Jom Detox 10.0 Bermula Selepas Beraya Sakan

Alhamdulillah. Semalam kami di Jom Detox #LetsDetoxLAT dah mulakan hari pertama Pre detox kami. Program selama 17 hari ni akan berakhir pada 1 Julai ini.

Kenapa buat program Jom Detox lepas raya ye?

Tentulah sebab kita tau ramai sangat yang makan tak beringat di kala raya kan. Macam macam masuk dalam badan. Dan banyak kalori. Tapi yang terbakar tak banyak mana lagi kan.

Hidangan glamor di hari raya

Haa tu contoh hidangan yang selalu ada atas meja makan di kala hari raya kan. Tak salah untuk kita ambil. Namun kita kena flush out baliklah segalanya dari dalam agar lemak tu tak kekal hingga raya tahun depan pulak.

Ni Kak Ira kongsikan apa yang kami di Jom Detox 10.0 buat sepanjang 17 hari ni ye.

5 hari pertama adalah Predetox. Masa ni memang kita buat persediaan untuk menuju ke minggu detoks. Persediaan mental dan fizikal.

7 hari kemudiannya kita ada minggu detoks. Masa ni kita mealplan yang telah dikongsikan oleh Shaklee. Namun ada team kami adjust agar jadi lebih baik.

5 hari seterusnya kita ada Post Detox yang mana kita berusaha bagi ilmu agar semua peserta terus amalkan amalan sihat walau dah habis minggu detoks.

Ni dia manfaat detoks

Best kan. Sebab kita tatau apa ada dalam diri kita ni. Dah berapa tahun hidup? Tapi berapa kali kita buat overhall organ dalaman kita ni kan. Jadi, apa salahnya sekali setahun ke kita buat overhall. Especially lepas raya ni. Lagi bagus tiap 2 bulan kita buat detoks ni.

Banyak manfaat detoks ni. Orang ingat hanya untuk bersihkan dalaman je. Eh tak, boleh bantu turunkan berat badan sekali sebenarnya. Namun, orang yang dah ada berat badan ideal boleh jugak buat detoks ni. Sebab kita bersihkan dalaman dari sisa toksik dan pada masa yang sama bersihkan organ detoks sekali.

Kalau penyapu kita penuh dengan habuk, rambut dan macam macam yang melekat padanya, boleh ke penyapu tu nak buat keje sebaiknya? Tentu banyak sampah yang disapu tu terkeluar. Tak boleh nak disapu dah. Sebab kat penyapu tu semua benda ada.

Macam tu lah jugak organ detoks kita. Bila dah terlalu banyak toksin padanya, ia jadi terbeban. Bila camtu, toksin masuk pun dia takleh nak tapis dan buang dah. Organ detoks sendiri tenat. Camne nak bekerja kan.

Jadi dengan Program Jom Detox ni lah kita boleh bersihkan organ detoks kita agar lepas ni dapat buat keje secara optimum lagi. Badan kita asyik sihat je nanti. Percayalah.

Alaaaahh. 17 hari je prosesnya. 7 hari ikut mealplan betul betul. Sekejap aje.

Ahaa. Ni dia coach untuk Jom Detox 10.0. Kita dah mula. Next intake pada 8 Julai 2019 untuk Jom Detox 11.0. Yeay! Jom daftar segera ye. Book your seats siap siap. Pasni Kak Ira share pulak testimoni mereka yang dah join Jom Detox 1.0 hingga 10.0 kat korang okeh. Seriusss best giler result diorang.

Salam sayang,

Kak Ira

013-9422527

Save this number okeh😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge