Alhamdulillah, sempat saya menulis pagi ini. Saya nak kongsikan dengan anda yang membaca blog zahirahhafizan.com input yang saya dapat daripada kelas klinik keusahawanan dan pelaburan Dr Azizan Osman semalam. Jujur saya katakan, ini adalah kali pertama saya hadir. Banyak kali mencuba, mungkin bukan rezeki saya sebelum ni. Kesiann saya kan..hehe. Tapi alhamdulillah, hadir sudah rezeki buat saya dan seluruh grup saya Legasi Anugerah Terindah untuk mendapat inspirasi dari luar. Kenapa ia juga untuk ahli grup Legasi Anugerah Terindah? Ia kerana setiap ilmu yang saya timba, saya dah tanam azam untuk berkongsi. Termasuk juga pembaca blog zahirahhafizan.com.
Mula-mula sampai, kami daftar dulu di kaunter. Saya isi borang. Ada tertulis di borang, dari mana saya tahu pasal program ini? Saya tandakan “Facebook”. Wow, power kan facebook ni! Saya belajar satu ilmu berkenaan borang servey. Hmm…Alhamdulillah Allah bukak mata saya sekarang camne nak buat servey form dan register form. Ilmu secara tak langsung 🙂
Kemudian saya diberikan sticker “Richworks”. Saya cuba fahami apa maksud “Richworks”. Ia adalah “Kerja-kerja kaya”. Ok, maksudnya di sini, sebelum nak jadi kaya, kita kena buat kerja-kerja ajak orang lain menjadi kaya dulu. Kita bantu orang lain dulu menjadi kaya. 🙂
Kemasukan adalah PERCUMA jika mendaftar dengan 3 orang ke atas. Saya hadir dengan 4 orang. Termasuk suami saya :). Adik-adik mula-mula tak mau hadir sebab mereka kata mereka pernah hadir. Tapi saya “paksa” mereka. Sebab mesti tak sama dengan kelas dulu. Dan memang ye, tak sama! Mereka akuinya. Jadi, apa lagi yang saya belajar? Pergilah berkali-kali ke majlis ilmu walau gurunya adalah orang yang sama, topik pon sama. Pasti ada tambahan ilmu lagi sebab sang guru mesti miliki ilmu yang cukup banyak untuk dikongsi.
Kami beratur untuk masuk ke dewan KTC. Kami antara yang terawal kerana jam 7.15pagi pon dah mula bergerak dari rumah. Niat yang utama adalah nak menimba ilmu. Jadi, saya KOSONGKAN “GELAS”. Dan saya target untuk bawa balik “gelas yang penuh” terisi. Apa maksudnya? Saya meletakkan diri saya umpama orang tak tau apa-apa. Orang yang tak pernah berbisnes sebelum ni. Orang yang pada masa tu baru nak berjinak-jinak dalam bisnes. Dan alhamdulillah, bila begitu, saya umpama span. Menyerap segala ilmu yang diberikan oleh guru. Alahmdulillah. Saya menjadi “fanatik” dengan ilmu, bukan dengan DAO ye. 🙂
Selepas mendapatkan kerusi hadapan, saya lihat ke belakang. Penuh orang. Ada yang berdiri. Saya bersyukur kepada Allah kerana hadiahkan saya kerusi di bahagian hadapan kepada saya hari ni.
Kelas dimulakan dengan bere bere. Bagi saya, saya dah pernah dengar dah kawan-kawan mahupon susur galur bercerita pasal senaman ini. Saya ok. Walau ini pertama kali. Ia boleh bantu hilangkan rasa blur yang pertama kali hadir. :)…Dan teknik itu saya cuba tiruvasi dan upgrade:)
DAO berkongsi ilmu…
1. Ferrari vs kancil..
Antara kereta kancil dan ferrari, yang mana satu pilihan kita? Nak guna kereta Ferrari ke kereta kancil? Mana satu pilihan kita? Sudah pasti kita memilih FERRARI kan? Sebab apa?
Walau kerusinya keras, sterengnya keras, walau sempit..kenapa kita memilih Ferrari?
Ia kerana KEPANTASAN.
Ferrari miliki kuasa kuda untuk 950 ekor kuda yang cergas, pantas dan sihat! Manakala kancil pula? Mungkin miliki kuasa kancil untuk 50 ekor kancil hehee. Jadi, mesti lah kita nak pilih yang patas-pantas kan?
Contoh lain, kita nak pilih internet servis laju atau perlahan? Ada ke orang yang pergi ke celcom dan bagitau ” Encik, saya nak apply servis internet paling perlahan di dunia.” Ada ke? Sudah pasti tak de kan?
Jadi dalam bisnes ini, kita perlukan KETANGKASAN. Kerana orang yang tangkas akan menang, mengatasi orang yang bergerak perlahan macam siput babi.
Lagi..apa perkongsian?
2. Dalam bisnes tak perlukan modal yang tinggi..
Bermulalah dengan sesuatu yang perlukan komitmen yang rendah terlebih dahulu dalam kewangan. Contoh, nak menjual nasi lemak. Mulakan dengan buat warung kecil-kecil terlebih dahulu. Bermula dengan 1,2,3,45,6,7,8,9 buah warung. Satu per satu dibina. Bukannya terus bina 1 wisma nasi lemak yang memerlukan modal yang sudah tentu tinggi.
Elakkan daripada membuat pinjaman untuk memulakan bisnes. Kerana kalau buat pinjaman, especially pinjaman bank ataupon along, memang cari nahas. hehe. Yela, belum start bisnes dah boleh bankrup. Betapa ramai orang berniaga memulakan bisnes dengan langkah tak bijak ni.
Lagi…apa lagi yang dikongsikan?
3. Cari guru untuk belajar..
Guru ni adalah mentor. Mentor saya adalah PM Cery dan PM Laila. Saya rapat dengan 2 orang mentor ini. Dan kini saya belajar dengan lebih ramai lagi guru termasuk DAO. Lagi banyak guru, lagi banyak yang kita boleh belajar. Yang penting, kita ra
DAO kongsikan, apa yang beliau dapat daripada Peter Lau yang mula-mula ajarnya dalam bisnes ni.
Peter lau kongikan, dalam bangsa cina, ada 2 cara untuk berbisnes.
a) Kerja dengan 1 tauke ni, jadi “kuli” dia selama 10 tahun. Belajar semua dengan tauke ni. Ikut semua arahan. Selepas 10 tahun, biasanya tauke cina ni akan suruh kita buka sendiri kedai sebelah kedainya. Bantu apabila “stuck” di mana-mana.
b) Cari yang dah berjaya dan minta dia menjadi guru kita. Biasanya susah orang nak terima kita sebagai anak muridnya. Sebab guru ni pon dah banyak duit dia dah. Tak beri kesan pon pada kita “yuran” kita tu. Apabila dia sanggup ajar kita tu, maksudnya dia memang nak tolonglah tu.
Yuran yang kita bayar dalam bentuk wang itu adalah komitmen. Komitmen untuk kita berjaya. Bukannya untuk mengkayakan speaker atau “guru” kita. Mereka dah sedia dengan komitmen nak beri ilmu pada kita. Cuma kita perlukan komitmen untuk letakkan ilmu yang akan kita dapat itu adalah penting dan sangat berguna. Kalau free dan mudah je dapat tiap masa, ia mudah hilang dan tidak dihargai.
Jika kita ada mentor, kita boleh elak diri kita daripada membayar “yuran” kesilapan. Kerana mentor kita tu dah tahu jalan yang terbaik dan tahu macam-macam dah onak duri.
“Kau jangan buat macam ni. Ha, buat macam ni”.. kan elak masa kita daripada dibazirkan membuat sesuatu yang tak menjadi tu:)
Kalau nak jadi jutawan, DAO pesan ni:
1) Cari mentor yang jutawan
2) Sanggup nak ajar kita
3) Pandai ajar
4) Kita jangan jadi anak murid yang kurang ajar..
Haa..sentap? ehehe..saya suka! Sebab memang betul pon. Ni pesanan DAO semalam. Kenapa kita tak boleh jadi anak murid yang kurang ajar? Ini kerana, apabila seorang mentor itu curahkan ilmunya pada kita, ia umpama diri mentor itu berada dalam diri kita. Jika kita mula “kurang ajar” dengan mentor kita, bermulalah kurang keberkatan kepada diri kita…
Ia mengingatkan diri saya untuk sentiasa rendah hati dan jauh dari rasa ego dengan mentor-mentor saya. Walau orang tu ajar sikit je pada saya, mesti saya rendahkan hati saya dari sikap ego. Sebab bila ego, hati saya akan bermasalah.
Banyak lagi yang dikongsi semalam..Saya akan kongsikan dengan anda di post seterusnya…Bagi banyak-banyak sekaligus pon jem otak nanti hehe…
Salam sayang,
Ira & Hafizan
0139422527
zahirahhafizan@gmail.com
Master Coordinators
Cara memberi dengan lebih baik Motivasi