Bagaimana Vivix Berfungsi Sihatkan Kita?

[IKLAN PROMOSI DISEMBER 2017]

Promosi VIVIX kini kembali…Harga Istimewa buat AHLI Shaklee. Dapatkan pada harga 6 botol Vivix, anda bawa balik 7 botol (6+1). Wow!!! Atau Dapatkan 2 botolVivix dengan Diskaun 5%. WOOOOW! Cepat! Stok tak banyak dah tu. 🙂

VIvix Promo December 2017



Bagaimana Vivix Berfungsi Sihatkan Kita?

Kita dah faham yang kesan radikal bebas boleh menyebabkan kadar proses penuaan dengan lebih cepat. Begitu juga dengan kadar kematian sel yang lebih cepat (necrosis). Yang akhirnya berpotensi mendapat penyakit degenerasi seperti sakit sendi, sakit salur darah, sakit jantung, angin ahmar (stroke), katarak, kencing manis, penyakit kronik yang lain termasuk penyakit kanser dan lain-lain.

 

Bahaya tak radikal bebas ni? Bahaya la kan. Boleh baca di sini huraiannya. >> Bahayanya Radikal Bebas

 

Jadi kesimpulan begini. Ia buat kita mudah faham lagi.

 

Tekanan oksida > radikal bebas > curi elektron > proses penuaan pantas > penyakit degeneratif / kronik

 

Bagi Vivix pula, ia mempunyai kajian klinikal bagaimana Vivix dengan khasiat polifenol dan resveratrol dapat membantu mencegah proses tekanan oksidan ini sekaligus mengelakkan keradangan daripada berlaku.

 

Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2011.

 

Sebelum saya cerita tentang kajian keradangan resveratrol dan polifenol, jom kita lihat apakah penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan keradangan.

 

Penyakit Akibat Keradangan

 

Keradangan tu apa ye? Keradangan merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan, dengan ciri-ciri berikut: kemerahan (rubor), panas (calor), bengkak (tumor), sakit (dolor) dan kegagalan berfungsi (dysfungsi) organ yang terbabit (functio laesa).

 

Ada banyak penyakit yang boleh wujud akibat keradangan. Antaranya obesiti, metabolik sindrom, diabetes, penyakit kardiovaskular, disfungsi mata, alzheimer, arthritis, kanser dan macam-macam lagi. 

 

Keradangan juga dikaitkan dengan jangkitan, kecederaan juga sekecil-kecil penyakit seperti asthma dan ekzema.

 

Kajian keradangan ini diterbitkan dalam ncbi:

 

A resveratrol and polyphenol preparation suppresses oxidative and inflammatory stress response to a high-fat, high-carbohydrate meal.

 

Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat sememangnya terkenal dalam meningkatkan tekanan oksidatif dan keradangan. Tau tak ni? Terkejut tak?

 

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tanggapan bahawa suplimen antioksidan yang tinggi dengan polifenol dan resveratrol boleh menumpulkan kesan pengoksidaan lemak / makan karbohidrat yang tinggi.

 

Kajian ini dilakukan keatas sekumpulan sukarelawan, kedua-duanya diberikan sarapan daripada makanan segera bernilai 910 kalori. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan:

1 kumpulan placebo
1 kumpulan lagi diberikan Vivix selepas sarapan diambil

Ujian darah dibuat selepas 5 jam.

Hasil ujian menunjukkan suplimen mengandungi resveratrol dan polifenol dapat:

– Mengelakkan peningkatan tekanan oksidan
– Merangsang aktiviti Nrf-2 dan mendorong pengaktifan antioksidan berkaitan

Kesimpulan yang kita boleh buat adalah Vivix menunjukkan kesan antioksidan kuat justeru bersifat anti radang sekaligus dapat mengelakkan penyakit berkaitan keradangan.

 

Jadi dengan hasil kajian keradangan yang saya sebut sebelum ni, Vivix telah terbukti secara klinikal dapat membantu elakkan keradangan.

Hubung Kait Keradangan Dan Penyakit Kronik

 

Keradangan pula dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik.

 

Saya dah cerita 2 kajian klinikal ke atas vivix kan.

1) Kajian telomeres
2) Kajian keradangan

 

Ada 1 lagi kajian klinikal Vivix ni tau. Iaitu kisah di bawah.

 

Ada 1 penyakit yang disebabkan oleh penuaan, ia dipanggil sebagai Macular Degeneration.

Kalau ikut kata doktor, bila makin tua, mesti ada sakit ni. Penyakit ni menyebabkan mata jadi blur (rabun), takde vision langsung di tengah.

 

Pandangan kesan penyakit Macular Degeneration

Pandangan kesan penyakit Macular Degeneration

 

Kebiasaannya penyakit ni memang takde simptom awal. Tahu-tahu, pandangan makin blur. Penyebab macular degeneration ni belum konklusif lagi. Tapi memang katanya sebab penuaan la kiranya.

 

Macular Degeneration

Macular Degeneration

 

Jadi Shaklee ada buat kajian klinikal ke atas pesakit MD ni.

Tajuk kajian Vivix dalam hal ni adalah: Polyphenols and Macular Degeneration

Kajian ini dibuat ke atas pesakit seramai 42 orang berumur antara 56 hingga 85 tahun selama 4 bulan yang diberikan Vivix Shaklee.

Hasil kajian mendapati tiada seorang pun yang menunjukkan kesihatan mereka terjejas dengan pengambilan Vivix Shaklee.

Sebaliknya hasil kajian mendapati Vivix Shaklee telah membantu meningkatkan fungsi mata pesakit.

 

Sebenarnya ada 1 lagi kajian klinikal Shaklee buat terhadap Vivix. Tapi masih kekal rahsia hingga ianya diterbitkan.

Tak silap ia akan diterbitkan hujung tahun ini.

Apa Passion Shaklee Sebenarnya?

 

Bagi siapa siapa yang belum tahu, Shaklee telah terbitkan lebih 125 kajian saintifik dan juga telah diterbitkan dalam publication umum.

Publication umum ni contohnya dalam ncbi, hindawi, british journals dan lain-lain.

Selain tu Shaklee juga memiliki 85 orang saintis bekerja sepenuh masa dengannya, yang sekaligus membuktikan Shaklee sangat serius dalam kajian dan teknologi.

 

Semua produk Shaklee adalah hasil kajian bertahun-tahun:

– Nutriferon 40 tahun
– Shaklee Youth 8 tahun
– Vivix 7 tahun

dan banyak lagi.

Produk Shaklee bukan main tunjuk-tunjuk je di kilang kita nak produk apa, tapi produk Shaklee adalah berdasarkan kajian sains. Memang ia berbeza dengan produk lain. Dan sangat tak adil bila Shaklee dituduh sama je dengan produk lain.

4 Mekanisme Tindakan Vivix

 

Bagi yang belum tahu camne Vivix ni bertindak, hari ni saya nak sembang berkenaan 4 mekanisme tindakan Vivix.

Vivix bertindak dengan 4 cara:

1. Membaiki dan melindungi DNA

2.Kesan positif terhadap pengawal genetik

3. Penghasilan tenaga (mitokondria)

4. Melambatkan penghasilan AGE protein

Eh eh..macam banyak Vivix bantu baik pulih bila tengok tentang pemendekan telomere ni kan.

Jom kita lihat satu persatu.

 

Membaiki dan melindungi DNA

 

Ramai juga yang tertanya-tanya apa kaitan Vivix Shaklee dengan perlindungan DNA dan kesan positif terhadap pengawal genetik.

DNA tu apa?

Daripada Wikipedia,

Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen.

Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk (iaitu ibubapa).

Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Ingat lagi kajian klinikal Vivix yang dibuat berkaitan keradangan?

Bagi kumpulan yang mengambil Vivix, didapati pengawal selia genetik (bagi panjang umur) disebut sebagai Nrf2 didapati meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 jam selepas makan. Untuk kumpulan placebo pula, tahap Nrf2 didapati merosot.

 

Perlindungan Antioksidan Kunci Kepada Perlindungan DNA

 

Pernah dengar pengambilan nutrisi antioksidan seperti vitamin E selepas memakan makanan segera boleh mencegah penyempitan arteri dan dapat menyelamatkan anda daripada serangan jantung? Bagaimana Vivix Shaklee dan Nrf2 saling berkaitan?

 

Macam ni ceritanya ye.

 

Apabila muda:

– Apabila kita masih muda, makanan segera akan mencetuskan peningkatan dalam Nrf2 dan seterusnya meningkatkan pengeluaran mekanisme pertahanan antioksidan daripada badan kita sendiri.

 

– Nrf2 akan mencetuskan proses detox supaya kesan daripada pemakanan makanan segera tersebut seperti bahan pengawet dan sebagainya dapat dikumuh daripada badan.

 

– Nrf2 juga dapat mencetuskan imbangan sistem imun kita (makanan tinggi lemak akan menekan sistem imun dan menyebabkan tindak balas keradangan dan autoimun)

 

– Akhir sekali, Nrf2 mencetuskan laluan anti-stress (makanan tinggi lemak mencetuskan pengeluaran kortisol, yang boleh mempercepatkan proses penuaan) dan banyak lagi.

Apabila tua:

Tetapi apabila kita semakin tua,

– Nrf2 tidak lagi dicetuskan dan kita kehilangan mekanisme perlindungan semula jadi kita.

– Apabila ini berlaku proses penuaan, dan risiko serangan jantung atau strok, meningkat dengan setiap makanan yang tinggi lemak yang kita makan.

Sekarang anda nampak tak kaitan Vivix Shaklee untuk mengaktifkan gen Nrf2?

 

Kesan Rosaknya Mitokondria

 

Fungsi mitokondria dan kaitannya dengan tekanan oksidatif memainkan peranan penting dalam penuaan manusia.

Resveratrol adalah polifenol tumbuhan sifat antipenuaan yang pelbagai.

Jom kita lihat bagaimana resveratrol dapat membantu membekalkan tenaga kepada sel.

Saya ada sebutkan tentang seseorang yang bernama Les Wong sebelum ini. Beliau berumur 68 tahun. Tapi beliau laksana 40an!

 

Les Wong Shaklee umur 68 tahun

Les Wong Shaklee umur 68 tahun

Sepatutnya orang muda ni tenaga sel masih banyak kan. Jadi ia cergas, bertenaga. Namun orang tua ni tenaga sel semakin kurang. Jadi cepat letih dan lesu.

Tapi ramai orang muda sekarang pun alami simptom orang tua (cepat letih, kurang tenaga, lesu).

Sebab apa? Sebab berlaku penuaan yang pantas pada tahap sel. Kiranya tua sebelum usia.

Jadi bagaimana hendak mengelakkan penuaan, dan meningkatkan tenaga sel? Jawapannya tingkatkan potensi mitokondria anda.

Jadi walaupun umur sudah meningkat, anda masih sihat dan cergas seperti 20 tahun dulu.

Mitokondria merupakan ‘kilang tenaga’ sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.

 

mitakondria

mitakondria

 

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai ‘kilang tenaga’ bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan.

 

Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang.

 

Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.

 

Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel

 

Tentu ramai yang nak tau pasal camne resveratrol membantu melindungi mitakondria kan?

Ok, meh saya cerita pasal kelebihan resveratrol dulu ye.

 

Kelebihan Resveratrol yang sangat bagus adalah:

Meningkatkan biogenesis mitokondria
Meningkatkan fungsi sel
Mengurangkan pengeluaran radikal bebas
Mengurangkan simpanan lemak
Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia

 

Tips Tingkatkan Fungsi Mitokondria dan Meningkatkan Tenaga Sel

 

Kat sini saya kongsikan tips tingkatkan fungsi mitokondria. Tentu ramai yang nak tau pasal ni kan. 🙂

 

1. Kurangkan makan (sekatan kalori)

 

Apabila kurang makan, maka tugas mitokondria (tenaga untuk hadam makanan) akan berkurangan dan pengeluaran radikal bebas juga berkurangan. Ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan mitokondria, tetapi juga menghidupkan gen SIRT1, yang mengekod protein yang meningkatkan fungsi sel.

 

2. Tambahkan senaman

Senaman fizikal membantu untuk mengaktifkan mitokondria yang sedia ada dan juga mengaktifkan laluan biokimia yang merangsang pengeluaran yang baru, ini dikenali sebagai biogenesis mitokondria.

 

Dalam satu kajian terhadap atlit menunjukkan bahawa otot mereka mempunyai kepekatan mitokondria yang sangat tinggi.

 

Tapi bukan hendak suruh jadi atlit angkat berat atau bina badan, cukup dengan aktiviti senaman sederhana yang konsisten untuk merangsang sel-sel otot agar dapat meningkatkan permintaan terhadap tenaga.

 

3. Ambil Nutrisi

 

Ambil nutrisi yang meniru kesan positif daripada senaman dan sekatan kalori (kurang makan). Salah satu daripadanya adalah resveratrol, yang mengaktifkan gen SIRT1.

Pengaktifan SIRT1 melakukan tindak balas biokimia positif yang menghasilkan fungsi mitokondria dan biogenesis.

Sebab itulah hasil dari pelbagai kajian mendapati resveratrol menunjukkan kesan positif untuk melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan neurodegenerative, meningkatkan antioksidan, mengurangkan keradangan, dan melanjutkan jangka hayat serta melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia.

Pokok pangkal bermula dengan mitokondria. Mitokondria sihat, keseluruhan badan kita juga akan sihat.

Kita punya lebih banyak tenaga, lebih cerdas dan lebih tahan dari serangan penyakit, badan yang lebih berotot, risiko penyakit pun kurang, tekanan darah cantik, gula darah stabil.

 

Melambatkan penghasilan AGE protein

 

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti

Stress
Penyakit
Kesakitan
Tidur yang tidak cukup
Gaya hidup yang tidak baik (merokok)
Sinar matahari berlebihan

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Contoh penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah

– menyekat saluran jantung yang menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok

– merencatkan fungsi pancreas dan seterusnya menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan diabetes

– mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kendur

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

Beberapa kesan age antaranya:
Diabetes
Kerosakan kolagen kulit
Kerosakan sendi
Penyakit kardiovaskular
Penyakit alzheimer
Sistem saraf

Adakah semua penyakit ini boleh dirawati dengan Vivix? Sudah tentu tidak! Tetapi polifenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik sebagaimana graf di atas.

Setakat ini, tidak ada mekanisme terkenal dapat memusnahkan AGE, oleh itu anda perlu menghalang pembentukan mereka.

 

Dah boleh nampak kan? Betapa pentingnya antioksidan dalam memastikan mitokondria dan DNA kita sentiasa berada dalam keadaan optimum 🙂

 

Nak cuba antioksidan dari Shaklee termasuk Vivix?

Boleh hubungi nombor di bawah ye.

 

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge