Semalam, saya mendengar CD rakaman Seminar Hidup Luar Biasa yang dikongsikan oleh Doktor Azizan Osman dan Afdlin Shauki. Ada saya share semalam 10 tips bagaimana ingin hidup luar biasa yang dikongsikan oleh DAO di sini ye.. Dari hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa.
afdlin shauki
Dalam perkongsian ini, ada juga Afdlin Shauki menceritakan pengalamannya. Dan saya juga turut sama “berair mata” apabila mendengar suara Afdlin yang sebak di stage apabila berkongsi pengalaman ini. Saya kongsikan dengan anda semua semoga beroleh iktibar dan pengajaran. Bagi saya, pengajaran yang saya dapat semalam adalah cukup besar dan memberi tamparan hebat buat saya untuk saya juga menjadi “somebody”.
bisnes afdlin shauki -pelikat pants
Afdlin Shauki, saya rasakan semua kenali beliau. Seorang yang cukup sinonim dengan “suara comel” dan juga perwatakan kebudak-budakan kadang-kadang di dalam TV. Tapi, ada banyak filemnya yang memberi kesan dan impak yang cukup baik kepada masyarakat. Contohnya Papadam, Buli. Afdlin pon pernah berlakon bersama Erra Fazira 🙂 . Saya bukan gemar sangat menonton televisyen. Tapi ada juga lah tonton sikit-sikit dulu-dulu 🙂 .
filem soal hati
filem buli balik
Pengalaman Afdlin sendiri yang hidup dari kecil bukannya terus senang. Beliau dan keluarga alami masalah yang biasa keluarga lain alami juga dari segi kewangan. Pernah tinggal di flat. Yang mana tidaklah begitu selesa. Beliau adalah anak sulong daripada 10 orang adik beradik. Pernah orang datang ke rumah, ambil semua barang dalam rumah kerana rumah disita.
LCD TV
Dan yang paling berharga buat Afdlin yang masih kanak-kanak masa tu adalah TV nya. Sebelum ni, ayahnya tak mampu nak beli TV walau dia suka tengok rancangan dalam TV. Once dapat beli, bila kejadian yang tak diingini menimpanya dan keluarga. Sehingga orang datang ketuk pintu rumah bagaikan nak tercabut pintu, tapi mereka adik beradik dan mak terpaksa duduk diam-diam dalam rumah seolah-olah tiada orang dalam rumah tu untuk mengelakkan kejadian lebih teruk berlaku.
Betapa kejadian ini memberi kesan yang cukup ketara kepada Afdlin. Tambahan pula, TVnya diangkut sekali oleh orang untuk di jual. Baginya, TV sangat penting kerana dari TV ni dia belajar banyak perkara dalam hidup. Beliau belajar muqaddam, belajar membaca, belajar mencari ilham pon melalui TV ini. Dan memang kesan yang sangat-sangat mendalam buat Afdlin ketika itu, apabila TV nya diangkut pergi oleh orang. Kerana ia adalah satu barang yang cukup cukup berharga buatnya.
Di kala dewasa, Afdlin alami inferity complex. Nak buat sesuatu, tapi ada je suara-suara kecil yang membunuh kembali apa yang dia ingin lakukan.
Contoh:
Afdlin: Aku nak buat ni lah.
Suara kecil dalam diri: Tak payahlah. Engkau tak boleh punya.
Biasa juga kita begitu kan? Haaa…ia adalah normal jika berlaku. Dan kita mesti “bunuh balik” suara kecil itu.
Tapi bagaimana caranya? Jap gi saya kongsikan.
Sambung kisah Afdlin Shauki tadi. Beliau bercerita, pernah mengalami saat kemeruduman dari segi ekonomi sehingga nak bayar kereta pon tak dapat. Bank call, dia tak pick up phone. Call lagi. Dia masih buat bodoh je tak pick up phone. Pernah berlaku kepada anda? Dan tiba-tiba orang bank datang ke rumah, dan nak tarik kereta. Afdlin umpama terjaga, kisah ini berulang! Kisah di zaman kanak-kanaknya orang ambil TVnya kerana rumah disita dan barang dalam rumah dilelong…dan kini..ia berlaku sekali lagi di kala dia sudah dewasa!
KERETA
Afdlin tersentak! Dan merasakan ini sepatutnya, seharusnya, semestinya sudah tidak berlaku! Dan dia tidak mahu peristiwa sama menghantui isteri dan anak-anaknya. Saya sebak tau dengar apa yang Afdlin share. Saya dapat rasa dia betol-betol tak nak perkara itu berlaku kepada keluarganya lagi. Yang lalu biar berlalu. Dan kini dia mesti ubah nasib keluarganya.
Dan mulai dari hari itu..dia terus belajar dan belajar bagaimana cara mahu meningkatkan ekonomi keluarganya supaya peristiwa sama tidak berlaku lagi. Afdlin belajar dengan Doktor Azizan Osman. Masuk kelas DAO.
Dan, he did it! Really did it! Mula-mula nak buat tu, suara kecil cakap macam-macam pada dia. “Engkau tak boleh.” “Engkau mana mampu”. Macam-macam! Dan tips yang Afdlin bagi adalah…buat bodohhhh je kat suara kecil tu. Lawan balik apa dia cakap. Never mengiyakan apa yang suara kecil tu cakap. Sehingga suara kecil tu diam! Dan betol sekarang..suara kecil itu betol-betol diam dan ikut je apa Afdlin mahu lakukan.
Ia umpama macam ni sekarang…
Afdlin: Aku nak jadi Perdana Menteri
Suara kecil: Ha..sukati kaulah nak jadi apa. Aku cakap apa kau tak dengar dah. Sukati kaulah!
See? Bila ini sudah berlaku…tiada perkara mustahil dalam hidup kita yang kita tak boleh capai. Yes! Apabila kita kuasai diri kita sendiri. Bukannya suara kecil itu.
Knowing-yourself
Afdlin kongsikan, kenapa dia boleh menjadi “somebody”? Kerana kesusahan yang membantu dirinya untuk berjaya sebenarnya. Pengalamannya sejak kecil yang hidup susah. Dan dia tak mau kesusahan itu diwarisi oleh anak-anak dan isterinya. Kesusahan itulah yang membakar dirinya untuk pastikan dia berjaya!
Pernah Afdlin suarakan kepada maknya yang dia mahu terjun dalam bidangnya sekarang. Iaitu dunia seni. Dan apa maknya pesan? “Boleh. Tapi pastikan buat yang TERBAIK!” Dan dia tahu, yang itu adalah doa ibunya. Kerana itu, die pegang betol-betol, buat sesuatu dengan sungguh-sungguh.
Afdlin share kan beberapa tips. Bagaimana ingin menjadi “somebody” dengan hidup luar biasa.
1. Berani bermimpi.
Semasa di Tingkatan 5, dia minat dengan Shiela Majid. Dia berimpian, suatu hari nanti..dia nak berduet dengan Shiela Majid. Dan yes! he did it! Semasa berimpian tu..dia tak tahu pon boleh ke tak..bila…tapi yang dia tahu..suatu hari nanti dia akan berduet dengan Shiela Majid. Dan betol! Ia berlaku.
DREAM BIG
Dan satu lagi, Afdlin minat dengan Awie. Dia berimpian, suatu hari nanti…dia akan bekerja dengan Awie. Dan…ye! he did it!
Kerana itulah..beranilah bermimpi! Dan ia adalah PERCUMA!
2. Letak tepi “tak bolehlah”…dan pastikan kahwin dengan “Bateri yang kuat”
Fokus untuk lakukan yang terbaik. Jika ada suara kecil yang membuatkan kita terus jatuh dan tak boleh nak bangun-bangun balik…buat bodoh je kat suara kecil tu. Lama-lama ia akan diam! Kita yang kena tegas dengannya.
pilih kawan yang baik
Suara kecil ni kadang-kadang memang wujud secara “zahir”. Contoh pasangan suami isteri. Si suami nak buat sesuatu, tapi isteri asyik mengomel, tak berikan support. Itu lah maksudnya suara kecil yang menzahirkan diri. Dahla ada dalam diri kita dah suara kecil tu. Kat luar pon ada gak. Huhu. Sian kita. So, nak buat camne? Kena kasi cas positif banyak-banyak kat pasangan kita. Hantar pergi seminar ubah mindset dan kolam jiwanya. Kerana kita nak pastikan kita dan pasangan kita ni sama-sama miliki cas bateri yang cukup kuat dan power! Bukannya mengdischarge bateri kita pulak. So, barulah dua-dua boleh terbang sama-sama dengan tinggi:)
3. Apa yang kita pandang diri kita tu jauhh lebih penting dari pandangan orang terhadap kita
Afdlin share. Dia tahu dia tak sehandsome pelakon-pelakon lain. Tapi satu benda yang buat dia terus mara dalam dunia lakonan adalah…kerana dia ingat…
Ni ayat dia kongsikan..buat saya pon tergelak..dan betol jugak apa dia cakap…
“Pelakon-pelakon tu diorang handsome. Tapi, saya ingat saya handsome!”
Apa maksud kat sini? Maksudnya, walau dia kurang handsome, dia tetap nampak dia handsome jugak. Sebab dia ingat dia handsome.
pandang diri sendiri boleh menjadi hebat juga
Jadi, Afdlin dah boleh atasi rasa malu, rendah diri apabila berada dalam dunia seni. Ini lah perkara yang ramaii antara kita sering lupa. Kita sering melihat diri kita dari kaca mata orang lain, tanpa kita melihat diri kita dari kaca mata kita sendiri. Boleh kalau kita nak tengok diri kita dari kaca mata orang lain, tapi pastikan kita tak lupa melihat dari kaca mata kita sendiri juga supaya kita sering rasa bersyukur.
4. Elak dari sentiasa mengeluh dan komplen
Mengeluh ni bukan sikap orang yang berjaya. Jika mahu lakukan sesuatu dan perolehi hasil yang tersangat istimewa, sudah pasti ujiannya bukan sedikit. Jadi, kita mesti tempuhi walau apa jadi sekalipon. Barulah kita boleh berjaya.
Itu saja yang ingin saya kongsikan pagi ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan suplimen semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?
Ingin menjana pendapatan 4 angka ke 6 angka hanya dari rumah?
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…
Salam sayang,
Master ira&hafizan
zahirahhafizan@gmail.com