Nak Kurus Tapi Tak Mau Jaga Makan dan Senaman

Ada sesetengah orang tak nak pantang makan. Semua nak makan. Banyak banyak pulak tu. Senaman pun taknnak. Tapi nak kurus.

Kadang kadang termenung jadinya Kak Ira fikir kehendak ramai orang camni.

Korang tau tak?

Badan kita perlukan hanya certain kalori. Kalau kita makan lebih dari tu, memang mustahil nak kurus andai kita tak bakar dia balik kan.

Tu kita boleh fikir logik. Semua orang boleh fikir logik camtu.

Tapi berapa ramai yang fikir dengan logik time dia makan 😂. Actually bukan tak nak fikir, cuma tak sempat fikir. Sebab sedapnya makanan tu.

Ramainya obes

Bila cuba, terus nak makan banyak banyak tanpa henti.

Sebenarnya, ni semua berkaitan dengan self image kita.

Kita dah bina dari awal yang self image kita adalah orang yang kalau makan dia tak pandai berhenti.

Kita dah bina dari awal yang self image kita ni pantang nampak makanan sedap semua nak masuk mulut.

Bukan salah sesiapa. Salah kita sebenarnya sebab pilih self image macam tu untuk diri sendiri.

“Jadi Kak Ira, camne nak kurus ni? Seksa saya tengok badan ni. Pantang makan malas pulak”

Gini. Bina balik self image baru. Buat affirmation daily jugak selain buat gambar bentuk badan dan rupa camne kita nak untuk diri kita.

Obesiti, Malaysia di tempat pertama

Ni contoh ye.

“Aku adalah orang yang pilih makanan sihat selalu.

Aku orang yang makan ketika lapar dengan balance.

Aku bakar balik kalori setiap hari dengan exercise ringan ringan je pun tapi menjadi.

Aku pandai pilih makanan sesuai untuk aku. Aku ambik sayur dan buah tiap kali makan.

Aku boleh berhenti makan setelah cuba sikit apa yang tak perlu diambil lebih”

Korang boleh tambah buat ayat affirmation sendiri.

Kawan, apa kita makan hari ni akan tentukan masa depan kita.

Berbaloikah makan takde had hingga buat diri kita sakit?

Berbaloikah untuk diri kita, ibu ayah, anak anak dan suami kita?

Berbaloikah dengan makan tanpa ada “lampu isyarat” ni boleh buat kita obes?

Betul kah ia nikmat? Atau kufur nikmat sebenarnya bila berlebih lebih.

Semuanya ada dalam minda separa sedar kita sebenarnya.

Kita mampu ubah jika kita memang nak ubah.

Bila self image kita dah tepat dengan kehendak kita, memang lebih mudah kita nak kurus dan join Jom Detox program sebenarnya.

Keladak utama kita disebabkan oleh self image tu. Yang mana kita yang kena ubah. Bukan orang lain.

“Kak Ira, saya takleh detoks. Saya takleh tak makan”

Kita makan. Sape kata Jom Detox tak makan? Memang kita makan. Cuma kita makan dengan betul.

Alah, niat puasa je. Terus on. Time puasa tak de ngada kita nak makan selagi tak masuk Maghrib kan.

Sebab apa camtu? Sebab mindset kita. Sebab self image kita.

Salam sayang,

Kak Ira

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge