Sambutan AidilFitri yang Rapatkan Kembali Ukhwah

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog zahirahhafizan.com. Korang beraya di mana tahun ni? Saya beraya di  Alor Star, Kedah. Belah keluarga mertua.

 

Ini gambar kami sekeluarga berhari raya

 

Yang paling seronok time raya ni adalah anak anak la. Diorang dapat banyak duit raya. Yang paling seronok bagi diorang adalah dapat jumpa sepupu sepupu diorang yang lama dah diorang tak jumpa.

 

Keluarga belah suami di Kedah

 

Yelah, macamana nak jumpa selalu? Sebabnya duduk pon jauh jauh. Sorang di Terengganu. Sorang di Johor. Sorang di Kedah.

 

Keluarga kakak ipar yang tinggal di Johor

 

Masa ni lah 3 keluarga kecil bertemu dan tinggal sebumbung. Berkawan, bergaduh, dan kembali berkawan tu memang adat budak budak.

 

Keluarga adik ipar di Kedah

 

Semoga ukhwah hingga ke jannah. Aminn.

 

Ni pulak gambar Mama, kakak ipar, biras dan saya

 

Ya Allah. Lindungi anak anak kami dan keturunan kami. Agar mereka menjadi anak soleh solehah. Menjadi anak anak yang menjadi aset yang baik dan hebat buat mak ayah mereka. Kurniakan mereka keturunan yang soleh solehah yang kekal berada pada jalan yang benar yang Engkau redhai. Masukkan kami semua ke dalam syurgaMu.

 

Aminnn.

 

Ni semua cucu cucu di Kedah seramai 11 orang

 

Camne hari raya korang? Semua ok? Saya doakan ukhwah kita semua sesama saudara makin erat.

 

Apa yang terasa hati boleh dilupakan dengan kuasa Allah. Kita yang kena usaha ke arah itu. Cuba dan cuba sentiasa. Allah akan bantu andai kita benar benar usaha untuk perbaiki.

 

Salam sayang,

Ira & Hafizan

013-9422527

Pengedar Shaklee yang sah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge