Pertama sekali,saya sangat bersyukur mempunyai seorang suami yang sangat menyokong saya dalam breastfeeding. Malah, hubby akan promote breastfeeding kepada teman2 nye tak kiralah lelaki atau pon perempuan. Kalau orang lain,mungkin ada yang rasa segan silu nak promote. Yelah, pada certain orang ia agak sensitif. Tapi alhamdulillah bagi hubby, ia suatu perkara yang mesti diwar2 kan. Sebab ramai orang yang tak tahu pasal breastfeeding ni. Ramai yang fikir breastfeeding ni susah terutamanya bagi isteri yang bekerja. Memang ia bukan suatu yang mudah, tapi ia tidak terlalu susah. Insyaallah dengan kemahuan yang tinggi semua orang boleh breastfeed.
Bagi saya personally, saya akan rasa lumpuh kalau tiada sokongan dari hubby. Hubby kekuatan saya untuk teruskan breastfeeding untuk kedua2 orang anak kami. Hubby sangat memahami. Alhamdulillah…saya tak perlu duduk bersila dengan dia untuk berbincang pasal saya nak breastfeed. Kalau saya penat pon, hubby akan tolong buat keje rumah dan beli makanan. Kadang2 rasa bersalah kat hubby sebab die pulak macam housewife.:) Tapi xpe kan, die dapat kongsi pahala.
Pengalaman saya sendiri. Outstation ke Bintulu hari tu selama 5 hari. Saya tetap pam susu secara konsisten tanpa henti siang atau pon malam. Tengah2 malam pon bangun. Memang susu sangat banyak. Boleh dikatakan setiap kali pam saya dapat susu dalam 15-20 oz. Sangat bersyukur kerana susu saya sangat murah rezki waktu tu. Dan semestinya saya tak tinggalkan suplimen vitamin Shaklee set B (Vit C, Alfafa, b compleks, vitalea) dan ESP. Ni memang saya bawa ke mana saja saya pergi. Bahkan ex roomate saya yang teman saya kat hotel (sebab kami sangat lama dah tak jumpa) terkejut tengok susu saya yang kehijauan dan pekat. Ni sebab sangat berbeza dengan susu kakak dia. Dan statement yang saya paling suka dari Aziah:” Akak ni nampak je kecik orangnye..tapi susu sangat banyak”. Saya panjatkan kesyukuran yang amat sangat atas rezki yang diberikan. Sewaktu saya nak balik ke Miri, susu saya tak muat nak masuk dalam beg penyimpanan susu sebab ia sangatla banyak.Sampai saya terpaksa beli ice box kat Farley urgently. Kalau x, saya tak dapat bawak balik susu saya dengan selamat ke Miri. Bila diisi susu saya ke dalm ice box ni, ia hampir2 penuh. Nasib baik la boleh isi ais dalam tu lagi. Masa nak check in flight dari Bintulu ke Miri, ade orang tanya, ” ni apa dalam ice box ni? kau buat balik ikan ke? banyak ke ikan dapat?”..saya terdiam. orang yang tanya tu adalah lelaki. Saya jawab je bukan. Adala..Mana boleh bagitau..Dalam otak ni dah susun ayat nak jawab soklan dia kalau die tanya lagi. Hehe. Dan sewaktu dalam flight,kebetulan saya duduk sebelahnya. Ada lagi la soklan cepumas die bagi. Dia ulang soklan tu. So saya jawab la..”Susu saya..” Dia tak percaya sampai suruh saya bukak icebox tu. Saya pon bukak. Terkejut die tengok susu penuh….Dia tanya camne saya boleh ade banyak susu. Dan kenapa isteri die tak buat pon macam tu..Hmm…saya pon cerita panjang lebar kat die pasal breastfeeding. Sampaila flight kami mendarat kat Miri. Dia pulak yang tolong bawak ice box saya yang penuh tu sebab berat la….Ni dia ice boxnye..Memang berbaloi beli..Hari tu pergi kertih 4 hari pon bawak ice box ni untuk isi susu.
Di sini saya nak kongsikan entri dari blog kak N. Semoga memberi kebaikan kepada kita semua.
Terlebih dahulu ibu bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat supportive dan mudah2an Addin dan Nasa juga akan mempunyai sifat yang sama. Beberapa minggu sudah kami menonton drami Wadi Unung…antara siri akhir drama tersebut kelihatan seorang bayi minum susu melalui botol. Lantas Addin bersuara” Aik, kesiannya budak ni kecik2 dah minum susu botol” Tergelak ibu mendengarnya. Itulah anak yang minum susu badan. Ibu terus menyampuk dengan mengatakan, “ Ada baby yang minum susuibu nya melalui botol , bukan semua baby minum botol tu susu dalam tin….” .Addin tersenyum sipu.
Namun sebenarnya ibu tahu ramai kenalan internet ibu yang mempunyai masalah suami yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Ibu cuba membuat satu kajian kecil mengenai isu ini melalui cerita ibu2 ini tadi.
Bagaimana suami nak support jika:
1. Si isteri selalu mengeluh keletihan.
Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.
Bagaimana nak mengatasi keadaan ini: Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .
2. Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.
Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan munurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga ibu mendengar cerita kenalan ibu yang mempunyai masalah ini dan berlarutan.sehingga si suami mencari teman baru, nauzubillah.
Bagaimana mengatasi: Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.
3. Si isteri tidak menjaga penampilan diri.
Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.
Bagaimana nak mengatasi:
Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…terutama summer swing, ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup.
Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting…makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.
4. Si isteri mencari alasan tidak masak
Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.
Bagaimana mengatasi:
a. Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati.
b. Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.
5. Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.
Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.
Bagaimana nak mengatasi: Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.
6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.
Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?
Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya :
Bagi ibu yang dah berjaya menyusukan Addin dan Nasa selama 2 tahun lebih berpendapat secara peribadi ,makanan fizikal dan rohani sangat penting. Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang. Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.
Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doc dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doc atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri. Tepuk dada Tanya selera.
Happy breastfeeding!
Saya menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli vitamin. Namun anda perlulah menghantar email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.com dan boleh juga sms kepada saya di 013-9422527 untuk mendapatkannya.
Walaubagaimanapun semua tawaran dan pek kecil ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia. Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.
Boleh email kepada saya di zahirahhafizan@gmail.comatau sms kan kepada saya 013-9422527 untuk konsultasi percuma.