Makan Bersama Mentor Bisnes Sambil Tunggang Kuda

Salam AidilAdha buat semua. Alhamdulillah sudah selesai tanggungjawab kami hari ni dalam laksanakan korban. Semoga amalan kami diterima Allah. Aminn.

 

Petang tadi, kami penuhi jemputan mentor bisnes kami, Haji Roslan.

 

Jamuan makan di Yan sambil tunggang kuda. Uih. Bila gitau anak-anak kan, diorang excited sangat! Sampai kata “Mesti kawan abah tu kaya. Sampai ada ladang kuda”

 

Haha. Doa tu buat Haji Roslan dan Umi😀.

 

 

Dalam sejam juga kami nak sampai ke sana. Waze buat pasal jugak. Pandai-pandai je tiba-tiba tukar arah. Detect kami berada di lokasi berbeza.

 

 

Macam cerita hantu gimiknya hihi. Rupa-rupanya sebab line internet kat situ kurang signal. Patutlah pening cik puan waze tu.

 

 

Syukur ada signboard ke arah Ultimate Horse Training. Kalau tak, mungkin tak sampailah kami ke sana.

 

Sampai je kami ke rumah Haji di Yan ni. Mata terus nampak Horse Training yang luassss tu. Syok tengok orang duk tunggang kuda tu. Budak – budak pon join sama.

 

Saya saja pakai seluar hari ni. Planning asal nak tunggang kuda la. Tapi tak jadi. Hehe. Terrr cross coaching dengan Master Wina pulak. Takpelah rezeki Allah nak buka ruang untuk berkongsi ilmu dan timba ilmu dari beliau.

 

 

Bagus juga bila bincang pasal bisnes ni. Otak makin berkembang hehe. Orang bisnes tak sah kalau tak bersembang pasal bisnes kan. Rugi melepas peluang dalam bertukar idea.

 

 

Dalam berkongsi tips dengan Kak Wina tu. Tiba-tiba mengalir idea-idea baru secara direct pada saya. Memang betollah. Makin banyak kita kongsi ilmu, makin banyak idea baru akan hadir buat kita.

 

LAT Family

 

Anak-anak ni makan sikit saja. Sekejap je duk kat meja makan. Minum pon sekejap je. Ye lah sebab diorang dah makan banyak kat rumah sebelum kami ke sana tadi.

 

 

Apa lagi diorang tu. Serang ladang kuda lah. Bergilir gilir naik kuda. Punyalah excited. Budak baru kenal kuda katakan.

 

Ultimate Horse Training

Mula mula tengok je dulu

 

Ultimate Horse Training

Layan kuda dulu

 

 

 

Haa dah naik kuda dah

 

Excited bukan main naik kuda

 

 

Lepas ni mesti akan selalu ke sini lah. Kuda punya pasal hehe.

 

Ada juga bertemu dengan teammate LAT Family. Kebetulan datang waktu yang sama.

 

LAT Family

 

Kat sini ada juga latihan memanah. Bolehla kalau nak test power hehe

 

 

Terima kasih Haji Roslan dan umi atas jemputan ini. Satu aktiviti yang menarik sebab ia libatkan aktiviti yang memang anak-anak gemari.

 

Nak ke sini?

 

Boleh cari Ultimate Horse Training and Stud Farm di Kampung Raga, Yan, Kedah.

 

Nak cari Shaklee?

 

Cari saya lah hehe. Dengan special deal dan price.

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

 

11 Responses to “Makan Bersama Mentor Bisnes Sambil Tunggang Kuda”
  1. Azhani Azhar 3 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 5 September, 2017
  2. Sani 5 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017
  3. Dedaun Comel 6 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017
  4. mybiodata 11 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017
  5. Negaraku 11 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017
  6. raihanah 13 September, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge