Skip to content
Home 4 perkara istimewa di Kem Remaja Unggul

4 perkara istimewa di Kem Remaja Unggul

Alhamdulillah, program Kem Remaja Unggul atau Kem Khalifah Junior selesai berlangsung berlangsung di Surau Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu pada 19 hingga 20 Disember yang lepas.

 

 

Syukur pada Allah kehadiran peserta melebihi jangkaan iaitu seramai 65 orang walaupon jangkaan awal hanya 50 orang.

 

Kerjasama yang erat dengan Badan Kebajikan Islam Petronas, NGO Come On Remaja Untuk Malaysia, ZH Lands Sdn Bhd dan Legasi Anugerah Terindah telah menjadikan program ini satu kenyataan.

 

Saya dan suami, Master Hafizan dijemput menjadi speaker untuk berkongsi pengalaman kam dengan remaja-remaja ini.

 

Suria Horizon Training and Consultancy dan Hijrah Insan Training and Consultancy yang telah diamanahkan untuk menjayakan program ini telah membawa modul tip top personaliti, tip top komunikasi dan tip top ibadah yang bertujuan untuk melahirkan remaja yang jelas matlamat hidup serta menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

 

Dalam program kem remaja unggul ini turut membawa slot bersama ibu bapa dengan harapan perubahan yang dirasai oleh peserta dapat diteruskan di rumah dengan pemantauan oleh ibu bapa.

 

Kem Remaja Unggul ini juga bukan sahaja telah berlangsung di Terengganu, malah di setiap negeri di seluruh negara yang mencatatkan kehadiran lebih 2,000 orang secara keseluruhannya.

 

 

 

4 perkara yang istimewa saya lihat dalam program ini adalah:

 

  1. Mendidik anak-anak berkenaan hidup kita ni mesti hormat dan taat kepada Allah, Rasul dan juga ibubapa.
  2. Memahami siapa mereka di muka bumi ini dan apa tugas mereka sebagai khalifah Allah
  3. Berusaha membalas jasa ibu bapa dalam segenap aspek
  4. Utamakan Allah, Allah akan utamakan kita

 

Kita doakan agar remaja-remaja yang dah sertai Kem Remaja Unggul ini miliki peribadi yang istimewa dan akhlak yang unggul di kalangan teman-teman yang lain. Insyaallah.

 

Salam sayang,

Ira&Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Masters Coordinator

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *