Skip to content
Home Tips atasi badan berangin semasa mengandung!

Tips atasi badan berangin semasa mengandung!

Angin dengan ibu mengandung boleh dikatakan ‘kawan baik’. Kenapakah ibu mengandung mudah mengalami badan berangin walaupun tak makan makanan bersulfur?
Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.
Bagaimana untuk mengurangkan simptom angin di kalangan ibu hamil:
1- Mengambil makanan yang menggalakkan pergerakan peristaltik usus iaitu yang yang tinggi dengan fiber

Tapi awas… Jangan terlebih fiber pula, fiber berlebihan boleh menyebabkan angin.

2- Minum air secukupnya. Air yang cukup bukan saja penting untuk sistem pelawasan tapi untuk proses ‘pernafasan’ sel. Sel yang sihat memerlukan air secukupnya untuk menjalankan pelbagai proses.
Pastikan air yang bersih dan bertapis memandangkan terlalu banyak pencemaran dalam air paip kita. Kalau biarkan air dalam gelas/jag beberala hari akan berkeladak!

Gambar di atas adalah Get Clean Water Pitcher yang mudah digunakan dan murah penyeleranggaannya!

3- Ambil sarapan yang seimbang dan minum air perahan lemon dan pudina untuk memudahkan pergerakan usus.

Anda juga boleh ambil Peppermint-Ginger Plis untuk tujuan di atas dan mengeluarkan angin.

4- Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap, supaya perut tidak berangin dan tidak memberatkan usus.

5- Lakukan senaman ringan. Walaupun sekadar berjalan dan gerakan anggota yang ringan, ia amat baik untuk peredaran darah dan fungsi sistem percernaan.
6- Catatkan makanan yang anda ambil. Jadi bila berlaku masalah angin, anda boleh mengagak makanan yang menyebabkan anda angin dan boleh mengelakkannya di masa akan datang.
7- Banyakkan mengambil buah-buahan, protein dari sumber tumbuhan, dan bijirin penuh yang menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

Sekiranya masalah angin berterusan, dapatkan khidmat nasihat doktor ya!

credit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Boleh hubungi saya di 0139422527 atau emel zahirahhafizan@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *