Doa Buat Anak Yang Ibu Bapa Boleh Amal

Salah satu doa yang Kak Ira tak pernah lupa buat anak anak

“Ya Allah. Jadikan anak anak kami anak soleh solehah dari dunia hingga akhirat. Apa saja ujian yang Kau berikan pada mereka, aku mohon tempat mereka tetap di syurga Mu sejak mereka di dunia.

Matikan kami sekeluarga sebagai mati syahid. Kami nak tinggal di syurgaMu sejak kali pertama kami di alam barzakh lagi.

 

Ibu dan Husna

Ibu dan Husna

Ya Allah, berikan anak anak kami kawan kawan yang baik. Juga pasangan dan keturunan yang baik baik.

Pegang hati mereka dengan ajaran Islam yang betol dan tepat bagi seluruh keturunan kami.

Satukan kami di dunia dalam kasih sayangMu. Juga di akhirat kami menjadi keluarga yang semuanya berada di syurga Mu.

Jauhi kami dan anak anak kami dari murkaMu. Kuatkan ikatan hati kami sampai bila bila. Sertakan adik beradik dan ibu bapa kami dalam jalinan ini.

Ya Allah. Aku serahkan segala urusan anak anak ku padaMu. Kau bantu aku jaga mereka di kala aku tiada bersama mereka. Mahupon di kala kami ada bersama mereka.

Ikat hati mereka dengan Quran dan Hadis nabiMu. Bantu kami jadi ibu dan abah yang bantu anak anak kami jadi ahli syurga ya Allah.

Kabulkan doa kami”

Kak Ira yakin Allah kabulkan. Sebab Allah dah janji. Doa ibubapa buat anak anaknya tidak akan ditolak.

Korang dah doa untuk anak anak korang pagi ni?

Nak vitamin untuk kesihatan anak?

Boleh baca di sini ye. >> Vitamin buat anak cergas dan ceria

 

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge