Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang Wanita

Hari ni saya nak kongsikan pasal keajaiban perjalan kehidupan seorang ibu yang alami proses sebelum hamil. semasa dalam tempoh kehamilan, menyusu dan berpantang.

 

Saya  akan kongsikan pada hari ini termasuklah apakah nutrisi yang membantu ibu sepanjang perjalanan kehamilan dan juga tips untuk kesihatan yang lebih baik dalam ketiga-tiga proses ini serta apakah perubahan fizikal yang mungkin anda alami sepanjang perjalanan ini. Ini merupakan info yang sangat-sangat penting.

 

 

Kehidupan wanita

 

Sebelum Seorang Ibu Itu Hamil

 

Nutrisi sebelum kehamilan berkaitan secara langsung dengan kesuburan dan juga peluang untuk hamil.  Ramai wanita yang tidak mengamalkan suplimen sebelum mengandung.  Ramai yang fikir kalau tak mengandung boleh jimat tak perlu ambil suplimen lagi. Tapi sebenarnya, kita perlukan makanan tambahan ini walaupun kita belum hamil.

 

Saya bagi  contoh pemakanan yang tidak sihat atau tidak seimbang menyebabkan asid amino yang tidak cukup di mana asid amino ini diperlukan dalam badan kita untuk membina sel-sel kulit yang sihat, untuk membina sel-sel kulit, sel-sel rambut dan sel-sel imun.  Sekiranya asid amino dalam badan kita tidak cukup, sistem imun kita rendah dan akibatnya kita kerap jatuh sakit.

 

Seterusnya, kekurangan omega 6 dalam pemakanan kita.  Omega 6 ini adalah  sejenis lemak yang sihat yang diperlukan oleh badan kita dan lemak ini selalunya boleh diperolehi daripada bunga okay minyak-minyak bunga.  Kekurangan Omega 6 dalam pemakanan kita akibatnya hormon kita tidak stabil dan ini akan menganggu penghasilan hormon kita dan menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur ataupun menyebabkan masalah PCOS yang akan merendahkan peluang kehamilan kita.

 

Kekurangan Vitamin B12, Iron dan juga asid amino akan menyebabkan masalah anemia maksudnya sel darah merah ataupun homoglobin dalam badan kita tidak cukup dan ini dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah keguguran.

 

Selain itu, kita juga perlukan Vitamin C untuk meningkatkan kesuburan kita sebab salah satu kajian menunjukkan terdapat 44% lebih banyak kehamilan apabila mereka yang sedang menerima rawatan kesuburan ini mengambil secara puratanya 500mg Vitamin C setiap hari.

Bagaimana Cara Untuk Tingkatkan Kesuburan?

 

Adalah sangat penting sekiranya kita memang merancang untuk mendapatkan anak, kita mesti bermula hari ini mengamalkan suplimen sebelum kita mengandung dengan tujuan untuk meningkatkan peluang kehamilan.  Kita boleh meningkatkan kesuburan kita melalui tiga aspek.

 

Iaitu gaya hidup, persekitaran dan juga pemakanan kita.

 

Gaya hidup yang pertama sekali bersenam.  Kenapa nak bersenam?  Bersenam ini supaya kita dapat kuruskan berat badan kita sebagai contoh bagi mereka yang ada masalah berat badan berlebihan kerana ia akan menganggu penghasilan hormon dalam badan kita. Dan selalunya bagi mereka yang overweight badan mereka akan mempunyai masalah PCOS dan PCOS ini akan rendahkan tahap kesuburan mereka.

 

Jauhkan diri kita daripada minuman yang beralkohol ataupun hentikan tabiat merokok sebab kimia-kimia  dalam rokok ini akan rosakkan DNA ovum ataupun telur dalam badan kita dan mengakibatkan masalah keguguran.

 

Kekal aktif dan juga pandai mengurus stres kita.   Dari segi persekitaran pula, hadkan diri kita daripada menggunakan bahan kimia dan juga pendedahan kepada toksin ataupun radiasi.

 

Bagi aspek pemakanan pula, kita perlu hadkan daripada pengambilan kafein sebab mengikut kajian berdasarkan keputusan kajian tersebut menunjukkan kafein ini akan meningkatkan risiko keguguran. Elakkan bahan tambahan dan juga makanan yang diproses seperti makanan-makanan tin contohnya sosej, daging dan tuna.

 

Kalau boleh pilihlah makanan yang sihat contohnya banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta pada masa yang sama lengkapkan badan kita dengan nutrisi yang diperlukan contohnya protin, asid folik, vitamin C dan sebagainya.

 

Baca di sini mengenai faktor kesuburan menurun dan cara tingkatkannya

 

 

Cabaran Kesihatan Semasa Hamil

 

Kita mungkin akan mempunyai beberapa cabaran kesihatan semasa perjalanan kehamilan ini.

 

Sebagai contoh pening dan juga tekanan darah yang rendah.  Pening ini menunjukkan kemungkinan badan kita tidak menghasilkan sel darah merah yang cukup ataupun penghasilan progesteron yang tinggi waktu mengandung.  Semasa mengandung memang hormon dalam badan kita dikenali sebagai progesteron ini akan tinggi.  Bila  penghasilan progesteron ini tinggi ia akan menyebabkan tekanan darah anda menjadi rendah.  Bila tekanan darah kita rendah, kita akan rasa pening.  Apabila sel darah merah dalam badan kita tidak cukup, kita akan mempunyai masalah keletihan.

 

Seterusnya, morning sickness terutamanya pada trimester yang pertama.  Morning sickness ini maksudnya perasaan rasa nak loya-loya serta muntah-muntah lepas bangun pagi.  Ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan kita apabila kita mengandung.  Perubahan badan secara fizikal sebagai contoh kepekaan terhadap bau meningkat.  Dulu mungkin kita suka sangat sambal belacan tetapi bila kita hamil, kita rasa nak muntah pula ketika kita cuba nak makan sambal belacan, berat badan meningkat ataupun kita mempunyai masalah bengkak air dan sebagainya.

 

Berat Badan Meningkat Semasa Hamil

 

Peningkatan berat badan semasa anda hamil adalah proses perubahan yang normal bagi semua wanita yang mengandung.

Berat badan meningkat semasa hamil

Berat badan meningkat semasa hamil

 

Jadi, graf ini menunjukkan berat badan yang kita perlu tambah apabila kita hamil. Di bahagian kiri ini adalah BMI sebelum kita hamil jadi sekiranya sebelum hamil BMI kita adalah kurang dari 18.5 maksudnya kita seorang underweight, berat badan kita tidak cukup dan kurus sangat.  Jadi, berat badan yang perlu kita tambah semasa hamil adalah 13 ke 18 kg.

 

Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang normal BMI normal 18.5 sampai 24.9 kita perlu tambah 11.5 ke 16 kg.  Seterusnya, bagi mereka yang overweight BMI mereka 25 hingga 29.9 mereka kena tambah lagi kurang 7 ke 11.5 kg.  Bagi mereka yang obes BMI 30 ataupun lebih mereka hanya boleh tambah 5 ke 9 kg.  Ini adalah satu panduan yang kasar sahaja sebagai panduan mudah untuk anda ikuti.

 

Apa Perlu Kita Ibu Hamil Lakukan

 

Slide ini menunjukkan pula perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan apabila kita mengandung.  Maksudnya aktiviti yang kita  boleh lakukan dan juga aktiviti yang kita tak boleh lakukan semasa kita mengandung.

 

Ibu perlu lakukan semasa hamil

Ibu perlu lakukan semasa hamil

 

Kolum yang di bahagian kiri adalah lakukan bermakna yang kita boleh buat.  Yang pertama sekali senaman yang ringan contohnya termasuklah yoga, berenang ataupun regangan.  Pengambilan cecair maksudnya kita kena memastikan air dalam badan kita cukup.  Air ini penting untuk menghidrasikan badan kita dan ini juga adalah komponen yang paling utama dalam susu ibu.  Jadi sekiranya kita tengah menyusu dan air tidak cukup penghasilan susu ibu ini akan menurun.

 

Selalunya kalau air dalam badan kita tidak cukup dan tambahan juga cuaca sekarang memang panas sangat ia akan menyebabkan keadaan yang kita panggil dehidrasi.  Dehidrasi ini menyebabkan banyak komplikasi contohnya kita mungkin akan sakit kepala, loya-loya nak muntah, kejang di bahagian kaki contohnya edema maksudnya bengkak air dalam badan, kita rasa pening. Terutamanya pada trimester ketiga apabila badan kita memang kurang sangat air ia akan menyebabkan kekecutan otot di bahagian rahim kita di mana keadaan ini akan mengakibatkan kelahiran pramatang.

 

 

Kita juga digalakkan  supaya  menjalankan senaman kegel ataupun senaman otot pelvis.  Senaman ini penting untuk kuatkan otot vagina kita.  Selalunya lepas bersalin ramai wanita yang akan mempunyai masalah lemah pundi kencing. Maksudnya bila kita bersin air kencing itu mudah terkeluar jadi senaman kegel ini dapat kuatkan otot rahim kita. Pada masa yang sama ia boleh melancarkan proses bersalin.  Kita juga perlukan nutrisi yang lengkap untuk ibu dan bayi.  Untuk bahagian nutrisi ini saya akan sambung selepas ini.

 

Di bahagian kanan pula jangan lakukan.  Jangan lakukan senaman yang berat dan jangan pergi ke tempat yang di mana cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.  Altitud yang tinggi ya contohnya doktor memang tidak galakkan naik kapal terbang ataupun pergi ke luar negara sebabnya bila kita naik kapal terbang maksudnya kita berada dalam kawasan yang altitud tinggi di mana level oksigen tidak tinggi.  Makanan yang tinggi dengan pengawet, kolestrol dan juga garam kita kena kurangkan makanan-makanan ini.

 

Kepentingan Nutrisi Di Kala Hamil

 

Di sini saya akan kongsikan tentang kepentingan nutrien semasa kehamilan.  Nutrien yang pertama adalah protin. Kita perlukan kalori dari protin untuk dapatkan tenaga sepanjang hari dan juga yang paling penting sekali asid amino dalam protin ini adalah blok maksudnya blok binaan asas sel kita dan juga bayi dalam kandungan.  Ia penting untuk membantu perkembangan sel-sel dan organ bayi kita seperti jantung, hati dan kulit bayi.

 

Seterusnya, asid folik iaitu Vitamin B9.  Bagi ibu mengandung selalunya doktor akan bagi juga asid folik. Jadi apakah fungsi asid folik ini.

 

Asid folik ini diperlukan untuk membina tiub neural bayi kita di mana tiub neural ini akan membentuk tulang belakang dan juga otak bayi kita.  Sekiranya badan kita kekurangan asid folik, ia akan menyebabkan kecacatan tiub neural di mana kecacatan tiub neural ini akan berlaku antara hari ke 15 sehingga ke hari 28 selepas persenyawaan.  Hari ke 15 sehingga ke hari 28 ini kebanyakan wanita belum tahu lagi kehamilan mereka. Adalah sangat penting untuk kita mengamalkan asid folik ataupun Vitamin B sebelum anda hamil lagi.

 

Seterusnya, kita juga perlukan Vitamin C.  Vitamin C ini memang sangat penting sebab ia boleh membantu untuk menyerap zat besi dan juga asid folik. Maksudnya ia sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah anemia.

 

Di samping itu ia juga penting untuk membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan juga tulang bayi kita.  Berdasarkan satu kajian,  Vitamin C ini boleh membantu kurangkan risiko kelahiran pramatang.  Jadi, pastikan pengambilan dos Vitamin C anda cukup setiap hari.

 

Kita juga perlukan kalsium.  Kalsium ini penting untuk membantu membina tulang dan juga gigi bayi kita.  Di samping itu ia juga penting dalam penghasilan jantung, sistem saraf dan juga otot bayi kita. Sekiranya kita tidak dapat kalsium yang cukup dari pemakanan, bayi kita akan dapatkan kalsium daripada tulang kita.  Lama-kelamaan kejadian ini akan menyebabkan tulang kita semakin rapuh dan akibatnya ia akan tingkatkan risiko osteoporosis di mana risiko tulang patah ini sangat tinggi.

 

Antara gejala-gejala yang menunjukkan kalsium badan kita tidak cukup termasuklah kaki kita kejang, insomnia tak boleh  tidur, kuku patah ataupun kuku yang tidak sihat, gusi gigi kita berdarah ataupun rambut kita banyak gugur. Kita perlukan Omega 3 di sepanjang  perjalanan kehamilan kita sebab ianya sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi kita.  Kajian juga menunjukkan Omega 3 yang cukup dapat kurangkan risiko kelahiran bayi yang pramatang dan juga kurangkan risiko bayi kita mempunyai masalah alahan ataupun alergik.

 

Ibu Menyusukan Anak

 

Jadi apakah kebaikan menyusu bagi ibu dan juga bayi.  Ia dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan sebab susu ibu ini tinggi dengan protin-protin sistem imun yang akan melindungi dan juga kuatkan sistem imun bayi anda.  Ia dapat membantu mengeratkan ikatan antara ibu dan bayi maknanya promotes bonding between mother and baby.

 

Menyusu juga menyokong pemulihan selepas bersalin dan juga mengembalikan saiz rahim kepada keadaan sebelum kehamilan sebab apabila menyusu badan anda akan menghasilkan satu hormon oxytoxin yang akan membantu mengembalikan saiz rahim anda sebelum anda hamil dan juga untuk kurangkan kehilangan darah selepas anda bersalin.

 

Dengan menyusu ia dapat mengurangkan juga risiko mendapat kanser payudara ataupun ovari, pengurangan berat badan yang sihat selepas bersalin.  Proses menyusu ini memerlukan banyak kalori maksudnya ia akan membantu membakar banyak kalori dalam badan anda.  Proses menyusu ini dapat kurangkan berat badan anda selepas anda bersalin.  Ramai ibu-ibu yang sakit kepala dengan masalah kekurangan susu ibu.  Jadi, saya akan berkongsi dengan anda tentang tips meningkatkan penghasilan susu anda.

 

Yang pertama sekali anda kena minum air kosong yang cukup.  Air kosong yang cukup adalah sangat penting sebab ia boleh tolong meningkatkan penghasilan susu jadi apabila badan anda mempunyai masalah dehidrasi disebabkan oleh kekurangan air ia akan menyebabkan susu dalam badan anda semakin berkurangan.  Jadi, susukan bayi anda dengan kerap  jangan tunggu sebab bila anda tunggu badan anda akan hasilkan signal di mana penghasilan susu anda akan jadi semakin berkurangan.  Bila anda susukan bayi anda dengan kerap penghasilan susu ini akan bertambah ataupun maintain.

 

Pump juga di antara tempoh menyusu sebab ini bagus untuk ibu-ibu yang sudah mula bekerja dan mereka yang mempunyai masalah susu yang kurang.  Pastikan bayi anda melekap dengan betul maksudnya pastikan kedudukan itu betul kerana ia boleh membantu kosongkan susu anda dengan lebih efisien jadi apabila anda dapat kosongkan susu anda badan anda akan menghasilkan lebih banyak susu.

 

Anda juga boleh ambil makanan tambahan seperti alfalfa sebab alfalfa ini dapat meningkatkan penghasilan susu.  Ambil protin yang cukup sebab protin ini dapat menyokong perkembangan organ bayi anda.  Dapatkan rehat yang mencukupi dan uruskan tekanan anda.  Rehat yang cukup dan pengurusan tekanan yang bagus dapat meningkatkan penghasilan susu.

 

Urut payudara anda kerana urutan ini dapat merangsang penghasilan susu oleh payudara anda dan juga kalau boleh bertukar antara dua payudara setiap kali menyusu.  Jadi, ini adalah nutrisi untuk menyokong penyusuan yang sihat.  Yang pertama sekali anda perlukan zat besi sebab susu ibu ini boleh membekalkan zat besi yang cukup sebelum bayi anda mula mengambil makanan pejal.  Anda juga perlukan kalsium sebab 40% susu ibu terdiri daripada kalsium dan kalsium ini penting untuk membantu membina tulang bayi anda.

 

Seperti saya katakan tadi anda perlukan protin untuk menyokong pertumbuhan pesat bayi anda dan juga membekalkan kalori yang cukup kepada badan anda.  Sekiranya anda memang nak susu anda banyak, anda kena pastikan pengambilan kalori dalam badan anda cukup.  Bagi mereka yang nak kurus yang diet semasa menyusu memang penghasilan susu itu akan jatuh.  Jadi, pastikan pengambilan protin anda cukup.

 

Asid lemak omega 3 tetap penting untuk bayi anda sehinggalah umur 2 tahun sebab asid lemak omega 3 ini membantu perkembangan otak dan juga mata mereka.  Anda perlukan Vitamin C.  Vitamin C ini penting untuk membantu perkembangan contohnya tisu-tisu penghubung dan juga otot bayi anda dan tambahlah alfalfa untuk meningkatkan lagi penghasilan susu anda.

 

Ini adalah set pre dan postnatal ekslusif daripada Shaklee untuk membantu menyokong kesihatan anda sepanjang perjalanan si ibu ini.  Vitalea Iron Formula Shaklee dikenali sebagai multivitamin dan multimineral sebab dengan setiap sajian yang anda ambil ia akan membekalkan sebanyak 28 jenis vitamin dan mineral yang penting.  Paling utama sekali ia dilengkapi dengan Iron iaitu zat besi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah Hb yang rendah.  Dengan teknologi salutan mikro-asid folik berpaten ini dia akan cepatkan penyerapan mineral-mineral dan nutrien dalam perut anda.  Setiap hari kita cadangkan ambil 2 biji selepas anda makan.

 

Esp Soy Protein Isolate Powder adalah protin dari susu soya dan protin ini adalah protin yang lengkap sebab dilengkapi dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh bayi anda untuk membantu pembinaan sel-sel, organ dan juga tisu-tisu badan mereka.  Setiap sajian yang anda ambil iaitu 3 sudu makan setiap hari anda akan dapat 14 gram protin yang rendah lemak, Rendah Glisemik Indeks maksudnya ia menjaga paras gula anda tidak akan menyebabkan paras gula anda meningkat secara mendadak tanpa laktosa sesuai untuk mereka yang tidak boleh minum susu dan juga tanpa kolestrol.

 

Yang penting sekali susu Esp ini adalah dari soya yang tidak diubahsuai secara genetik atau kita panggil Non GMO soy.  Disebabkan Rendah Glisemik Indeks ini maksudnya ia dapat memberikan tenaga kepada badan anda selepas berjam-jam maksudnya secara berkekalan memberi tenaga kepada badan anda supaya anda tidak letih.  Untuk mereka yang mengandung dan juga menyusu kita cadangkan ambil dua ke tiga sajian setiap setiap hari maknanya enam ke sembilan sudu Esp setiap hari untuk memastikan kalori dalam badan anda cukup supaya penghasilan susu anda tidak jadi kurang.

 

Ostematrix lebih daripada sekadar kalsium sebab kita membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting untuk membina tulang anda yang sihat dan kuat.  Ini termasuklah Vitamin D untuk meningkatkan lagi penyerapan kalsium dalam badan anda, magnesium membantu untuk menggabungkan kalsium ke dalam tulang anda, boron untuk membantu dalam metabolisma tulang, manganese, copper dan zink adalah mineral dan mineral ini untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang anda.

 

Omega Guard minyak ikan semulajadi yang tulen dan juga pekat.  Dengan setiap sajian iaitu 3 biji Omega Guard setiap hari anda akan dapat asid lemak omega 3 yang mempunyai kepekatan yang tinggi termasuklah EPA dan DHA.  Omega Guard ini mempunyai proses penyulingan 3 molekul berperingkat.  Proses ini adalah untuk membantu meyingkirkan logam-logam berat dan juga bahan-bahan kontaminasi dari lautan.

 

Bagi mereka yang termakan minyak ikan yang tidak mempunyai proses penyulingan ini, badan mereka selalunya tinggi dengan merkuri dan ia akan rosakkan sel-sel otak bayi anda.  Kalau nak makan anda kena memilih Omega Guard yang mempunyai proses penyulingan berperingkat ini.  Alfalfa ini kita panggil sebagai nutrisi berakar dalam sebab akarnya sangat panjang iaitu sepanjang 6 meter ke dalam tanah. Alfalfa dikayakan dengan banyak jenis nutrien dan di antaranya kalsium dia sangat tinggi.  Setiap sajian Alfalfa yang anda ambil anda akan dapat sebanyak 300mg kalsium iaitu bersamaan dengan jumlah kalsium dalam segelas susu.

 

Alfalfa ini juga tinggi dengan klorofil.  Klorofil ini boleh membantu untuk membuang toksin.  Seperti yang saya katakan tadi juga Alfalfa ini mempunyai fungsi yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.  Seterusnya anda juga memerlukan Vitamin C.  Keistimewaan Sustained Released Vitamin C ini adalah yang kita panggil sistem pelepasan yang konsisten.  Vitamin C ini akan dilepaskan ke dalam badan anda sepanjang 5 jam dan setiap jam badan anda akan dapat 100mg.

 

Setiap Vitamin C yang anda ambil badan anda akan dapat 500mg Vitamin C dengan setiap jam 100mg Vitamin C selama 5 jam.  Ia juga juga ditambah dengan 120mg Bioflavonoids bagi meningkatkan lagi fungsi Vitamin C ini dan juga mengurangkan proses oxidation Vitamin C.  Kita katakan cara yang terbaik untuk memastikan bayi anda sihat adalah untuk menjaga kesihatan diri anda sendiri.  Jadi, walaupun anda belum hamil anda juga perlu mengamalkan makanan tambahan untuk kesihatan bayi dan juga badan anda selepas anda bersalin nanti.

 

Setakat ini saja perkongsian saya hari ni. Semoga ia bermanfaat.

 

Nak cuba Shaklee set dengan harga yang lebih rendah? Boleh hubungi nombor di bawah ye.

 

Salam sayang,

Masters Ira&Hafizan

013-9422527

9 Responses to “Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang Wanita”
  1. mrhanafi 3 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  2. Syakilla Azam 3 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  3. raihanah 5 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  4. Syarifah 16 August, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge