Apakah Bahayanya Radikal Bebas?

[IKLAN PROMOSI DISEMBER 2017]

Promosi VIVIX kini kembali…Harga Istimewa buat AHLI Shaklee. Dapatkan pada harga 6 botol Vivix, anda bawa balik 7 botol (6+1). Wow!!! Atau Dapatkan 2 botolVivix dengan Diskaun 5%. WOOOOW! Cepat! Stok tak banyak dah tu. 🙂

VIvix Promo December 2017



Apakah Bahayanya Radikal Bebas?

Unit asas badan kita adalah sel. Dari sel tu lah akan terbentuknya tisu. Kemudian dari tisu tu akan terbentuk organ. Dari organ tu akan terbentuk sistem yang kemudiannya lengkaplah diri kita.

 

Asal usul organisma

Asal usul organisma

 

Bila sel sihat, satu organisma tu akan sihat. Ia bukan diri kita je camni. Binatang pon camtu. Maknanya, bila sel sihat, tisu pon akan sihat, organ pon akan sihat. Kemudian organisma tu sendiri akan sihat.

 

Setiap sel melakukan proses biokimia. Antaranya adalah respirasi  iaitu bernafas. Sebab untuk dapatkan tenaga, sel kita perlu bernafas. Setiap sel akan lalui proses respirasi. Dalam proses ni, radikal bebas akan dilepaskan jugak. Badan kita sentiasa bernafas kan. Jadi, radikal bebas akan sentiasa dihasilkan dalam badan kita.

 

Manfaat Radikal Bebas

 

Radikal bebas ni bukan semuanya buruk tau. Ia membantu untuk buang toksin dan melawan virus serta bakteria. Ni kalau bilangannya tak banyakla. Tapi kalau banyak, ia akan mengundang bahaya pada badan kita.

 

Ramai orang nak tau apa benda sebenarnya radikal bebas ni. Ok hari ni saya nak cerita kat korang semua apa itu radikal bebas.

 

Bahayanya Radikal Bebas

 

Radikal bebas ni sangat merbahaya pada diri kita jika jumlahnya banyak dalam badan kita. Macam-macam penyakit datang dari radikal bebas. Radikal bebas berikan kesan tua sebelum usia kepada diri manusia.

“Eh ehh. Kan memang kita akan tua. Buat apa nak takut?”

Ramai orang yang faham macam ni bila berpusu pusu orang fokus untuk ambil anti oksidan anti penuaan.

Bukannya bermakna kita ni takut pada tua tau.

Jadi, apa sebenarnya?

Penyakit kronik tu semuanya datang dari masalah radikal bebas yang banyak dalam badan tau. Contoh penyakit kronik adalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Radikal bebas yang ada dalam badan mereka yang alami penyakit kronik ni tak stabil akibat corak pemakanan yang tidak baik dan juga persekitaran yang tidak sihat.

 

Bagaimana Boleh Terjadinya Radikal Bebas?

 

Ok meh saya nak cerita kat korang untuk bagi korang faham ye. Molekul oksigen yang kita duk sedut tiap masa melalui hidung tu miliki 4 pasang elektron. Maksudnya semuanya ada 8 biji elektron. Satu molekul oksigen tu akan bertukar menjadi radikal bebas apabila satu atau lebih elektron tu hilang. Maknanya, bila elektron molekul oksigen tu hanya ada 7 biji atau kurang dari tu, oksigen tu dah tukar nama. Nama barunya adalah radikal bebas. Boleh faham kat sini?

 

Cuba tengok gambar di bawah ni. Si merah tu radikal bebas. Dia tak cukup 1 biji elektron. Dia pon gi curi elektron dari molekul oksigen lain yang stabil (cukup 8 elektron). Maka, yang stabil tadi tu bertukar menjadi radikal bebas jugak. Dan curi orang lain punya elektron. Sebab radikal bebas ni nak cukupkan elektron pada dia. Dia tak nak jadi radikal bebas.

 

Radikal bebas ni boleh dikatakan sebagai pencuri lah. Saya bagi perumpamaan ye nak bagi korang mudah faham ni.

 

Radikal bebas ni kita nama kan si A. A ni kan dia hilang pemadam. Dia nak balik rumah. Takut mak marah. Kemudian dia pon curi pemadam B. B pulak hilang pemadam. Dia pon takut mak dia marah jugak. Kemudian dia pon curi pemadam C. Begitulah seterusnya.

 

Jadi wujudlah komuniti pencuri pemadam. Bila camtu, tak bagus kan. Asyik mencuri antara satu sama lain demi kepentingan diri. Rosak sekolah kalau ada pelajar camni kan. Kalau sekolah tu ada di Kangar. Risau orang Kangar. Kang makin berleluasa dari sekolah ke sekolah kat sana kan. Boleh rosak budak budak Kangar kalau camtu.

 

Ha, macam tu jugak dengan badan kita. Semua komuniti pencuri pemadam ni ibarat radikal bebas. Lama-lama semua organ akan rosak akibat banyak sangat radikal bebas yang tak stabil. Organ yang rosak tu ibarat Kangar tadi tu. Kalau tertumpu banyak radikal bebas di situ, organ itulah akan mula sakit dan kurang berfungsi dengan elok. Dan lama-lama akan rosak.

 

 

Terjadinya radikal bebas

Terjadinya radikal bebas

 

Contoh radikal bebas yang tak stabil ni banyak di otak. Terlalu banyak. Pesakit itu akan alami kanser otak. Boleh nampak dengan jelas dah?

 

Radikal bebas adalah zarah oksigen yang hilang salah satu elektronnya. Ini menyebabkan ia tidak seimbang dan menjadi sangat reaktif terhadap molekul oksigen lain yang terdekat dengannya. Ia akan mencuri elektron dari molekul oksigen lain yang stabil.

 

Bila radikal bebas ni merampas elektron dari molekul oksigen lain yang stabil, ia umpama melepaskan sebiji bola boling ke dalam kedai pasu dengan kelajuan 800 batu sejam. Mesti banyak kerosakan yang berlaku melainkan bola tu dapat dihentikan. Betol tak?

 

Ha, dah boleh nampak tahap bahayanya radikal bebas ni?

 

Radikal bebas curi elektron orang lain

Radikal bebas curi elektron orang lain

 

Kerosakan akibat radikal bebas dikenali sebagai tekanan oksidan. Ni bila dah banyak. Setiap kali berlaku rampasan elektron ni, sel yang terlibat akan musnah dan tidak dapat berfungsi. Atau ia akan berlakunya kematian sel (necrosis). Kan ia berlaku secara berantai? Maksudnya, banyak kerosakan sel yang akan berlaku. Dan ia akan mengundang bencana pada diri orang yang mengalaminya.

 

Makin seram kan rasa?

 

Tekanan oksidan umpama karat pada besi. Bila besi tu berkarat, ia tidak dapat digunakan lagi pada tahap optimum. Antara contoh yang jelas tentang kerosakan sel adalah kulit yang rosak akibat sinaran uv matahari. Bintik-bintk perang (lipofusin) timbul di belakang tangan dan pergelangan tangan. Lipofusin terdiri dari molekul sel yang rosak dan tiada fungsi dan zarah lemak yang telah dioksidasi.

 

Tindakan radikal bebas ni umpama jerung yang akan mengoyak dan merosakkan apa saja mangsa yang dijumpainya.

Ia berasal dari rosaknya sel tu. Kemudian tisu kat bahagian tu akan rosak. Seterusnya organ pon rosak. Akhirnya rosaklah badan kita tu.

 

Contoh sel rosak kat bahagian pankreas. Bila camtu, tisu pankreas tu tak akan sensitif untuk detect insulin. Kemudian organ pankreas tu sendiri akan kurang berfungsi dengan baik. Lama lama akan rosak organ pankreas tu andai tak kurangkan radikal bebas kat dalam badan kita.

 

Sel induk jika rosak, semuanya akan rosak sebab sel akan terus membahagi kan. Jika “ibu” sel tu rosak, pasti yang terbahagi tu pon rosaklah.

 

Kalau nak selamat, kena stabilkan radikal bebas ni lah kan?

 

Jadi camne nak stabilkan radikal bebas ni ye?

 

Jenis jenis Radikal Bebas

Radikal bebas ni jika ia tak banyak, ia tidak memberi bahaya kepada diri kita. Namun andai kita miliki banyak jenis radikal bebas dalam badan, ia boleh memudaratkan diri kita hingga boleh dapat sakit.

 

Ia umpama perompakla. Kalau bergabung 4 kumpulan perompak untuk merompak sebuah bank, sudah pasti kesannya sangat teruk kan. Sebab merompak secara berjemaah. Radikal bebas ni umpama perompak dalam badan kita.

 

Terdapat 4 jenis radikal bebas.

 

  1. Superoksida

Ia merupakan kawan kepada oksigen yang mempunyai masalah elektron. Superoksida adalah radikal bebas paling banyak dijumpai dan paling aktif.

 

Radikal bebas rompak elektron orang lain

Radikal bebas rompak elektron orang lain

 

Dalam ni, yang warna kuning tu superoksida. Ia umpama perompak yang curi basikal kita kat luar rumah sebab ia melibatkan pencurian elektron di sekeliling sel.

 

2. Hidrogen peroksida

 

Hidrogen peroksida dibentuk oleh penukaran radikal superoksida. Ia dapat masuk ke membran sel dan rosakkan bahagian yang lembut dalam sel itu. Ia umpama perompak masuk dalam rumah kita. Lagi menakutkan berbanding perompak tu curi basikal kat luar rumah kita je kan.

 

3. Radikal hidroksil 

 

Radikal hidroksil adalah radikal bebas paling bahaya sebab serang DNA secara langsung. Ia terbentuk apabila superoksidan dan hidrogen peroksida bertindak balas bersama. Ia sangat reaktif dan menyerang semua sel disekelilingnya.

 

Umpamanya, perompak buat dua-dua. Merompak semua barang di luar rumah kita. Juga dalam rumah kita. Kan lagi agresif nampaknya tindakan perompak tu. Boleh clear ke perumpamaan ni?

 

4. Radikal Peroksi Lipid

 

Radikal peroksi lipid terbentuk apabila oksigen menyerang asid lemak dalam membran sel. Reaksi yang sama boleh dilihat bila daging dibiarkan dalam bilik pada suhu biasa. Ia menjadi tengik. Ini disebabkan semasa reaksi berantai lipid, sel lemak melepaskan lebih banyak radikal bebas. Reaksi berantai ini merebak ke seluruh membran sel dan memusnahkan fungsi asas sel.

 

Kalau berlaku di paru-paru, sel paru-paru akan mula rosak. Yang akhirnya paru-paru kurang berfungsi.

 

Bagaimana Radikal Bebas Rosakkan Sel?

 

Sel kita terdiri dari membran sel, nukleus, mitokondria, protin dan DNA. Gambarajah A di bawah ni menunjukkan 2 radikal bebas meletup menerusi membran sel akibat mencari elektron kerana ia tidak cukup elektron kan ni.

 

 

Bagaimana Radikal Bebas Rosakkan Sel

Bagaimana Radikal Bebas Rosakkan Sel

 

Membran sel itu tentulah alami kerosakan. Bila jadi camtu, kerosakan ni akan menyebabkan sel tidak dapat diberi makan dengan sempurna.

 

Kilang sel juga akan rosak. Jadi ia akan melumpuhkan keupayaan sel untuk bekerja dengan lebih efisen. Sel mempunyai mekanisme pertahanan untuk melawan virus dan bakteria. Namun ia tak dapat berfungsi sebaiknya seandainya ia sudah diserang teruk oleh radikal bebas.

 

Hentaman oleh radikal bebas ke atas struktur B pula umpama meletupkan sebuah tempat simpanan amunisi (dikenali sebagai lisosom yang menyimpan sejenis amunisi yang bersifat toksik). Kerosakan besar berlaku di dalam sel dan secara mendadak.

 

DNA boleh dirosakkan oleh zarah-zarah oksidan, membawa kod untuk pembiakan sel. Kerosakan DNA ini mungkin mengakibatkan penyakit kanser dan penyakit lain.

Kesan radikal bebas pada DNA

Kesan radikal bebas pada DNA

 

 

Kilang tenaga atau mitokondria juga mengalami kerosakan. Ini menyebabkan semua tindakan sel perlahan.

 

Protin adalah bahan binaan sel. Jika protin juga rosak, sistem imun kita mungkin salah faham dan anggap sel tu penceroboh dan sel itu dimusnahkan oleh sistem imun.

 

Akhir sekali (D), kita dapati apa yang tinggal ialah sebuah sel yang tenat.

 

Ia membahagi diri sendiri, anak-anak sel itu sama jadi salinan sel yang tenat tadi (copy). Sama juga tenat dan sakitnya sebab sel induknya (sel asal) rosak dan tenat.

 

Kesan Serangan Radikal Bebas

Kesan Serangan Radikal Bebas

 

Menurut Dr Bruce Ames (saintis mengenai antioksidan), beliau menganggarkan bilangan hentaman oksidan setiap hari ke atas DNA manusia ialah kira-kira 10,000 kali.

 

Manusia sendiri mengeluarkan radikal bebas seperti

– semasa bersenam
– selepas trauma fizikal
– selepas kecederaan
– semasa terkena jangkitan
– tekanan emosi
– penuaan

 

Punca Radikal Bebas

 

Antara punca radikal bebas adalah:

– asap rokok
– kebanyakan dadah
– Alkohol
– sinaran matahari
– bahan kimia seperti racun serangga, racun rumpai, baja kimia, sisa industri

 

Punca radikal bebas

Punca radikal bebas

 

Nampak kan? Kita boleh jaga pemakanan kita untuk kurangkan radikal bebas. Tapi tahap pencemaran udara tu kita tak boleh nak lari darinya terlalu banyak. Begitu juga dengan tekanan harian kita kan. Tentu ada juga tertekannya.

 

Jadi memang kita perlukan antioksida untuk bantu stabilkan balik radikal bebas yang kekurangan elektron tu.

 

Vivix adalah salah satu antioksida yang sangat membantu dalam membantu radikal bebas untuk kembali stabil. Bila camtu, badan kita akan terlindung dari masalah kesihatan.

 

Kan elak dapat penyakit camtu. Best ke best?

 

Nak dapatkan Vivix? Boleh kontek nombor di bawah untuk bantu anda dapatkannya dengan segera.

 

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge