Tips Hidup Bahagia Dengan Cara Memaafkan

Special positive morning vibes to all my facebook friends and followers. 🌹

Memaafkan orang lain sebenarnya untuk diri kita sendiri. Hati akan terus “berdarah” sampai bila bila andai kita tidak lepaskan. Sampai bila nak macam tu kan?

Bila kita buat dosa, kita mengharapkan Allah memaafkan kita sepenuhnya tanpa Allah ungkit lagi dosa kita.

Begitu juga orang lain terhadap kita.

Jadi lepaskanlah 100%. Buang segala dendam mahupun terasa hati selama ni.

Maafkan dia sepenuhnya. Kalau jumpa, rapat macam dulu dulu. Tak perlu berlakon. Just be yourself.

Bila kita jadi camni, kita boleh dapat signal yang hati kita makin bersih. Alhamdulillah. It is good signal for us kan.

If not, kita kena usaha lagi untuk terus bersihkan hati kita.

Ok itu saja sharing Kak Ira hari ni. Semoga kita semua boleh jadi seorang yang pemaaf.

Sebab ada Kak Ira dengar sharing seorang ustazah tentang ni. Di akhirat nanti, siapa yang sering maafkan orang lain yang buat silap pada Dia, Allah akan maafkannya. Siapa yang suka tutup aib orang di dunia, Allah akan tutup aib dia di akhirat semasa perhitungan amal. Kiranya macam ada langsir yang tutup segala perbicaraan kita. Orang tatau pun dan kita takde dapat malu besar di akhirat pun. MasyaAllah. Berbaloi kan kita tutup aib orang dan maafkan orang lain ni.

Nota: Kalau korang nak order Shaklee, boleh roger Kak Ira ok.

Salam sayang,

Kak Ira

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge