Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil

Hari ni saya kongsikan tips bersenam bagi ibu hamil. Ibu hamil pon perlu bersenam tau. Yelah. Ia membantu jugak dalam buat ibu rasa rileks kan. Lagi lagi ibu yang memang jenis suka bersenam sejak sebelum hamil lagi.

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil

 

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 1

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 1

 

Cuba berjalan rileks rileks je. Kalau tatau nak gi mana, boleh gi window shopping la. Hehe. Ni semua terapi bagi orang pempuan tau. Ia boleh buat ibu rileks stress lah sikit. Tapi jangan tershopping lebih lebih pulak. Nanti stress balik duit habis. Boleh buat 5 kali seminggu. Habis laaa cik abang. Hehe

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 2

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 2

 

Berlari ni kan salah satu cara paling cepat dan paling berkesan untuk kita aktifkan jantung dan badan kita. Namun, lari yang ringan ringan la. Acah acah lari je. Kalau berjalan laju tu kira lari jugaklah kan tu. Hehe. Jangan terlalu paksa diri nak berlari. Berjalan dan berenang lagi sesuai lah.

 

 

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 3

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 3

 

Berenang tu syok kan. Sape kat sini suka berenang? Saya sendiri pon rasa nak belajar berenang. Bila pergi jalan jalan bolehla merasa ketenangan bila berenang dalam air kolam yang sejuk. Ia boleh buat ibu hamil dan bayi dalam kandungan pon rasa tersangatlah tenang.
Bila kita bersenam dalam air, badan rasa lebih selesa. Sendi rasa lebih lembut. Ia juga membantu dalam mengurangkan bengkak di kaki bila dah dekat nak bersalin. Cubalah. Tentu syok kan.
Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 4

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 4

 

Yoga untuk kehamilan membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel dan memperbaiki postur anda.   Ia lebih lembut pada sendi berbanding jenis senaman yang lebih keras.  Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu juga membuat beberapa aktiviti aerobik seperti berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Regangan membantu melenturkan badan, namun jangan keterlaluan membuatnya.   Lakukan dengan perlahan-lahan dan tidak terlalu memaksa diri.   Guru yoga anda akan menunjukkan bagaimana anda boleh merelakskan badan dan minda.  Pastikan guru yoga anda berpengalaman dalam memberi nasihat kepada wanita hamil.

Lebih baik jika anda mengikuti kelas yoga untuk kehamilan, berbanding memulakannya melalui DVD.  Senaman-senaman yang anda pelajari akan membantu anda untuk relaks dan bernafas semasa proses pelahiran juga.

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 5

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 5

 

Senaman pilates menguatkan perut dan otot lantai pelvis, bahagian tubuh anda yang dikenali sebagai teras stabil.  Guru pilates anda akan memandu anda berkaitan postur, membuat anda awas tentang bagaimana anda membawa badan anda.   Dia akan membantu anda melalui siri posisi dan pergerakan yang akan menguatkan otot-otot asas anda.

Anda akan belajar bagaimana hendak menetapkan masa bernafas dengan senaman, dan bagaimana hendak relaks.  Pilates mensasarkan otot-otot yang boleh menjadi lemah semasa hamil, dalam cara yang menyokong, berbanding menekan mereka.   Pilihlah kelas pilates antenatal sekiranya ada berhampiran kawasan anda.

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 6

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 6

 

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti.   Selagi anda berhati-hati, menggunakan pemberat yang ringan akan mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.   Jangan buat terlalu kuat sehingga anda terlampau panas, dan perlahan-lahan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan.

 

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 7

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 7

 

Pergi ke kelas aerobik mingguan memberi anda masa yang tetap untuk bersenam.  Ianya selamat, selagi anda melakukannya dalam impak rendah untuk melindungi sendi-sendi anda.   Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda akan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

 

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 8

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 8

 

Secara umumnya, anda boleh meneruskan kelas tarian jika anda telahpun melakukannya dengan kerap sebelum anda hamil.   Atau anda boleh mengepam jantung anda dengan menari mengikut muzik kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi rumah anda sendiri.   Cuba elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau mengubah arah dengan tiba-tiba kerana anda mungkin hilang keseimbangan.

Jika anda menyertai kelas tarian antenatal, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas di bawah pengelolaan seorang guru yang berkelayakan yang boleh menyesuaikan pergerakan dengan peringkat kehamilan anda.

 

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 9

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil 9

 

Akhir sekali, buatlah senaman untuk lantai pelvis anda!   Jika anda mempunyai otot lantai pelvis yang lemah, anda mungkin terkucil sedikit semasa bersenam, batuk atau bersin.   Anda boleh menghalang perkara ini daripada berlaku dengan membuat senaman lantai pelvis setiap hari.

 

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil

 

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 1

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 1

 

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 2

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 2

 

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 3

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 3

 

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 4

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 4

 

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 5

Kebaikan Bersenam Bagi Ibu Hamil 5

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Info Tambahan

Info Tambahan

 

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil

Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil

 

Di samping tu juga, boleh cuba set hamil untuk pastikan nutrisi yang sempurna buat diri dan anak dalam kandungan. Boleh hubungi nombor di bawah ye.

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

013-9422527

http://iralat.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge