Shaklee Welcome Dinner di Sampran Riverside, Bangkok

Alhamdulillah. Allah bagi kesempatan pada Kak Ira untuk sambung cerita hari ni berkenaan dengan trip Bangkok kami. Baru hari pertama ni. Hehe.

Kan selepas balik bilik, kami bersiap siap untuk Welcome Dinner. Nak kena naik bas pulak ke sana. Kak Ira naik bas terakhir. Hampir 2 jam baru sampai ke sana. Bukan main teruk jem masa ni. Yelah, orang tengah nak balik kerja kan.

Anak yang selalu membantu

Anak yang selalu membantu

 

Kalau 2 jam ni dalam aircond pon kita rasa macam lama. Apatahlagi kat akhirat ni untuk perhitungan masuk syurga atau neraka kan. MasyaAllah.

Amboi amboi kalah ibu dia

Amboi amboi kalah ibu dia

Ok sambung pasal Welcome Dinner ni.

Sampai je kami di Sampran Riverside ni, kami disambut oleh pelayan pelayan Thai yang cantik cantik. Setiap orang disarung dengan kalungan bunga. Bayangkan dalam mengantuk tu semua dapat kalung bunga sorang satu. Haha. Anak anak pun moody sikit time ni sebab diorang dah penat kan bangun 3 pagi lagi dari Malaysia tapi belum tidur dengan elok lagi. Hanya tidur dalam bas. Tapi kejap je moody tu bila tengok ramainya orang masa tu.

 

Kan anak anak dapat Thai costume sorang satu. Haa ni dia gambar diorang pakai Thai costume. Inilah bestnya Shaklee. Berapa orang yang kita bawa pun, semua orang akan dapat jugak. Untungkan.

 

Aiman dengan Thai costume

Aiman dengan Thai costume

 

Wahhhhh!! Handsome Abang Aiman pakai Thai costume ni. Syukurlah Kak Ira sempat gosok baju ni tadi. Hehe. Kalau tak, mau huru hara kurang handsome.

 

Husna dengan Thai costume

Husna dengan Thai costume

 

Cantik kan Husna pakai baju ni. Ni gambar selepas makan. Dah dekat nak balik dah pun.

 

Kami sekeluarga dengan Thai costume

Kami sekeluarga dengan Thai costume

 

Haaa tu dia. Setiap orang dapat sorang satu Thai costume. Colorful pulak tu.

 

Persembahan pulak macam macam dibentang kat kami. Semuanya dari kebudayaan orang Thailand. Banyak yang boleh dipelajari ni. Makanan takyah cakap la. Penuh meja dari hujung sini ke hujung sana. Kak Ira merasa semua sikit sikit. Perut penuh sangat rasanya. Rehat kejap kemudian sambung balik.

Thai Cultural performance at Sampran Riverside dinner

Thai Cultural performance at Sampran Riverside dinner

 

Performance yang disediakan memang best. Ia mampu buat anak anak yang tengah mengantuk tu celik balik mata diorang luas luas hingga mampu makan. Haha. Betul ni. Diorang bukan main gelak lagi. Dahla meja makan kami ngam ngam di depan stage.

 

Kami makan dalam keadaan mengantuk namun excited. Ada yang dapat cabutan bertuah. Hadiah pulak bukan calang calang punya. Ribuan ringgit tau.

 

Di sinilah kami cuba pelbagai jenis makanan Thailand. Kan yang selalu kita makan tomyam kan. Tapi kat sini lebih dari mak nenek tomyam ada tau. Dan semuanya adalah percuma. Excited giler rasanya. Siapa yang suka makan tu memang enjoy sangat sangatlah bila join trip Shaklee. Ni Kak Ira kongsikan gambar sebahagian je dari makanan. Bukan semua.

 

Buah buahan

Buah buahan

 

Bihun cara masak Thai

Bihun cara masak Thai

 

Apa ni pon tatau

Apa ni pon tatau

 

 

Makanan best

Makanan best

 

Makanan thai

Makanan thai

 

kuih muih

kuih muih

 

Nasi Thai

Nasi Thai

 

Meja dinner kami

Meja dinner kami

 

Kak Ira bersama LAT Family

Kak Ira bersama LAT Family

Sebenarnya ada pertandingan pemakaian yang paling kreatif. Haa sape yang paling kreatif tu akan dapat hadiah dari Shaklee. Hadiahnya bukan murah tau korang. Ia dalam bentuk set. Kak Ira yang tak kreatif mana ni memang tak de can lah nak menang. Haha.

 

Pemenang pemakaian yang paling kreatif

Pemenang pemakaian yang paling kreatif

 

Acara kedua terakhir sebelum tamat majlis adalah “Make A Wish”. Setiap orang diberikan sekeping kad. Kemudian dibiarkan belayar ke dalam sungai Sampran untuk dikabulkan permintaan tu. Ni adalah adat orang Thailand. Kak Ira tak buat pun. Saja tengok camne diorang buat. Kalau yang was was tu Kak Ira tak berani buatlah.

 

Hadiah dari Shaklee untuk setiap orang

Hadiah dari Shaklee untuk setiap orang

 

Shaklee juga berikan hadiah kecil buat setiap orang yang hadir iaitu keychain Elephant dan jugak Vitamin C Chewable yang sangat penting di kala travel.

 

Make A Wish

Make A Wish

 

Make a wish Activity

Make a wish Activity

 

Aktiviti terakhir kami adalah tengok fireworks banyak banyak. Kak Ira siap rakam video lagi untuk Hazim tengok nanti. Yelah dia tak boleh datang kan. Jadi kirim video pun kira ok lah kan. Hehe.

 

Bunga Api di Sampran Riverside Bangkok

Bunga Api di Sampran Riverside Bangkok

 

Dalam jam 12 lebih tengah malam juga kami sampai ke bilik. Kami naik bas kedua. Hehe. Laju kejar nak balik kan. Yelah, anak anak dah penat sangat dah kan.

 

Bila balik bilik, kami solat Isyak dan Maghrib dulu baru tidur dengan lena. Tak miss ostematrix dan Omegaguard sebab 2 vitamin ni buat kami tidur dengan lena di malam hari tanpa lenguh lenguh badan.

 

Ok, esok punya aktiviti Kak Ira sambung lagi ye cerita panjang panjang. Insyaallah.

Korang nak join trip Shaklee jugak dengan anak anak? Boleh hubungi nombor di bawah untuk Kak Ira kongsi camne nak travel percuma ni.

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge