Set Bersalin Dan Menyusu Yang Berkesan Seawal 3 Hari

Ramai orang cari set bersalin. Sebab bila nak bersalin ni, macam-macam perubahan berlaku pada diri kita kan. Dari perut yang kecil menjadi besar bila sarat. Banyak perubahan dalaman yang berlaku.

 

Macam-macam set bersalin ada di luar sana. Pilih saja yang mana kita mampu dan nak cuba. Namun kita mesti tahu yang ia tidak semudah pilih beras kat kedai tau. Sebabnya semuanya akan beri kesan kepada diri kita.

 

Andai tersilap pilih, kita dan anak akan sengsara. Mungkin orang fikir alah sekejap saja. Tapi, ia sebenarnya akan pengaruhi emosi kita lebih lagi. Sebab masa selepas bersalin tu, emosi kita dah la tak berapa nak selesa sangat. Yelah, nak duduk pon ada luka kat bawah. Nak berjalan laju pon tak boleh. Jalan ayu-ayu gitu. Heheh.

 

Sebab tu bila nak pilih vitamin set bersalin ni sebenarnya kita perlu ada ilmu. Kalau saya dulu, memang saya banyak membaca dan juga tanya pada orang yang berjaya dalam penyusuan ibu. Orang kata, nak berjaya tu kita perlu tiru orang berjaya kan.

 

Sebab tulah saya usaha betol-betol untuk dapatkan vitamin bersalin yang tepat agar saya tidak rugi. Kan sayang kalau kita rugi. Kita dan invest duit pada vitamin set bersalin tu. Lagi merisaukan kita dah invest kesihatan kita bila ambil satu-satu jenis vitamin bersalin. Kalau kita tersilap pilih, kita merana tau.

 

Merana macamana? Banyak lah kesannya. Takut anak ulang alik hospital. Takut juga kita ni yang baru bersalin dapat jangkitan. Kan macam-macam tu.

 

Jadi kita perlu pilih vitamin set bersalin terbaik buat kita.

 

Apa Yang Saya Pilih?

 

Set bersalin pilihan saya adalah set bersalin Shaklee. Dah lama saya gunakannya. Sejak 8 tahun lepas. Sejak lahirkan anak sulong. Walau saya tak pernah rasai set bersalin lain, sebenarnya saya dah sangat berpuas hati dah dan memang rasa tak mahu tukar kepada set bersalin lain memandangkan kesannya sangat hebat pada saya. Kalau tak, masakan saya terus gunakan set yang sama sehingga 4 orang anak kan.

 

Apa yang saya dapat semasa saya gunakan set ini? Pasti ramai yang nak tahu kan?

Ok lah saya kongsikan dengan kawan-kawan.

 

  1. Saya rasa sungguh segar. Ye lah, bukan mudah nak uruskan diri semasa dalam pantang ni kan. Lagi-lagi kalau tu bukan anak sulong. Tambahan pula kalau berpantang sendiri dengan suami.
  2. Emosi saya stabil. Takde rasa nak meroyan ke marah anak ke marah suami ke. Rileks saja cool walau dalam pantang saya tetap bekerja secara online. Yelah, bisnes online katakan 🙂
  3. Susu saya banyak dan pekat. Bila macam tu, anak saya cepat kenyang. Dia tak banyak meragam
  4. Saya tak mudah lapar dan mengidam nak makan makanan yang pelik-pelik. Sebab saya sentiasa kenyang bila ambil set ni dengan konsisten.
  5. Saya rasa makin cantik. Hehe. Perasaan ni penting buat wanita tau. Cuba tanya wanita mana tak nak cantik kan. Walau dalam pantang ye. Eh, memang kulit makin cantik pon.
  6. Saya rasa bertenaga. Tiada masalah lemau mahupon malas. Tu dalam pantang pon rasa macam tu. Macam orang nak gi kerja ofis je pemakaian semua sebab tak rasa saya sakit pon.
  7. Saya gembira dan tenang. Bila macam ni, saya jadi seorang yang sangat positif.
  8. Saya sentiasa bersemangat. Pagi-pagi tu dah bangun dan lakukan bisnes online macam biasa. Macam tak pantang.
  9. Berat saya makin turun dengan cepat. Ia tak ambil masa yang terlalu lama buat saya turun ke berat sebelum hamil. Alah, selalu je berat saya turun lebih dari sebelum hamil. Akibat penangan pembakaran kalori semasa menyusu.
  10. Saya sentiasa ceria. Otak pon segar dan banyak idea. Semuanya kerana bila badan sihat, semuanya jalan lah 🙂
  11. Saya bebas dari masalah sembelit walau saya kurang makan sayur dan buah.

 

Ok, 11 dulu saya bagi. Nanti saya sambung lagi.

 

Sebab 11 sebab ni lah, saya rasa sangat suka dan puas hati tau. Rasa segala masalah badan saya selesai di sini.

Saya seorang ibu yang sibuk. Teramat sibuk. Semua macam tengah kejar masa. Umpama berlari lari dalam rumah dan diri sendiri. Hehe.

 

Akibat itulah, saya selalu makan apa yang sempat saja. Alah, ni sejak belajar pon macam tu. Makan pon tak pernah cukup zat. Lagi-lagi saya yang tak suka nak makan sayur kan. Tambahan pulak ada kisah sayur yang banyak dicucuk hormon bagai. Juga miliki racun yang sungguh banyak. Seram kan?

 

Dari situ, saya perhatikan yang saya perlukan vitamin bagi menampung keperluan saya. Memang saya bermula dengan set bersalin ni bagi tujuan banyakkan susu.

 

Dan memang tiada niat untuk sihat masa pantang sebab bagi saya dulu semuanya tu akan berlaku secara semulajadi. Namun, bila saya teruskan membaca kan. Saya dapat nampak yang badan saya perlu dipenuhi dengan nutrisi yang cukup kalau nak sihat di kala berpantang.

 

Sebab tu bila macam tu, saya betol-betol konsisten ambil set bersalin Shaklee. Dari situ, saya dapat kelebihan berganda-ganda. Susu pon banyak dan pekat. Boleh buat stok awal-awal semasa awal pantang. Badan pon cergas macam orang tak pantang. Muka kemerah-merahan macam orang sihat dan bukan bertarung nyawa semasa bersalin.

 

Memang betollah. Bila kita jaga apa yang kita makan. Juga kita tampung apa yang kurang. Akhirnya badan kita akan miliki nutrisi yang cukup.

 

Kesan ni bukan saya je yang dapat. Namun orang lain juga perolehi yang sama. Maksud saya orang yang cuba set bersalin ni dari saya lah. Sebab mereka dah cuba set ini sekali dengan konsultasi dari saya. Sudah tentu hasil pon meletop letop juga kan. Sebab tiru gaya orang yang sama.

 

Apa Yang Set Bersalin Shaklee Bantu Sebenarnya?

 

Dalam Set Bersalin Shaklee ni ada 7 jenis vitamin. Dan saya gelarkannya set premium. Dulu saya cuba set ni lah. Sebab bagi saya macam ni.

 

Kalau kita bekerja secara dalam kumpulan, kesannya sudah tentu berbeza. Andai kita nak buat projek siapkan robot. Kalau kita seorang saja yang buat, agak-agak berapa banyak ilmu kita perlu ada? Agak-agak berapa banyak masa yang kita perlukan? Tentu lama sungguh kan. Ambil masa yang cukup lama. Sebab satu-satu kita perlu teliti dan ambil peduli. Kita perlu fokus satu demi satu. Ada kalanya kita tiada ilmu berkenaan satu-satu bahagian. Jadi kita perlukan bantuan dari pakar. Ia juga akan mengambil masa yang lebih lama.

 

Namun, andai kita bekerja dalam kumpulan. Hasilnya pasti lain. Apabila ahli kumpulan kita pula merupakan orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Sudah tentu cepat je kerja kita siap kan. Betol? Dan ia bukan sekadar cepat, namun turut miliki kualiti yang sungguh hebat dan puas hati.

 

Begitu juga dengan vitamin ni. Kalau kita ambil 1 jenis vitamin je untuk selesaikan masalah kita tu. Sedangkan keupayaannya tidak menyeluruh dan tidak pakar dalam bahagian lain, sudah tentu hasilnya kita tidak akan dapat. Paksa lah macamana pon kan. Kita tak akan dapat. Sebagai contoh ESP Shaklee tidak miliki Omega 3 di dalamnya. Minumlah satu tin sehari pon. Memang tak dapat bekalkan keperluan Omega 3 pada badan kita yang sangat kita perlukan ini.

 

Sebab tu penting bila ambil dalam 1 set. Ia bantu tampung keperluan masing-masing yang kurang. Ia akan bantu dalam pastikan semua nutrisi yang kita perlukan selepas bersalin. Sebab semasa kita bersalin kan banyak sel yang koyak, rosak, malah mati. Jadi kita betol betol perlu baikinya dengan cukupkan nutrisi kita. Kalau nak harapkan kita makan semasa pantang tu, alahai. Menangis lah jawabnya. Sebab dalam pantang apa sangat kita makan kan. Dah la semua kena pantang. Sejuk, angin dan sebagainya. Dan sangat penting untuk kita pantang tau.

Apa Vitamin Ada Dalam Set Bersalin Shaklee?

 

Kan dah cerita tadi berkenaan pentingnya bila ambil 1 set vitamin terus kan. Kiranya ambil set bersalin terbaik terus. Ambil dalam pakej.

 

  1. ESP
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. B compleks
  5. Omegaguard
  6. Ostematrix
  7. Alfalfa

 

Apa fungsi setiap vitamin ni? Apa yang setiap vitamin ni beri pada kita?

 

Ok saya ceritakan ye satu demi satu. Jangan risau. Saya tolong kawan-kawan dapatkan keyakinan dalam memilih set bersalin terbaik. Sebab sudah tentu kita mahu yang terbaik buat diri kita dan anak kan.

 

Sekali pilih, biar ia berbaloi sampai bila-bila. Sebabnya yang nak menanggung kesan tu adalah kita dan anak. Bukan penjual mahupon siapa saja kan. Sayang kalau tak penuhi kriteria yang selamat.

 

Kat bawah ni saya ada ceritakan satu-satu dengan lebih detail lagi. Bila dilihat, betollah kita perlukan semuanya sebab setiap vitamin ni lain fungsinya. Bila lain fungsinya, maksud di sini, ia menampung sesuatu bahagian yang tidak sama. Kan badan kita ni memang unik. Tak ada makhluk macam kita yang Allah cipta. Sebab tu kalau nak dapatkan satu vitamin saja untuk penuhi semua tu macam mustahil lah kan. Betol tak?

 

Ok, ni saya terangkan satu-satu vitamin set bersalin terbaik dalam Shaklee. Saya gelarkannya set Premium Syoknya Menyusu. Hehe.

 

  1. ESP

ESP ni kan sumber protin yang hebat. Ia bantu baik pulih sel yang perlu dibina dan dibaiki. Kalau nak tahu, protin ni sebenarnya asas pembinaan sel. Dan badan kita semuanya ni terdiri dari sel. Contohnya semasa bersalin hari tu doktor ada buat potongan kat bahagian faraj kita kan semasa nak keluarkan anak kita dengan lebih mudah. Sel dipotonng tu tau. Bila sel dipotong, ia perlu dipulihkan balik. Luka tu berlaku akibat berlaku pendarahan semasa torehan itu dilakukan. Jadi bila ambil protin, aihh. Laju lah luka kita tu pulih.

 

Dalaman kita pon banyak luka yang berlaku kan. Contohnya tempat uri tertampal tu. Ia tertanggal lah kan bila anak dilahirkan. Jadi ada berlaku pendarahan dan sel ada terjejas di situ. Jadi protin ni bantu dalam bina sel baru di kawasan tu.

 

Tu 2 contoh yang saya boleh bagi untuk tujuan kita semua faham bagaimana protin ni membantu.

 

Eh, jenama lain pon ada protin. Kenapa perlu ambil ESP ye?

 

Bagi saya yang pernah menggunakan Shake dari jenama lain juga ni pon sebelum cuba ESP, memang saya akan balik kepada ESP juga. Sebab ESP ni dibuat dari NON GMO soya. Kiranya soya tu tak dicucuk hormon ke apa. Ia membesar dengan cara semulajadi. Lagi pula setiap hidangan ESP ni miliki 24 gram protin. Banyak tu. Ambil satu hidangan sehari pon dah boleh bantu kita lega dari sakit bersalin tu dengan cara baiki luka bahagian bawah dan dalaman kita dengan cepat.

 

Lagi pula ESP ni ia miliki glisemik indeks rendah. Kiranya ia berikan tenaga pada kita secara konsisten secara perlahan-lahan. Jadi takde lah lepas makan je bertenaga. Lepas tu mula lemah. Ia tak berlaku bila kita ambil ESP tau.

 

ESP ni bantu kita beri tenaga dengan kalori yang rendah tanpa kolestrol. Tenang je bila telan ESP pagi-pagi, tengahari mahupon malam. Sebab bebas kolestrol tau. Haih la hai. Jatuh hati terus.

 

ESP ni kan, bila kita ambil dia je. Dah cukup 9 asid amino perlu yang diperlukan oleh badan kita. Jadi tak perlu kita risau andai kita ambil ini saja. Protin dari soya ni sebenarnya setara dah dengan protin dari haiwan. Namun bezanya dari soya ni low kolestrol.

 

Banyak lagi boleh baca pasal ESP ni di sini lah. Lebih jelas saya terangkan.

 

2. Vitamin C

 

Setiap hari badan kita memang perlukan vitamin C. Ramai orang ingat vitamin C ni sekadar untuk cantik tau. Padahal ia lebih dari itu. Vitamin C ni bantu dalam pembentukan kolagen badan kita termasuk semasa kita bersalin. Kan selepas bersalin macam-macam perubahan berlaku dalam diri kita kan. Sebab tu lah kita kena pastikan kita ambil Vitamin C ni. Selain untuk bantu cepat pulihkan luka semasa bersalin, vitamin C ni membantu dalam tingkatkan imunisasi kita. Dari situ, kita tak mudah dapat jangkitan. Lagi-lagi luka yang masih belum pulih sepenuhnya. Kalau ia dijangkiti, akan makin teruk lah kan dan boleh mengakibatkan kita makin susah untuk sembuh dengan cepat tau. Seram kan? Sebab tu vitamin C ni main peranan sungguh-sungguh. Boleh baca lebih jelas lagi di sini ye. 

 

3. Vitalea

 

Vitalea ni multivitamin tau. Dan ia sebenarnya sangat penting dalam memberi makan kepada sel badan kita. Ada orang boleh alami tumpah darah andai kekurangan multivitamin ni kerana dalamnya ada zat besi sekali. Vitalea Shaklee ni kiranya sumber yang bekalkan zat besi kepada diri kita. Banyak mineral dan zat galian ada dalam vitalea ni. Sehingga 27 jenis tau. Kita tak perlu susah-susah dah nak cari multivitamin kerana dalam Vitalea ni dah sediakan semuanya. Hanya perlu ambil 2 biji sahaja sehari tau.

 

Boleh baca di sini untuk lebih lanjut mengenai vitalea ni. Panjang cerita kat sini.

 

4. Omegaguard

 

Minyak ikan omega 3 ni sebenarnya membantu kita dalam atasi masalah keradangan, masalah kolestrol dan juga fungsi otak. Eh, malah banyak lagi la termasuk bantu sihatkan jantung dan sendi kita. Ibu yang baru bersalin memang perlukan Omegaguard ni memandangkan omegaguard ni boleh terus membina minda anak yang sihat tau. Pada masa yang sama, boleh juga hilangkan sakit sendi, lenguh-lenguh ibu yang sememangnya penat menyusu anak. Posisi macam-macam juga kan. Apa bezanya dengan minyak ikan lain? Omegaguard ni miliki DHA dan EPA yang pekat dan tinggi, namun dengan harga yang lebih murah. Kan best tuuu.

 

5. B compleks

 

B compleks ni membantu dalam menenangkan ibu. Bila kita dalam pantang, emosi kita banyak terganggu sebenarnya. Macam-macam andaian ada. Macam-macam sangkaan ada. Orang tua kata sebab kita dalam keadaan berhadas besar kan masa tu. Syaitan suka menempek. Betol juga yang tu. Namun ia juga bermain dengan hormon selepas bersalin. Ada orang tiba-tiba jadi muram. Dia pon tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Marah-marah kat suami. Rasa rimas semuanya. Yelah kan tengah pantang. Dengan bau macam-macam kat badan termasuk minyak segala lah.

 

Kalau saya sendiri, memang saya rasa tersangat tenang semasa pantang. Saya memang berpantang betol-betol sebab kalau tak pantang betol-betol, nanti badan sendiri kan yang sakit. Namun saya tak delah pakai kain batik. Hehe. Sebab memang saya tak suka pakai kain batik. Kalau skirt batik saya pakai. Dalam pantang pon saya selalu je pakai seluar. Skirt dan seluar buat saya selesa. Kalau kain batik, ia boleh mengundang stress saya. Asyik tercabut je. Memang saya tak boleh.

 

Sebab tu dalam pantang, ibu kena pastikan yang ibu lakukan sesuatu yang ibu suka tau. Namun kalau nak minum dan makan serta buat sesuatu yang mudarat tu memang tak boleh lah walau suka sangat pon haa. Heheh.

 

Ambil B compleks 2 biji sehari. Sebenarnya mampu tenangkan segala saraf dalam badan. Sebab memang B compleks ni satu vitamin penenang. Yang Shaklee punya B compleks ia ada 8 jenis vitamin B. Termasuk asid folik. Dan ia sangat membantu ibu-ibu untuk kekalkan emosi yang positif setiap hari. Orang yang meroyan tu sebenarnya dia tak tenang. Tu salah satu faktornya lah. Jadi kita perlu ambil B compleks ni ok.

 

Ramai orang sangkakan yang mereka boleh kawal emosi sendiri. Namun sebenarnya tidak. Ia perlu bantuan dari nutrisi juga jika ia alami kekangan dan kekurangan. Jadi tampung ia dengan B compleks Shaklee. Lagipon ia membantu ibu-ibu cepat slim balik sebenarnya juga. Sebab ia menukarkan makanan kepada tenaga. No wonder lah saya cepat slim balik lepas bersalin hehe.

 

6. Alfalfa

 

Ramai tau yang suka alfalfa ni. Ye, ia salah satunya untuk milk booster. Namun ia bukan sekadar milk booster. Lebih dari tu khasiatnya. Bagi ibu yang baru je bersalin, alfalfa ni bantu dalam  buang toksin dari badan ibu. Bagi saya secara personal, ada kawan saya yang ramai rasa alfalfa ni sebagai jamu moden. Yang mana ia membantu dalam merapatkan balik faraj yang sebelum ni agak longgar semasa lalui tempoh bersalin kan. Bagi ibu yang alami masalah keputihan semua tu. Alfalfa juga boleh membantu dalam selesaikan masalah tu. Kiranya, ia bukan sekadar satu fungsi sahaja.

 

7. Ostematrix

 

Ramai ibu yang sembelit selepas bersalin. Sebab apa? Sebab masa bersalin kan kita ni kurang minum air. Ditambah pula macam-macam kena pantang. Juga mungkin disebabkan adjustable  dalam badan kita juga. Ye la sebelum ni kan tengah mengandung lain. Ni orang kat dalam tu tak de dah jadi kita tengah adjust diri kita juga. Ostematrix ni tinggi dengan mineral. Bukan sekadar kalsium kiranya. Sebiji ostematrix ni miliki 250mg kalsium dan kalsiumnya setara dengan segelas susu segar. 

 

Bagi mereka yang minum susu pon, sebenarnya tak cukup tau dos kalsium dalam badan. Kerana tak semua kalsium tu diserap ke dalam badan kita andai tiada ejen bawa kalsium tu. Dalam ostematrix, semuanya ada. Jadi kita tak perlu nak risau lah.  Telan je, sudah tentu semuanya masuk ke dalam badan. Kiranya tak membazir pon. Sebab tulah bila ia cukup untuk badan kita, kita akan bebas dari masalah sembelit.

 

Seksa tau bila alami sembelit semasa dalam pantang. Dahla luka tak berapa ok lagi. Nak mencangkung pon tak boleh. Nak kena jaga kualiti luka tu lagi. Seksa kan. Kalau tambah lagi dengan sembelit, memang menangislah jadinya.

 

Sebab tu lah apa jadi pon saya akan ambil satu set lengkap terus. Sebab bila ambil set ni, semuanya mudah bagi saya. Titanium  set gitu.

 

Bila ambil set Titanium ni, saya akan berikan ebook percuma, juga frequent question yang dah dibukukan secara ebook, juga boleh dapatkan hadiah menarik. Banyak lagi kelebihannya tau. Kami juga sediakan sesi bersama lactaction conselor untuk menjawab sebarang persoalan dari ibu-ibu. Ibu-ibu boleh join Syoknya Menyusu Program yang sangat banyak bantuan disediakan. Dan semuanya hanya secara online.

 

Syoknya Menyusu Set

Syoknya Menyusu Set

 

Kalau ambil terus bulan ni, dapat sekali tambahan dengan shaker lawa merah merecik ni tau. Eksklusif sangat kan. Dia ada 2 bahagian. Satu corak love tu. Juga corak tulisan Follow your heart tu. Aihhh. Merecik sungguh kannn.

 

Set Bersalin dan Menyusu

Set Bersalin dan Menyusu

 

Set Bersalin Dan Menyusu paling hebat

Set Bersalin Dan Menyusu paling hebat

 

Apa boleh buat dengan tumbler merah merecik ni?

 

Ok, kita boleh isi air sejuk mahupon panas. Ia akan kekal lebih lama. Kalau nak buat bancuh ESP pon boleh. Nak bawa travel letak dalam kereta pon boleh.

 

Tumbler ni eksklusif sebab tak dijual di bulan lain. Tambah pula bila ambil sekali dengan Titanium pakej kan. Lagi rasa sungguh istimewa. Sebarang belian melalui crew dan ejen Syoknya Menyusu Program layak dapat semua yang kami sediakan tau. Eh, boleh lawat juga blog syoknyamenyusu.com kami. Akan lebih banyak info disediakan buat semua dari hari ke hari.

 

Best sangat bila dapatkan set bersalin ni sekarang. Bukan saja vitamin yang bagus, namun kami juga sediakan program yang sesuai untuk semua. Pasti excited tau bila join program ni. Kami juga akan bantu ibu-ibu untuk dapat buat stok sebanyak 1000 oz secara pantauan rapi dan rapat.

 

Untung mereka yang dapatkan pakej ni dari kami. Dan tiada orang lain yang buat program ini melainkan kami. Boleh search Syoknya Project bagi mendengar perkongsian dari crew syoknya menyusu program ini sendiri bagaimana mereka sudah berjaya susukan anak dengan susu ibu apabila mencuba set bersalin dan penyusuan Shaklee ini. 

 

Jom order sekarang ye. Orang yang awal-awal order ni dapat faedah lebih lagi. Terus boleh dapat vitamin C less sebanyak RM50 dari harga biasa. Best sangat tau. Yeahhhh.

 

Ingin dapatkan sekarang?

 

Boleh hubungi nombor di bawah ye. Kami sedia membantu anda. Cepat sebelum makin ramai grab dan habis pakej istimewa bersama konsultasi ni.

 

Salam sayang,

Master Ira &Hafizan

013-9422527

 

19 Responses to “Set Bersalin Dan Menyusu Yang Berkesan Seawal 3 Hari”
  1. Raihanah 9 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  2. Azura Yusop 9 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  3. mrhanafi 9 August, 2017
  4. si bongkok 9 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  5. Sobri Mansor 10 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 17 August, 2017
  6. Arnie 10 August, 2017
  7. ASyraf Asri 14 August, 2017
  8. Aziana 16 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 17 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 17 August, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge