita sebagai hambaNya, mesti merancang dan merangka sesuatu yang kita mahu capai dan ingin jadikan ia terlaksana. Dan kemudian, kita serahkan kepada Allah apa yang kita mahukan itu. Minta Allah mudahkan. Kemudian, kita berusaha keras ke arah menjayakan perancangan kita itu. Jika kita tidak dapat apa yang kita mahu itu, jangan berputus asa. Ada kalanya, Allah menguji untuk menambah kekuatan kita. Teruskan berjuang mencapai impian itu. Semakin ia sukar untuk dicapai, semakin manis pengalaman itu. Dan semakin kita hargainya 🙂

 

bersyukur

 

Bersyukurlah kita setiap masa. Ye, kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur di kala sedih. Jadi, apabila kita cool down sedikit, lihatlah alam sekeliling. Betapa besar nikmat Allah berikan kepada kita. Adakah berbaloi kita menyalahkan Allah atas sedikit ujian yang menimpa kita ini? Jadilah kita hamba yang bersyukur.. Hitunglah nikmat Allah itu :). Boleh dan mampukah kita menghitungnya?

 

Saya mendoakan, anda yang membaca post ini kembali ceria..jika anda sedang dilanda sebarang ujian. Doa saya buat anda, untuk anda sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Juga anda dapat atasi segala ujian ini dengan mudah dan positif. Doakan kami juga :). Allah sayangkan anda! Allah sayangkan kita semua 🙂

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan dari RM30-RM1,000,000 DAN LEBIH hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

 

zahirahhafizan@gmail.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *