Cara Mudah Kekal Sihat Dan Jelita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni saya nak kongsikan dengan korang cara mudah untuk kekal sihat dan jelita. Ramai orang sukakan kejelitaan. Apatahlgi orang pempuan kan. Jadi bila nak jelita, sudah pasti ia perlu disertakan dengan sihat dari dalam terlebih dahulu kan.

 

Hari ni saya kongsikan tips dan cara mudahnya buat semua.

 

Kekal Sihat Dan Jelita

Kekal Sihat Dan Jelita

 

Kita bedah siasat habis tips dan cara mudah untuk kekal sihat dan jelita.

 

Kekal Sihat Dan Jelita

Kekal Sihat Dan Jelita

 

Jika yang membaca ni baru umur 20-an. Tentu tertanya tanya kan. Perlukah ambil set penjagaan kulit ni? Untuk pengetahuan anda, kita haruslah mulakan step penjagaan kulit  bermula dari umur 20 sebab penuaan kulit akan bermula dari umur 20 an dan akibatnya kolagen dan elastin makin kurang serta tanda-tanda penuaan makin ketara.

 

Ramai rakyat Malaysia yang ingatkan kulit mereka jenis berminyak. Padahal kebanyakannya miliki kulit yang kering. Apa taknya. Sebab kulit kita nampak berminyak je kan.  Bagaimana untuk kita tahu kulit kita ni jenis berminyak atau kering ye?

 

Tips Tahu Kulit Muka Kita Jenis Berminyak Atau Kering

 

Anda boleh tahu kulit anda kering ataupun berminyak  lepas anda cuci muka .  Lepas anda cuci muka, cuba tengok kulit muka anda kering? Ada tak tanda-tanda menggelupas dan rasa ketat-ketat?  Andai selepas anda cuci muka dan ada simptom-simptom  ni maknanya kulit anda sebenarnya kering. Namun kenapa ia  berminyak selepas anda pakai toner dan moisturizer? Nak tau tak?

 

Ini disebabkan bila kulit kita kering, ia akan hasilkan minyak untuk melembapkan kulit kita. Jadi kita rasa berminyak tapi sebenarnya bila kita bersihkan muka, memang ia bagi kesan yang  sangat-sangat kering terutama bagi mereka yang selalu  pilih skincare yang untuk oily skin (kulit berminyak). Semakin lama dia guna skincare tu, semakin kering kulit mereka.

 

 

Usia 20 An

Usia 20 An

 

Jom kita tengok kulit kita pada usia yang berbeza.

 

Kulit Pada Usia 20-an

 

Untuk kulit yang muda 20 an apa yang akan berlaku? Selalunya untuk kulit yang muda (teenagers) kulit kita berminyak  dan liang-liang roma tu kebanyakan tersumbat ataupun liang-liang tu besar  dan masalah ni akan semakin rumit bila cuaca Malaysia ni makin panas. Dan sebab itulah timbulnya jerawat yang banyak kesan dari ni semua. Bila adanya jerawat, ia buatkan kita rasa tak selesa. Juga rasa rendah diri dan tak yakin diri. Betol tak? Dari situ mulalah beli CC cream la, BB cream la dan tampal-tampal dekat muka. Ada yang beli krim jerawat semata-mata untuk  hilangkan jerawat. Apa yang berlaku bila kita pakai semua tu namun tak dibersihkan dengan sempurna? Sisa sisa make up tu kekal melekat pada kulit kita? Kesannya liang pori kita akan makin tersumbat. Lama lama ia makin teruk dan semakin besar. Dahla tadi dah besar. Ni makin besar pulak dah. Erkk. Lagi kritikal kan. Lagi rasa tak yakin diri kan?

 

Bagi umur 20-an, paras kolagen dan elastin masih lagi sihat. Maknanya kulit kita masih ada lagi cantik tapi masalah nya kolagen dan  juga elastin  akan mula menurun secara perlahan.

 

Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Yang pertama sekali kita perlukan rutin penjagaan kulit harian yang bagus  termasuklah pencuci  muka cleanser, toner, pelembap (pelembap memang wajib ). Ramai yang cuci muka lepas tu tak pakai apa-apa dah.  Sebenarnya sangat penting untuk kita pakai toner bagi tujuan menutup balik  liang liang pori kulit kita dan seterusnya pelembap untuk lembapkan kulit kita. Ini memang keperluan asas terutamanya untuk kulit rakyat Malaysia yang cuacanya agak panas.

 

Cuaca Malaysia sentiasa panas sepanjang tahun. Jadi memang kita perlukan perlindungan matahari  iaitu  sunscreen  untuk mengurangkan kerosakan daripada sinaran uv  dan juga krim malam untuk membantu membina balik kolagen dan elastin.

 

Usia 30 An

Usia 30 An

 

Kulit Pada Usia 30-an

 

Pada usia 30-an pula kita akan mula nampak garisan halus  dan kedutan terutamanya  di bahagian mata ataupun bila kita senyum ada garis garis kecil.

 

Kulit kita akan semakin kusam dan tona kulit kita  semakin tak sekata. Dekat bahagian dahi tu nampak gelap dari bahagian pipi contohnya. Pada usia ni juga akan mula hadir pigmentasi. Kita boleh nampak pigmentasi tu terutamanya di bahagian pipi dan hidung. Pada usia ini,kehilangan kolagen dan elastin semakin ketara dan pembaharuan sel semakin lambat. Dulu parut jerawat tu ambil masa 2 minggu untuk hilang contohnya.Namun bila dah usia 30-an ni parut jerawat tu hilang dalam masa sebulan atau lebih sebab pembaharuan sel tu semakin lambat.

 

Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang ni? Teruskan rutin penjagaan kulit harian. Tambah dengan pelindungan matahari sunscreen dan serum sebab serum membantu untuk menyokong  pembaharuan sel dan juga menyokong penghasilan kolagen dan elastin.

 

Usia 40 An

Usia 40 An

 

Kulit Pada Usia 40-an

 

Apa yang berlaku untuk yang umur 40-an? Umur 40-an ni makin menghampiri tempoh monopaus. Jadi ia akan mula kacau hormon kita. Bila monopaus, estrogen akan berkurang dalam badan. Kulit kita akan jadi semakin kering dan kusam disebabkan kebolehan kulit kita untuk mengekalkan kelembapan tu semakin berkurangan dan kita boleh nampak  kedutan, garisan halus, liang-liang roma serta pigmentasi semakin jelas. Kita akan hilang semakin banyak kolagen dan elastin. Pembaharuan sel sangat-sangat  lambat dan disebabkan kehilangan kolagen dan elastin kulit kita akan semakin nipis.

 

Jadi bila kulit kita semakin nipis ni kita akan rasa sangat-sangat sensitif. Apabila pakai skincare  yang tinggi dengan bahan-bahan  kimia kita rasa makin sangat sensitif.

 

Apa yang kita perlu lakukan adalah teruskan rutin penjagaan kulit seperti biasa ditambah dengan sunscreen, diteruskan dengan serum untuk cepatkan pembaharuan sel dan juga penghasilan kolagen dan elastin.  Tambahkan rawatan anti-penuaan seperti Vitamin C dan E yang tinggi untuk mengatasi tanda-tanda penuaan contohnya pigmentasi dan kedutan.

 

Faktor Penuaan Kulit

 

Faktor Penuaan Kulit

Faktor Penuaan Kulit

 

Sekarang jom kita lihat faktor-faktor yang menyebabkan penuaan kulit.

 

1.Pencemaran

 

Pencemaran ni memang adalah faktor yang kita tak nampak. Ada orang ingat saya  keluar hantar anak je ke sekolah ataupun bawa anak balik rumah tak perlulah pakai sunscreen dan skincare. Cuba bila sampai rumah nanti kita pakai toner dengan gunakan passion cotton. Haa boleh nampak hitam melegam passion cotton tu disebabkan oleh habuk-habuk dan juga pencemaran dalam udara kita. Seram tak?

 

2. Pendedahan Terhadap Sinaran UV

 

Seterusnya, pendedahan terhadap uv  contohnya matahari. Jadi walaupun tinggal dalam indoor ataupun kita kerja dalam pejabat yang  beraircond  dan tak selalu keluar rumah, kita wajib juga pakai sunscreen sebab uv ni dia  selalu menembus melalui simen,batu-bata  dalam bangunan rumah mahupon kenderaan kita. Jadi walaupun kita stay dalam indoor, muka kita akan damage dengan sinaran uv juga.

 

3. Pemakanan Yang Tidak Sihat

 

Selain itu,pemakanan yang tidak sihat terutamanya bagi mereka yang suka makan makanan yang digoreng ataupun fast food.  Makanan yang digoreng selalunya kehilangan nutrien dan pada masa yang sama bila badan kita hadam makanan tersebut,ia akan hasilkan banyak radikal bebas.  Jadi radikal bebas ni dia akan merosakkan sel  kulit kita yang sihat.

 

4. Tekanan Dan Stress

 

Berikutnya,tekanan, stress dari isu keluarga mahupon tempat kerja akan menambahkan lagi faktor disamping perubahan hormon terutamanya bagi wanita. Contohnya monopaus  dan juga kekurangan nutrisi dari pemakanan kita seharian.  Semua faktor di sini akan cepatkan lagi kita punya penuaan  kulit kita.

 

Apa Berlaku Bila Kulit Menua?

 

Apabila kulit kita makin menua, apa kesan yang kita dapat sebenarnya? Apa yang berlaku pada kulit kita nanti?

 

 

Penuaan Kulit

Penuaan Kulit

 

Kita akan nampak kulit kita semakin kusam dan tak berseri macam dulu.  Kulit kita semakin nipis sebab kehilangan kolagen dan juga elastin. Kedutan, garisan halus semakin nyata dan semakin jelas di permukaan kulit kita . Kita kehilangan keanjalan. Sudah tak anjal macam dulu dan kulit kita semakin kendur. Dulu badan kita miliki v shape sekarang dah jadi u shape. Ni semua akibat penuaan kulit kita.

 

Sebab tanda-tanda penuaan di sini adalah pembaharuan sel yang lambat. Sepatutnya kulit kita kena menghasilkan sel yang baru  untuk gantikan sel yang mati tapi bila kita semakin berusia sel tu dan proses tu semakin lambat. Ditambah pula kesan kekurangan nutrisi, tenaga untuk sel kulit kita berkurangan, kekurangan kolagen dan elastin membantutkan dalam menghasilkan sel yang baru. Pada masa yang sama  ianya  terdedah dengan kerosakan persekitaran contohnya sinaran uv dan juga pencemaran.

 

Saya akan kongsikan semua faktor yang membantu dalam mengatasi penuaan pada kulit kita. Stay tune ye.

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

013-9422527

 

One Response to “Cara Mudah Kekal Sihat Dan Jelita”
  1. Belang Tarung 29 March, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge