12 Teknik Menjemput Rezeki

Andai ada rasa curiga dalam hati tentang diri kita sendiri. Senyumlah.

Allah cipta kita dengan ciptaan terbaik.

Allah tidak pernah curiga dengan kebolehan kita. Sebab tu Allah buat kita jadi manusia.

Boleh je Allah buat kita ni jadi bukit. Lebih baik kan. Takde dosa kita buat. Takde ujian yang kita perlu hadapi.

Tapi kenapa Allah cipta kita sebagai diri kita?

Sebab Allah tahu #KEBOLEHAN kita. Sebab Allah #PERCAYA dan tidak pernah #SANGSI mahupon #CURIGA dengan kita.

Tapi kita?

Senyumlah. Percaya pada diri. Move on saja. Walau kaki luka berdarah.

Kita yang mampu buat pilihan pada diri kita.

“Apa pon yang terjadi, berjalanlah tanpa henti”

~ Master Ira

Pernah rasa macam macam macam dah kita buat untuk maju dalam bisnes mahupon hidup kita? Tapi Allah tetap hantarkan ujian tak henti henti. Tak dapat capai lagi apa yang kita nak walau dah lama kita menunggu?

 

Ni saya ada nak kongsikan sedikit tips buat kawan- kawan. Agar ia beri manfaat. Mungkin dah pernah buat ni. Cuma terlupa sekejap di kala hati rasa sendu kan 🙂

 

Saya nak kongsikan sedikit tips menjemput rezeki 🙂

 

Strategi menjemput rezeki

Ini yang Kak Ira bagi dekat LAT Family untuk pegang. 

Marketing paling hebat adalah marketing dengan Allah. 

Hebat camne strategi kita pon, kalau Allah tak izinkan, Kita tak dapat pon. Yang gerakkan hati customer pada kita adalah Allah. 

 

Teknik menjemput rezeki

Teknik menjemput rezeki

 

 

1. Sedekah

 

Even RM1 pagi pagi tiap hari selepas subuh hingga sebelum jam 12 tengahari. Seeloknya awal2 pagi waktu sebelum subuh. 

Sebab kita nak sales kita jalan setiap hari kan. Bukan sekali sebulan. So, sedekah daily. 

Masuk dalam satu tabung sedekah pon boleh. Niat duit tu nanti kita bagi kat orang susah yang perlukan. Mula sikit sikit. Tapi konsisten.

 

2. Senyum dan syukur

 

Bangun pagi. Senyum. Ramai orang rezeki kurang sb dia susah nak senyum. Muka masam gilerrr. 

Syukur. Syukur Allah masih beri kita iman, nyawa, anak2 masih hidup, suami masih ada dan setia. Dan banyak lagi kan kita boleh syukur. 

 

3. Solat dhuha

 

Buat 8 rakaat setiap hari minimum. Niat ia sebagai tanda terima kasih kita kat Allah. 

Letak target yang kalau aku tak solat dhuha ni, tandanya aku kurang syukur kat Allah. Jadi kita nak jadi hamba yang baik kan? Kita mesti akan buat

 

4. Solat fardu awal waktu

 

Busy camne pon. Solat awal waktu. Cuba solat  berjemaah. Walau dgn anak kecik pon. Buat. Barakah lebih hebat kita dapat.

 

5. Ngaji quran daily 2 mukasurat

 

Ramai yg sibuk sampai tak sempat ngaji. Apa nak jadi dengan kita ni? Nak rezeki dari Allah. Tapi lupa Allah.

 

6. Selawat ke atas nabi

 

Amal 100 kali selawat dalam sehari minimum. Tak kira pon takpe. Selawat je. Biar lebih pon takpe. Buat pagi pagi. Sedang basuh pinggan pon berselawatlah. 

 

7. Istighfar 

 

Mohon ampun pada Allah. 100 kali sehari. Buat pagi pagi. Bila Allah ampun dosa kita, semua mudah jalan

 

8. Konsisten. Konsisten. Konsisten

 

Ingat, bisnes ni tak rugi bila beramal kerana Allah. Sales kita tak close di sini, ia akan close di sana

Buat baik= pahala = kaya dunia dan akhirat

 

9. Tahajud

 

Paling kurang buatlah seminggu sekali. Mengadu semuanya pada Dia.

 

10. Niat kena betol. 

 

Ramai orang nak buat bisnes sebab nak duit. Nak kaya. Salah niat tu. Sebab bila niat camni, sampai bila bila kita tak akan kaya pon.

Kalau orang niat bisnes sebab nak duit, nak kaya. Dia akan keep on tukar tukar bisnes. Lompat situ lompat sini. Dia mudah hilang fokus. Sebab bisnes ni memang ambik masa. Perlu tumpu buat ulang ulang sampai jadi.

Tukar niat. 

Niat nak buat bisnes ni sebab nak bantu mak ayah, anak anak, suami. Nak bantu baiki ekonomi keluarga. 

Buat bisnes ni dengan cara niat nak bantu selesaikan masalah orang lain. 

Kalau kita buat bisnes vitamin lutut dan sendi, niat nak bantu selesaikan masalah orang yang susah nak solat, nak berjalan. 

Kalau kita buat bisnes tudung, niat nak bantu memudahkan orang dapat tudung yang labuh dan tak jarang. Mudahkan customer nak tutup aurat sempurna.

Kan lain tu. Bila niat buat bisnes dengan cara nak bantu selesaikan masalah orang, insyaallah kita akan buat dengan passion. 

Kita buat sungguh sungguh. Kita buat dengan ikhlas.

Bila orang dapat rasa semua tu dari kita, mudah je orang nak beli dari kita. Percayalah. 

Ubah niat, semuanya akan berubah.

 

11. Jaga hati ibu ayah kita. Juga insan sekeliling

 

Kadang kadang rezeki tersekat sebab hal ini. Jaga ye. 

Aurat tu bab jaga hubungan dengan Allah. Mula berhijab bagi yang belum. 

Mula pakai stokin bagi yang belum. 

Mula pakai handsock bagi yang belum. 

Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Insyaallah.

 

12. DOA spesifik gilerr

 

Contoh kita nak dapat hasil bisnes ni untuk apa? 

Untuk apa: Ya Allah, aku nak buat bisnes sampai berjaya sebab aku nak diri aku dan suami dapat gi haji. Aku nak bawak mak ayah aku gi haji sama. 

Sebab apa: aku nak buat ni sebab aku nak langsaikan hutang aku sebagai hambaMu. Kalau aku mati pon, aku dah lepas tanggungjawab aku laksanakan rukun islam ke 5. 

Juga aku nak balas jasa mak ayah aku. Dulu mereka buat apa saja untuk aku dan adik2. Sekarang ni aku nak balas balik dengan bantu mak ayah aku gi haji. 

Mereka tak mampu nak kumpul duit sendiri ya Allah. Jadi aku dan suami tolong dengan gunakan rezeki yang Kau bagi ni. 

Berapa nak: aku nak kumpul lagi RM100,000 untuk dapat aku dapat bawa mak ayah aku sekali pergi haji dengan trip swasta bagi memudahkan lagi mereka beribadah. Selewat2nya by jun 2018 dah tercapai jumlah ini. 

Setiap bulan berapa nak kumpul: minimum bulan bulan kami dapat kumpul RM12,500 untuk saving ke arah ini. Jadi 8 bulan kumpul dah capai dan cukup. 

Tingkatkan income aku dan suami yg allah. Berikan melalui rezeki yg tak disangka sangka dariMu.

Ok? Cukup 12 ni untuk tarik rezeki? 

Ingat ni,

Jaga Allah. Allah pasti akan jaga kita. 

 

Salam sayang,

Master Ira & Master Hafizan

013-9422527

2 Responses to “12 Teknik Menjemput Rezeki”
  1. Lokmanamirul 8 November, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge