Hari Pertama Di Bangkok Bersama Shaklee

Alhamdulillah. Ni sambungan dari post semalam di sini. Sampai je kami di Bangkok, beg kami semuanya terus dibawa ke hotel.

 

Anak anak di dalam bas menuju ke Chao Praya Boat Ride

Anak anak di dalam bas menuju ke Chao Praya Boat Ride

 

Dan kami terus ke Chao Praya Boat Ride. Kat sini kita akan dibawa dalam  bot untuk melihat kawasan tebing kiri dan kanan dari dalam bot.

 

Chao Praya Boat Ride

 

Apa yang Kak Ira nampak adalah floating market yang kecil. Ada juga ditunjukkan bot raja Thailand yang sangat eksklusif. Kalau kita tengok cerita Thai yang lama lama, ada kan bot besar besar tu. Eh, ia wujud tau korang hehe. Bukan dongeng.

Bot besar Raja Thailand

 

Kak Ira nampak jugak temple belah kiri dan kanan. Kan kat Bangkok ni agamanya Budha. Jadi banyak temple di sini. Dari kecil sampai ke besar.

 

Temple Budha

Temple Budha

 

Kami diberi peluang bagi makan ikan di kawasan temple ni. Besar besar ikan di sini. Banyak pulak tu sebab nya diharamkan untuk memancing ikan di kawasan temple.

 

Chao Praya River Cruise

Chao Praya River Cruise

 

Ganas ganas ikan kat sini bila diorang rebut makanan. Siap basah kami kat tepi bot ni sebab ikan melompat. Sebabnya anak Kak Ira bagi roti dalam saiz yang besar. Memang berebutlah kan ikan ikan tu. Sebab tu boleh jadi melompat tu. Hehe. Kalau tak biasa je diorang. Sopan je makan.

 

 

LAT Family go to Chao Praya Boat Ride

LAT Family go to Chao Praya Boat Ride

 

Ada juga hospital di tepi sungai ni. Ada jugak beberapa buah hotel kawasan ni. Faculty of nursing pun kita boleh nampak dari dalam bot. Kiranya bila kita naik bot kat Chao Praya ni kita boleh nampak tradisi dan gaya hidup orang Thailand di Bangkok khususnya yang berada di tepi sungai lah.

 

Keadaan dari dalam bot di Chao Praya

Keadaan dari dalam bot di Chao Praya

 

Dekat nak selesai boat ride ni, hujan mula turun renyai renyai. Dan akhirnya lebat sangat.

 

Aduhhhh. Basah lencun semua orang. Haaha. Shaklee dah pesan untuk bawak payung atau rain coat. Tapi Kak Ira tak bawak. Ehhh. Majoriti geng kami tak bawak. Bukan Kak Ira sorang ye. Hehe.

 

Salah seorang yang takde rain coat

Salah seorang yang takde rain coat

 

Jadi berhujan lebatlah kami. 😂. Padan muka kan. Tapi takpe. Inilah travel namanya. Merasa hujan panas semuanya. Hehe.

 

Sampai je dalam bas, Kak Ira tak miss bukak Omegaguard dan bagi pada anak anak dan diri sendiri. Sebabnya omegaguard ni berupaya untuk memanaskan dada yang sejuk. Ni bagi tujuan tingkatkan imun sistem kami di kala sejuk sejuk ni akibat terkena hujan.

 

 

Omegaguard go travel

Omegaguard go travel

 

Lagi pulak nak berjalan banyak kan. Memang kena jaga kesihatan badan betul betul. Agak mencabar kalau ada yang sakit semasa travel ni. Alhamdulillah dengan konsisten ambik vitamin di kala travel, kami anak beranak sihat takde apa apa masalah pon. Syukur Allah izinkan.

 

Kini kami menuju ke Sophia Restaurant. Di sini kami akan lunch. Masalah dekat Bangkok adalah jalan jem. Huihhhh. Dekat sejam baru sampai restoren. Kami dah kelaparan sangat akibat kesejukan. Sempat lah semua orang tidur dalam bas tadi.

 

Sampai je restoren tu kami tak cari lain. Hanya makanan. Hahaha.

Makanan Thailand Pertama kami

Makanan Thailand Pertama kami

 

Kami makan tomyam camtu putih asli dari Thailand. Huwaaaa. Sedap giler! Anak anak Kak Ira makan sampai licin pinggan diorang. Siap bertambah lagi tau.

 

Sedapnya tomyam putih

Sedapnya tomyam putih

 

Ni miang kam. Dibalut dengan daun kaduk

Ni miang kam. Dibalut dengan daun kaduk

Ni cara makan miang kam. Masukkan semuanya dalam daun kaduk

Ni cara makan miang kam. Masukkan semuanya dalam daun kaduk

 

Ni cara makan miang kam. Masukkan semuanya dalam daun kaduk

 

Selepas kenyang makan kat restoren ni, kami diberi duit poket oleh Shaklee 1300 baht setiap soranb termasuk kanak kanak.

 

Pembahagian baju traditional Thai pada setiap orang

Pembahagian baju traditional Thai pada setiap orang

 

 

Juga diberi baju tradisional Thai yang akan dipakai malam ni untuk dinner. Setiap orang dapat termasuklah anak anak. Seronok bukan main diorang. Duit dapat. Baju pon dapat.

 

Ni tengok setiap baju anak anak.

 

Baju Tradisional Thai untuk Syamimi

Baju Tradisional Thai untuk Syamimi

 

Baju Tradisional Thai untuk Aiman

Baju Tradisional Thai untuk Aiman

 

Baju Tradisional Thai untuk Husna

Baju Tradisional Thai untuk Husna

 

Selesai makan dan dapatkan barang semua, kami naik bas untuk check in ke hotel. Beg kami memang dah ada kat bilik. Tak perlu nak angkut dah. Tu lah yang best trip Shaklee ni. Jaga diri saja. Barang barang orang lain uruskan dan angkat. Best kann. Hehe

 

Inilah bilik penginapan kami

Inilah bilik penginapan kami di Hotel Amari Watergate, Bangkok

 

Kak Ira tidur sebilik dengan Husna. Aiman dan Syamimi pulak bilik lain. Shaklee hanya letakkan 2 orang dalam satu bilik. Kiranya takdelah bersempit sempit. Shaklee akan pastikan siapa yang sertai trip Shaklee ni akan dapat pakej yang amat selesa dan tak dapat dilupakan.

 

Inilah bilik penginapan kami

Inilah bilik penginapan kami

 

Luas dan selesa biliknya. Memang best!

 

Inilah bilik penginapan kami

Inilah bilik penginapan kami

Bilik air pon selesa

Bilik air pon selesa

 

Dari Restoren Sophia ke Hotel Amari Watergate, Bangkok lebih kurang sejam jugak jaraknya. Tidur lagi anak anak. Haha. Yela, diorang bangun jam 3 pagi lagi untuk bersiap ke KLIA pagi tadi.

 

Sampai je hotel, anak anak terus bersolat Asar jamak dengan Zohor selepas diorang mandi. Alhamdulillah. Di mana saja kita berada, solat mesti diutamakan.

 

Solat pertama anak anak di Bangkok

Solat pertama anak anak di Bangkok

 

Anak anak terus pakai baju traditional Thai untuk dinner. Kami diberi masa sejam saja untuk bersiap. Kemudian nak naik bas balik.

 

Nanti Kak Ira kongsi lagi ye camne welcoming dinner kitorang di Sampran River, Bangkok.

 

Terima kasih sebab baca post blog ni sampai habis. 😀

 

Salam sayang,

Ira

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge