Penyusuan Di Rumah Bagi Bayi Pramatang

Fuh. Tentu gembira sangat kan bila bayi yang dah berbulan-bulan di hospital boleh balik ke rumah. Kaka dan abangnya pon pasti akan melompat kegirangan. Atok dan nenek dia lagi lah kan. Silap hari bulan buat majlis doa selamat terus malam tu.

 

Namun bagaimana nak meneruskan penyusuan ibu di rumah bagi bayi pramatang ini? Semalam saya ada cerita di sini berkenaan bayi pramatang dan cara selamatkannya. Jadi hari ni saya nak tambah sikit berkenaan dengan camne nak menyusu ibu di rumah pula ye.

 

Bagi ibu yang aktif menjaga bayi pramatang sama sama di hospital kemungkinan besar tidak berasa kekok dah kan. Namun, dalam bayi berada di hospital, ibu sebenarnya sedang membaik pulih badannya yang baru saja lepas bersalin. Dalam pantang kan. Sudah tentu ibu tidak sekuat seperti ibu lain. Ada kalanya ibu lemah dan tidak dapat jumpa pon anaknya dalam tempoh bayi pramatang berada di hospital. Tempoh ni sangat lama kadang-kadang. Hingga menjangkau 65 hari. Ada kalanya ibu miliki kekangan lain seperti tidak dapat tinggal anak anak lain yang keseorangan tanpa penjaga di rumah. Jadi tugas ibu memang perlu berada di rumah memandangkan di hospital dah ada doktor dan jururawat yang sudah pakar dalam menguruskan bayi pramatang ni.

 

Bila berada di rumah, ibu sepenuhnya bertanggungjawab menjaga bayinya tanpa pantauan doktor dan jururawat. Aiah, cuak juga kan. Si kecik ni kita nak pegang pon gerun jadinya andai tak biasa.

 

Bayi memerlukan perhatian dan belaian terutamanya dari ibu. Ambil masa untuk bersama bayi. Tidur bersama, menggunakan gendong (sling) dan melakukan sentuhan kulit ke kulit (kangaroo mother care) apabila ada masa terluang.

 

Pada masa yang sama, ia membantu bayi menyusu dengan lebih baik dan merangsang penghasilan susu ibu. Sentuhan kulit ke kulit ini juga merupakan sumber ketenangan bagi kedua ibu dan bayi.

 

Bagi ibu yang sudah memulakan penyusuan susu ibu melalui payudara dan aktif dalam penjagaan bayinya semasa di unit rawatan rapi, pengalaman yang diperoleh merupakan satu bonus bagi tujuan menjadikannya panduan buat ibu menjaga bayinya di rumah nanti.

 

Namun ada kalanya ibu jadi kurang pasti. Yelah semasa di hospital doktor mahupon jururawat boleh menegur andai tersilap. Di rumah dah takde sape boleh tegur dahla kan. Kena sendiri buat hehe. Terutamanya nak pastikan bayi ni cukup susu ke tidak.

 

Sekiranya bayi sudah mencecah umur cukup bulan kandungan (37 minggu), tanda-tanda cukup susu seperti bilangan lampin basah dan najis, bunyi menelan, dan bayi berasa tenang sekejap dapat digunakan sebagai petanda bayi sudah mendapat cukup susu.

 

Bayi pramatang menyusu di rumah

Bayi pramatang menyusu di rumah

 

Lagi tepat adalah penambahan berat badan bayi. Jadi ibu perlu ambil berat pasal rekod ini.

 

Cuba berbincang dengan doktor samada perlu atau tidak menimbang bayi semasa keluar dari hospital. Dalam tempoh seminggu, bayi dianggarkan menambah sebanyak 110 hingga 140 gram berat badannya. Ibu juga boleh berikan susu tambahan seperti susu perahan ibu sekiranya perlu melalui tiub di payudara, cawan, ataupon picagari.

Baca >> Banyakkan susu ibu

Andainya bayi sudah cekap menyusu di payudara, kurangkan susu tambahan sedikit demi sedikit demi memberikan anak keyakinan yang dia boleh dapatkan susu yang cukup walau menyusu hanya dari payudara ibu.

 

Dengan penyusuan yang kerap, bayi terus belajar menghisap dengan betul dan berkesan. Ibu pula berasa lebih yakin kali ni. Insyaallah. Cuba ibu hadiri perjumpaan atau perbincangan dengan kumpulan sokongan penyusuan ibu bagi mendapat lebih cadangan dan sokongan daripada rakan-rakan lain sekiranya berkesempatan. Alah, Program Syoknya Menyusu kan ada yang saya buat. Bolehlah join sama nanti. Tanya saya nanti ok.

 

Ibu perlu mengambil pemakanan seimbang dan mendapat cukup rehat untuk kesihatan dirinya. Ibu adalah tonggak kepada keluarga bahagia. Ibu yang sihat akan buat keluarga bahagia.

 

Baca >> Cara yang boleh bantu ibu sihat dan banyak susu ibu

 

Susahnyaaa Rasa

 

Ok saya faham pada mulanya ibu pasti akan rasa macam susah dan mustahil kan. Memang ibu perlukan semangat kuat masa ni. Cari kawan kawan yang positif dan menyokong penyusuan ibu ye. Penyusuan susu ibu ni bukan sekadar makanan untuk bayi, namun ia juga adalah terapi buat ibu dan bayi. Tahniah kerana ibu telah memilih seusatu yang tepat walau ia agak sukar, namun ia tidak mustahil.

 

Macam kisah saya ceritakan di sini la. Macam mustahil kan. Namun saya dapat lakukannya. Alhamdulillah.

 

Cabaran Penyusuan Di Payudara Bagi Bayi Pramatang

 

Ini adalah antara cabaran yang akan dilalui oleh ibu dalam memastikan bayinya mendapat susu ibu yang cukup.

 

Ibu berkemungkinan besar hadapi cabaran dalam menghasilkan susu yang cukup. Susu ibu akan dihasilkan dengan lebih banyak seandainya si ibu tenang. Andai ibu pon penuh dengan kerisauan, camne nak banyakkan susu ibu kan? Sebab tulah cabaran terbesar bagi ibu adalah nak pastikan susunya cukup untuk anak yang berada di unit rawatan rapi.

 

Baca >> Camne banyakkan susu dalam masa yang cepatSusu ibu membuak-buak dan meriah sejak hari kedua berpantang

 

Lagi? Apa cabaran ibu menyusu bayi pramatang ni?

 

Bayi pramatang dengan ibu

Bayi pramatang dengan ibu

 

Memastikan bayi menghisap dengan efisen dan memperoleh cukup susu setiap kali penyusuan. Kan bayi pramatang tidak sempat belajar cara menghisap di dalam kandungan. Sebab dia keluar lebih awal. Jadi dia perlu struggle yang lebih untuk dapat minum susu dengan cukup. Dalam kandungan bayi tak perlu nak minum sendiri sebab dia dapat makanan dari uri ibu kan. Bayi hanya fokus kepada proses pembelajaran. Namun bayi pramatang perlu belajar sambil struggle untuk dapatkan susu ibu bagi meneruskan hidupnya.

 

Yang terakhir cabaran yang selalu ibu hadapi dalam nak menyusukan bayi pramatang adalah koordinasi dan kekautan hisapan bayi pramatang yang masih lemah menyukarkan bayi mengosongkan payudara ibu sepenuhnya. Bayi pramatang akan cepat letih dan mungkin tertidur di payudara walaupon belum kenyang sepenuhnya.

 

Memang mencabar kan. Namun ada penuh kajaiban di sebaliknya.

 

Ibu belajar sesuatu dari post ini?

 

Jika ibu nak dapatkan vitamin untuk menambah susu badan ibu, ibu boleh baca di sini ye.

 

Di sini pula berkaitan pengalaman saya bagaimana saya bermula dalam penyusuan ibu ini dan berjaya susukan semua anak saya.

 

Boleh hubungi saya di nombor tertera jika nak tanya apa-apa pon ye. Saya sedia membantu insyaallah.

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

 

 

 

 

5 Responses to “Penyusuan Di Rumah Bagi Bayi Pramatang”
  1. Khairul Zamri 27 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017
  2. Raihanah 4 October, 2017
    • mm Nur Zahirah 10 October, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge