Pengalaman Pertama Anak Anak Cop Pasport Dengan Percuma

Tahun ni adalah kali pertama saya sertai trip Shaklee bersama anak anak. Yelah, sebelumnya asyik honeymoon dengan suami ke luar negara bila join trip Shaklee.

 

Namun kali ni kami bagi rezeki tu pada anak anak sekali dengan memilih trip regional Shaklee ke Bangkok.

 

Sebelum bertolak, Shaklee poskan 4 biji beg ni. Kak Ira tengok kat Mall hari tu almost RM100 jugak beg ni. Baru kali pertama tahu pasal beg ni. Memang tahan lasak la.

 

Kami kan selalu pergi waterpark dan pulau. Jadi memang sesuai lah beg camni. Pandai Shaklee bagi beg bersesuaian dengan keperluan.

 

 

Sebenarnya ni kali pertama anak anak ke oversea. Kami buat pasport buat diorang untuk ke Bangkok ni. Doakan agar lepas ni tiap tahun kami ke oversea pulak ye. Plan next year kami sekeluarga ke Melbourne.

 

Pasport anak anak

Pasport anak anak

 

Husna excited pasport baru

Husna excited pasport baru

 

Dapat passport terus belek

Dapat passport terus belek

 

Hari yang dinanti pon tiba. Anak anak kemas beg sendiri. Saya hanya cek apa yang kurang dan tertinggal.

 

Beg anak anak

Beg anak anak

 

Sebelum ke Bangkok kami perlu ke KL dulu sebab naik fligt dari KL bersama leaders Shaklee yang lain.  Jadi kami pergi sehari lebih awal lah. Tinggal kat Ampang, rumah Master Hafsah.

 

Kat Ampang anak anak dah pulun dengan mandi pool dah. Aiman pandai berenang sekarang ni bukan sebab hantar kelas berenang lagi. Tapi sebab asyik mandi pool. Jadi dia praktis lah. Lama lama pandai. Haha.

 

Enjoy the moment as a kid

 

Ibu dia je tak pandai pandai sampai sekarang sebab penakut jugak kot. Korang pandai  berenang?

 

Esoknya kami ke KLIA jam 3.30 pagi. Anak anak dah bangun pukul 3 pagi untuk mandi dan bersiap siap. Alhamdulillah mudah nak kejut diorang ni.

 

Bersedia untuk ke KLIA jam 3.30 pagi

Bersedia untuk ke KLIA jam 3.30 pagi

 

Kat KLIA kami jumpa geng geng Shaklee yang akan turut serta ke Bangkok. Excited anak anak takyah cakap lah. Dahla kali pertama cop pasport. Walau berkali kali dah naik fligt dalam negara memang tak sama bagi diorang.

 

Anak anak di KLIA untuk ke Bangkok

Anak anak di KLIA untuk ke Bangkok

 

Memang betullah. Kalau banyak berjalan lagi banyak pengalaman baru akan dirasai. Tahap pemikiran pon akan makin berkembang lain dari yang lain.

 

Bila tengok wajah anak anak yang tersenyum simpul yang paling manis, ia buat saya makin kuat semangat untuk  berusaha demi memastikan tiap tahun diorang akan ke trip Shaklee.

 

Anak anak day 1 trip ke Bangkok

Anak anak day 1 trip ke Bangkok

 

Bahagianya tengok anak anak gembira. Korang boleh bayang tak camne bestnya diorang ni. Shaklee bagi duit jugak kat diorang 1300 baht setiap sorang. Kemudian segala bilik dan makanan Shaklee sediakan pada tahap 5 bintang. Kami hanya sediakan duit shopping untuk anak anak je. Tu pon dah 1300 baht sorang Shaklee belanja.

 

Shaklee bagi duit poket 1300 baht setiap orang Termasuk kanak kanak

 

Kat KLIA Shaklee bagi sorang satu beg. Dalam tu sedia semuanya termasuk tentatif dan jugak waktu solat. Betapa Shaklee ni tahu kita orang Islam memang kena jaga solat tiap waktu walau semasa bercuti kan. Haa jadi diorang dah sediakan siap siap untuk mudahkan kita. Alhamdulillah.

 

Kami nak flight Thai Smile. Pernah dulu Kak Ira dan suami naik flight ni dari KLIA ke Bangkok sebelum ke Jepun. Masa ni transit kat Bangkok.

 

Sebelum naik flight, kami naik bas dulu. Baru naik flight. Agak jauh jugak la dari tempat check in tu dengan flight tu. Sebab tu kena naik bas.

 

Kami on the way ke Bangkok dari KLIA

Kami on the way ke Bangkok dari KLIA

 

Berapa harga tiket flight ni? Entahlah. Kak Ira tak cek pulak sebabnya semuanya Shaklee uruskan termasuklah insurance kami selama 4 hari di Bangkok ni.

 

Kiranya apa apa jadi pada kami anak beranak Shaklee akan bertanggungjawab. Syok kan. Travel dalam keadaan tenang dan gembira walau tanpa suami sebab tak perlu risau kalau apa apa berlaku. Semuanya terjamin alhamdulillah.

 

Muka ceria anak anak

Muka ceria anak anak

 

Nampak muka ceria ni memang buat Kak Ira luluh hati. Betapa ibu diorang kena work hard demi berikan segala impian diorang untuk jalan jalan dengan trip 5 bintang Shaklee bukan sesuatu yang main main.

 

Kak Ira jenis seorang yang utamakan anak anak sebelum diri sendiri. Nak jalan jalan berdua dengan suami kat trip international memang boleh. Namun, nak bawa anak anak sekali tu jauh lebih mencabar sebab kena skor lebih lagi dalam bisnes ni.

 

Kak Ira ada satu impian besar iaitu bawa 4 anak dan suami sekali ke trip Umrah Shaklee tahun 2020. Maknanya gerak kerja tahun 2019 memang kena power giler. Tak sampai 2 bulan ni nak ke 2019. Insyaallah boleh. Letakkan matlamat yang jelas. Mesti join umrah Shaklee tahun 2020 dengan 6 tiket. Insyaallah. Korang doakan kami berjaya ye.

 

Gigirls Bangkok trip

Gigirls Bangkok trip

 

Sampai je kami kat Bangkok Airport, kami terus dibawa naik bot. Beg kami semuanya terus dibawa ke hotel Amari Watergate oleh travel agents.

Baru keluar dari airport Bangkok

Baru keluar dari airport Bangkok

Kami naik bas terus naik bot. Yang tu Kak Ira cerita details dalam next post okeh.

Terima kasih sebab baca post ni. Ni post kenangan untuk disimpan buat kami anak beranak jugak. Trip yang best buat anak anak.

 

Ingin juga jalan jalan trip 5 bintang dan Shaklee yang belanja? Boleh tanya Kak Ira ye bagaimana caranya.

 

Salam sayang,

Ira

013-9422527

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge