Selawat 100 Ribu Kurang Dari 5 Minit

Assalamualaikum kawan kawan. Apa kaba? Selamat tahun baru 2019. Apa azam korang tahun ni ye? Salah satu azam Kak Ira adalah nak selawat 300 ribu kali minimum setiap hari. Dan anak anak pun sama. 200 kali sorang bagi yang kecil.

 

Uihhh. Nak buat camne tu kan? Banyak tu. Terlalu banyak! Nanti Kak Ira  bagi tips.

 

Sebelum tu kita sembang sembang sekejap pasal faedah berselawat ni. Semua orang tahu kan bila kita berselawat sekali, 10 balas balik dengan 10 kali selawat kat kita.

 

Selawat kat kita tu bukan bermakna Allah selawat balik atas nama kita. Tidak. Tapi 10 tu bermaksud rahmat. 10 rahmat diberi pada kita setiap kali kita buat 1 selawat.

 

Bayangkan kalau kita buat 200 kali selawat. Dah 2000 rahmat kita buat hari tu. Dan yang bestnya jika kita dan anak anak buat sama sama, kita sedang membina tabung selawat kat rumah kita. Dan ia jugak adalah tabung rahmat lah kan.

 

Contoh Kak Ira ada 4 orang anak. Kami sekeluarga dah 6 orang. Dan setiap orang contohnya buat 200 kali selawat. Kan dah 1200 kali selawat. Dah 12000 rahmat masuk ke rumah. Termasuklah rezeki yang halal dan ketenangan di dalam rumah.

 

Seronok kan camtu? Dan bila buat 100 ribu selawat sorang pulak. Wah wah wahhhhhhh. Bukan kah ia lagi masuk? Setiap orang  buat 100 ribu selawat. Jadi dah 600 ribu selawat. Kiranya 6000,000 rahmat. 6 juta rahmat! Subhanallah. Seronok kan. Tentu ada juga rahmat untuk akhirat kita insyaallah. Tu sudah pasti. Sebab nanti sape yang suka berselawat ke atas nabi akan dapat syafaat Rasulullah saw di akhirat kelak.

 

Apa Tu Selawat 100 Ribu Dalam Masa Kurang Dari 5 Minit?

 

Ni Kak Ira ambil dari buku Amalan pesanan habib. Susunan dari Doktor Azizan Osman. Setiap kali dalam program beliau, memang kami akan baca selawat ini sekali selepas Maghrib.

 

Kak Ira bersyukur sangat sebab dapat ilmu ni. Inilah ilmu terbesar Kak Ira dapat sepanjang berprogram dengan Doktor Azizan. Jujur Kak Ira cakap. Yang ini. Alhamdulillah.

 

Terserah kat korang nak percaya atau tak. Sebab yang datang pun habib sendiri. Dan habib ni bukan yang karut marut punya. Tapi yang alim.

 

Maknanya, amalan yang dipesan ini adalah amalan yang  betul. Cuba lihat makna di setiap kata kata tu. Memang betullah. Sebab ia menyeliputi seluruh sebanyak banyaknya.

 

Kak Ira sangat percayakannya. Dan sudah pasti bila diamal, ketenangan yang lebih dirasakan. Dan orang yang bijak adalah orang yang gunakan shortcut untuk dapatkan sesuatu yang  besar. 😀

 

Ok ni Kak Ira kongsikan gambar ye. Korang amal lah satu satu. Kak Ira dah susun ikut muka surat. Kak Ira nak tumpang pahala je. Nanti kongsikan gambar gambar ni kepada orang lain juga ye. Sama sama kita dapat manfaat rahmat yang tersangat banyak ini.

 

Selawat 100 ribu

Selawat 100 ribu

 

Faedah Selawat 100 ribu

Faedah Selawat 100 ribu

 

Bermimpi tentang Rasulullah saw kan betul mimpinya. Amal. Mana tau dapat jumpa Rasulullah saw jugak kan dalam mimpi. Ya Allah, seronoknya.

 

Selawat 100 ribu Muka surat 1

Selawat 100 ribu Muka surat 1

 

Selawat 100 ribu Muka surat 2

Selawat 100 ribu Muka surat 2

 

Selawat 100 ribu Muka surat 3

Selawat 100 ribu Muka surat 3

 

Selawat 100 ribu Muka surat 4

Selawat 100 ribu Muka surat 4

 

Selawat 100 ribu Muka surat 5

Selawat 100 ribu Muka surat 5

 

Selawat 100 ribu Muka surat 6

Selawat 100 ribu Muka surat 6

 

Selawat 100 ribu Muka surat 7

Selawat 100 ribu Muka surat 7

Ok korang. Itu saja. Baca sekali dengan makna ye. Biar lebih faham nanti. Selamat beramal. Amal ikhlas kerana Allah ye. Nak Allah bagi rahmat. Nak Allah dan Rasulullah saw sayang.

 

By the way, kalau nak order Shaklee atau nak buat bisnes Shaklee boleh hubungi nombor di bawah ye. Terima kasih. 😀

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

 

 

2 Responses to “Selawat 100 Ribu Kurang Dari 5 Minit”
  1. mrhanafi 6 January, 2019
  2. Wan Syahida 15 January, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge