Kali Pertama Ladies Leaders Retreat by LAT Family, MIG, TWB dan MFMS

Alhamdulillah syukur. Kami dah berjaya pecah rekod kali pertama buat Ladies Leaders Retreat by LAT Family, MIG, TWB dan MFMS.

 

 

Retreat ni kami stay kat sebuah banglo serba lengkap selama 2 hari 1 malam. Check in 3 petang dan check out esoknya jam 2 petang.

 

Dalam retreat ni kami makin kenal satu sama lain dengan lebih rapat. Sunguhhhh. Memang kami rasa akrab sangat.

 

Kami makan, menangis, ketawa, serius, muhasabah, tahajud, solat berjemaah, tidur sama-sama. Tujuan kami buat hanya untuk ladies ni sebab nak bagi ruang pada leaders kami untuk dapat outing macam orang bujang sesekali.

 

 

Kan biasanya mommies ni sibuk dengan urusan keluarga, suami, anak-anak, kerjaya, dan rumahtangga. Jadi kita nak bagi rileks umpama bujang. Giler best kan kalau kadang-kadang dapat me time sebegini.

 

Hang out dengan kawan kawan yang ada misi dan visi serta impian yang sama. Bersama kawan kawan yang nak kaya dan kekal cantik walau hanya dari rumah.

 

Best kannnn.

 

 

Yang nak ke retreat ni kami pilih hanya 20 top leaders dari LAT Family, MIG, TWB dan MFMS tau.   Bukan semua orang layak untuk hadir. Ramaiii yang teringin nak hadir. Duk merayu rayu. Tapi kami tak dapat nak penuhi. Hanya yang terpilih saja. Kiranya 20 orang top leaders ni sungguh sungguh beruntung tau.

 

 

Inilah masa untuk bina bonding yang kuat sesama kami. Banyak pengisian yang disampaikan oleh 4 Masters dan seorang  bakal master coordinator bulan Ogos 2018. Doakan Athirah Master bulan ni ye.

 

5 Master Coordinator dari susur galur LAT Family, MIG, TWB dan MFMS

 

Banyak potluck kami bawak. Sorang satu dan sikit sikit je. Tapi bila dikumpul tu diaaaaa. Penuh meja hehe. Ada macam macam juadah. Yang paling glamor adalah kuih koci. Kalau takde kuih tu macam tak lengkap retreat mahupon gathering kitorang tau.

 

Potluck dan menu

 

 

Kami order kek istimewa buat retreat ni. Kak Tim sponsor kek ni. Sedap sungguhhh. Sampai menjilat jari tau.

 

 

Retreat kami ni bukan sekadar  bonding. Tapi juga pengisian yang sungguh bermakna seperti leadership, cara bina bisnes secara berkumpulan, 15 cara bina leader baru dalam bisnes kita, cara branding dan macam macam lagi yang memang semua leader wajib tahu.

 

Perkongsian dari Master Ainul pasal branding dan leadership

 

Perkongsian dari Master Athirah bakal Master Ogos 2018

 

Perkongsian dari Master Maria cara bina kumpulan yang besar dan hebat

 

Perkongsian dari Master Ira pasal TTA, TBE, dan AVF yang mampu bina magnet diri yang sangat kuat

 

Perkongsian dar Master Hafsah 15 cara bina leaders baru

 

Ramai yang minta untuk tambah lagi hari. Ehhe. Tak cukup hari nampaknya. Ni retreat batch pertama tau. Insyaallah kita akan ada next batch. Dengan leader yang baru. Jadi bila nak layak ke retreat ni memang kena score lah. Mana boleh orang main main yang terpilih kan.

 

Ladies leaders Retreat batch 1 With top 20 leaders

 

LAT Family sedang membina Master ke 5, ke 6 dan ke 7. Doakan ye. Doakan master sedia ada pon makin hebat dan gemilang agar dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk miliki kewangan sendiri walau hanya dari rumah mahupon sekadar part time bisnes.

 

Bersama Master ke Lima, Master Athirah dan Master ke 6, Master Kam Haryatie. Insyaallah

 

Bersama Master Coordinator ke 7 LAT Family. Insyaallah.

 

Siapa agaknya 20 orang seterusnya? Anda ke orangnya? Best kan grup kami?

 

Jom join kami berbisnes dari rumah. Bisnes dari rumah bersama grup gergasi di Malaysia ni. Anda akan lebih cepat memecut kerana semuanya sudah sistematik. Anda saja yang mesti buat betul betul ikut guidelines yang sudah disediakan.

 

Hubungi nombor di bawah ye untuk maklumat lanjut. Jom kita berjaya sama sama.

 

Salam sayang,

Master Ira

013-9422527

http://iralat.wasap.my

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge