Tips Cerai Susu Tanpa Lukakan Hati Anak

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semu. Hari ni saya ingin kongsikan mengenai tips cerai susu tanpa lukakan hati anak.

 

Sebagai ibu, sebenarnya kan memang kita kadang kadang buntu bagaimana nak cerai susu dengan anak kita yang usianya dah lebih dari 2 tahun ini. Sekarang ni sebenarnya saya sedang usaha untuk dia kurangkan menyusu ibu dah di siang hari. Tapi hati ni kan rasa macam bersalah je kalau tak melayan dia. Yelah sebab saya depan mata dia kan. Dia nak minta susu tu boleh je bagi on spot. Selak je hehe.

 

Tapi akhir-akhir ni dia mula gigit puting saya sekuat hati. Sampai saya naik fobia tau. Sampai ternangis. Huhu. Dasyat betol kan penangan tu. Sebab tu lah saya fobia. Tersangat fobia huhu. Jadi bila dia menyusu, dah mula dah rasa gigi dia kat puting tu. Saya mula resah dah. Jap gi kang kalau tarik, lagi kuat dia gigit. Sakit wooo. Selalunya saya akan masukkan jari saya ke dalam mulut dia. Lepas tu lepaskan perlahan-lahan. Dengan sangat perlahan tau. Haha. Selalunya saya akan bangun nak ke tandas lah memang akan cuba lepaskan diri darinya. 🙂 Termasuklah tengah malam. Lepas tu tidur jauh jauh sikit tak dekat dengan dia. Kang dia nak sambung menyusu. Aiyak haha

 

 

Ni saya kongsikan tips bagaimana nak cerai susu dengan anak.

 

Tips cerai susu - Win off

Tips cerai susu – Win off

 

  1. Bagitau anak tujuan kita tu.

 

Tips Cerai Susu - beritahu anak

Tips Cerai Susu – beritahu anak

 

Slow talk dengan anak. Walau dia masih kecil, dia boleh faham. Cuma perlu bagitau dia kenapa kita buat macam tu.

Cakap “Ibu sayang Hazim. Hazim dah besar. Orang besar dia tak nenen dah”. Terangkan kat anak supaya dia faham.

 

2. Kerap bagi anak makanan dan minuman berkhasiat

 

Tips cerai susu - kerap bagi anak makan

Tips cerai susu – kerap bagi anak makan

 

Pada masa yang sama, jangan offer susu ibu kat anak. Pada masa yang sama berikan dia makanan dan minuman yang sihat dan berkhasiat. Kalau saya, saya berikan anak minum Mealshakes sebagai pengganti susu ibu. Ditambah dengan Omegaguard dan Vitalea kids.

 

3. Pilih hari yang tak sibuk

 

Tips cerai susu - pilih hari tak sibuk

Tips cerai susu – pilih hari tak sibuk

Bila nak cerai susu tu. Pilihlah hari yang kita tak sibuk sangat kerana ia melibatkan emosi anak dan kita nanti. Yelah anak akan menangis. Rasa nak merajuk semua tu. Kalau dia buat perangai masa kita sibuk, kang kita pula yang naik angin. Betol tak?

 

4. Letakkan air kosong di tepi katil di waktu malam

 

Tips cerai susu- air masak

Tips cerai susu- air masak

 

Bila anak bangun malam dia mesti mencari susu ibu kan. Ajak dia minum air kosong tu. Bila dia minum, hilanglah dahaga dia. Jadi dia tak akan terlalu nak menyusu juga. Dia boleh sambung tidur balik dengan selesa.

 

5. Banyakkan memujuk

 

tips cerai susu- banyakkan memujuk

Tips cerai susu- banyakkan memujuk

 

Anak pasti merajuk. Dia merajuk sebab apa yang dia nak tu tak dapat. Jangan terlalu bertegas. Namun kena sentiasa konsisten. Jika anak dah sampai 3 ke 4 tahun, memang boleh bertegas betol-betollah. Sebab dah besar panjang. Dah sekolah pon kan. Bila macam tu. Anak dah boleh faham yang kita nak sesuatu yang buatnya.

 

 

6. Tidak offer dan tidak menerima permintaan

 

Tips cerai susu- jangan offer

Tips cerai susu- jangan offer

 

Bila dah lalui tempoh percubaan yang membuatkan kita yakin anak sudah bersedia. Kita perlu lebih bertegas dalam tidak offer dan juga tidak menerima permintaan anak untuk menyusu. Masa ni tak kritikal sangat dah sebabnya anak dah lama dilatih untuk tidak dituruti kehendaknya tu.

 

7. Boleh mulakan dengan berikan anak fresh milk

 

Tips cerai susu- kenalkan fresh milk

Tips cerai susu- kenalkan fresh milk

 

Susu tepung tinggi kandungan gula. Siapa pernah baca ni? Agak serba salah kita bila nak bagi susu tepung kat anak bila kita tahu. Lagi mencabar andai kita tahu namun suami nak juga berikan susu tepung pada anak. Konflik dalaman jadi kita mak mak ni kan.

 

8. Pastikan anak makan dengan kenyang

 

Tips cerai susu- pastikan anak makan dengan kenyang

Tips cerai susu- pastikan anak makan dengan kenyang

 

Tak nak bagi anak minta kita susukannya mudah je. Pastikan dia sentiasa kenyang. Eh, mudah ke? Hehe. Kiranya potensi dia nak minta kita susukan dia tu menurun lah hehe. Sebab dia dah kenyang kan. Biasanya dia minta kita susukan dia tu sebab dia lapar dan dahaga. Lagi satu sebab dia nak tidur hehe.

 

Kalau saya, saya akan berikan anak minuman berkhasiat seperti mealshakes dan performance drink pada anak bagi memastikan anak sentiasa kenyang dan tidak dahaga. Sediakan buah-buahan untuk dia makan di waktu lapang. Juga berikan anak minyak ikan dan multivitamin agar dia sentiasa sihat sebab dia sekarang hanya mendapat nutrisi dari pemakanannya saja. Jadi kita kena pastikan anak dapat zat yang cukup dengan berikan makanan tambahan atau vitamin yang sesuai untuknya.

 

Tu je perkongsian saya hari ni. Semoga ia memberi manfaat untuk semua dan dapat idea macamana nak cerai susu dengan anak tanpa kacau emosinya.

Boleh baca di sini kenapa anak anak perlukan suplimen >>> Kanak-kanak perlukan suplimen ke?

Boleh juga baca di sini bagaimana nak keluarga bahagia dengan sihat anak? >> Keluarga bahagia andai anak sihat

 

Di sini saya kongsikan anak saya yang picky eater dulu berubah menjadi seorang budak yang suka makan sangat sekarang ni. Alhamdulillah. Mana tau dapat bagi idea kat kawan kawan.

 

Boleh hubungi saya di nombor tertera jika nak tanya apa-apa pon ye. Saya sedia membantu insyaallah.

Eh, follow page Breastfeeding Alert ye untuk dapatkan info menarik mengenai penyusuan ibu. Juga blog special syoknyamenyusu.com

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge