Skip to content
Home Malu untuk berniaga itu perkara normal

Malu untuk berniaga itu perkara normal

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk mendengar perkongsian dari seorang peniaga yang bekerja sebagai pembaca berita di TV3. Kiranya beliau berniaga juga walau pon bekerja. Saya tersentuh apabila beliau katakan ada yang bertanya, “Bukan ke awak ni pemcaba berita kat TV3. Kenapa berbisnes?”

 

Ada perasaan malu yang dia rasa sebelum ini. Malu kerana orang memandang macam-macam. Terfikir juga “aku ni orang kenal. tak malu ke nak berbisnes jual-jual ni?”

 

 

Apa yang membuatkan dia teruskan juga dengan bisnes ini? Ia adalah kerana baginya, dalam bisnes ni memang akan lalui segala perkara yang mencabar diri kita sendiri. Mencabar zon selesa kita. Menjadikan kita sebagai seorang yang lebih tabah dan kuat. Dan yang paling penting baginya, dia niat untuk membantu ibu-ibu untuk banyakkan susu dan mendapatkan kesihatan badan yang lebih baik kerana produknya adalah fokus kepada ibu menyusu. Saya tak ingat apa nama produknya.

 

Tapi betol, walau sekejap saya sempat saksikan di TV9, saya dapat mesej yang sungguh tajam. Iaitu, “kenapa kita hendak malu? Kita mencari rezeki Allah dengan cara yang betul.”

 

Dulu, saya beginilah semasa nak memulakan bisnes. Malu! Disebabkan itulah saya mencipta blog zahirahhafizan.com ini. Sungguh perancangan Allah itu sungguh hebat. Dan alhamdulillah, berkat usaha untuk jauhi sungguh-sungguh rasa malu tak bertempat ini, saya boleh bergerak lebih maju dalam bisnes. Alhamdulillah

 

Mungkin ada di antara anda di luar sana juga merasa malu jika berbisnes. malu orang katakan “eh, takde duit lah tu sampai buat bisnes”. Kenapa kita mahu pedulikan kata-kata orang? Padahal bukan memberi manfaat kepada kita. Jadilah katak pekak di kala ayat ini diberikan kepada kita. Kita sedang memartabatkan sunnah Rasulullah saw iaitu berniaga

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?

 

Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *