Masa itu lebih daripada emas. Kerana masa ni tiada pengganti. Jam 12 pagi pada 14.11.11 tidak dapat ditukar ganti. Hanya itu sahaja hari dan waktunya. Jika kita kaya sekalipon, jutawan billionaire sekalipon, kita tak boleh dapatkan balik jam 12 pagi pada 14.11.11.
Nampak? Masa sangatlah penting. Bagi saya, kita mesti berada di hadapan berbanding di belakang masa. Apa maksudnya? Ia adalah, kita yang lebih awal daripada masa. Contoh: Mesyuarat akan diadakan pada jam 11 pagi, jadi kita mesti berada dalam bilik mesyuarat pada jam 10.59 pagi paling lewat. Barulah ini menunjukkan kita berada di” hadapan” masa.
Apa nak buat untuk kita urus masa elok-elok ye? Pagi ni saya nak kongsi dengan anda ye.
1. Hargai setiap masa yang ada terutamanya masa lapang. Gunakan sebaiknya.
2. Jauhi dari sikap mengeluh dan mengeluh. Kerana mengeluh boleh membuatkan minda bawah sedar kita semakin penat dan lagi letih tau.
3. Utamakan yang paling penting dahulu untuk dilakukan
4. Bawa berbincang dalam segala perkara dengan baik bagi mengelakkan misscom. yelah, kalau miscomm, sila hari bulan masa untuk mesyuarat tu tersilap. Kan dah terbuang masa tanpa sengaja.
5. Sentiasa berdoa kepada Allah minta dimudahkan segala urusan dan semestinya solat di awal waktu.
Sekian dari saya pagi ini. Semoga ia dapat membantu kita menjaga masa kita sebaiknya.
Salam sayang,
Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators