Cara Buat Bisnes Walau Anak Suka Melekap
Sebagai ibu yang buat bisnes dari rumah, sebenarnya ia sangatlah menguji diri apabila anak asyik nak melekap dengan kita. Kita miliki impian yang hebat dalam bisnes ini. Nak pergi jauh. Nak buat bisnes pon sebab anak kan. Namun, jika selalu anak melekap, camne pulak kita nak buat bisnes online ni. Offline apatahlagi kan. Hehe. Kirim salam ajelah jawabnya. Hehe
Kita tak boleh nak marah anak akibat dia suka melekap dengan kita. Sebab kita buat bisnes pon adalah tujuan untuk berikan yang terbaik buat anak-anak kita.
Di sini saya kongsikan ye semoga ia membantu untuk ibu-ibu yang berbisnes dari rumah menjadi lebih tenang dan aman.
- Kenali anak kita. Tengok bila sebenarnya waktu tidur dan bangun dia. Apa yang dia suka. Apa yang dia tak suka. Bila dia suka main. Senaraikan supaya kita lebih kenal dan faham anak kita ni.
- Train dan latih waktu tidur dan jaga anak kita. Kalau nak anak kita tidur dengan cukup, kita pon kena tidur awal. Bukan hanya suruh anak kita tidur, tapi kita duk ralit dengan telefon mahupon laptop lagi. Tutup lampu. Anak akan tidur juga walau dia tak biasa pada mulanya. Lama-lama dia akan biasa. Kalau anak kita tak cukup tidur, pasti dia akan mengamuk dan asyik nak menempel
- Ibu bangun awal untuk mulakan tugas harian. Kena kuatla. Banyak makin vitamin ok. Hehe. Juga kena kuat semangat lawan bantal dan tilam tu.
- Bermain dengan anak. Spend masa bersama. Buat dia betol-betol sungguh sungguh gembira bila kita bersama dia.
- Bercakap dengan anak. Minta izin dia untuk buat kerja. Puji-puji anak. Buat kerja berdekatan dengan anak supaya dia tak rasa ditinggalkan.
- Set to do list. Letakkan prioriti mana yang kita nak buat dulu.
- Solat awal waktu supaya mendapat keberkatan masa.
- Doa anak kita mudah faham dan boleh tolerate sebab hati manusia Allah yang pegang kan
- Minta kerjasama dari suami untuk menjaga dan bermain dengan anak jika di waktu tu adalah masa untuk kita fokus sekejap untuk bisnes . Minta masa dalam 30 minit ke.
Sememangnya ibu berbisnes ni memang kena jaga banyak hati termasuklah hati anak dan suami. Bila anak perlukan kita, nak tak nak memang kita dahulukan keluarga berbanding bisnes kita.
Namun, ia bukan menjadi ukuran untuk buat kita ketinggalan dalam bisnes ini. Kita hanya perlu cari ruang dan peluang dalam setiap hal dan masa.
Contoh di kala anak-anak tidur, ibu boleh lah mula buat kerja yang perlu diberi tumpuan lebih seperti update blog, edit video untuk upload di youtube, buat sharing live di facebook. Dan macam-macam lagi.
Ibu perlu cari masa tau. Bila ada je ruang dan peluang, masa tu kita guna sehabis baik. Bukannya tidur semata-mata tau. Sayang kalau ada masa namun digunakan untuk tidur je. Fuh, ruginya la hai.
Saya berkongsi ni hanya dari pengalaman saya lalui selama 6 tahun berbisnes. Anak-anak kecil memang menduga kita dalam pengurusan masa yang lebih baik. Ramai orang mengalah sebab rasakan tidak pernah ada masa untuk lakukannya. Namun bila ditilik, sebenarnya dia sedang banyak buang masa pada perkara lain. Contoh duk scroll facebook tak henti-henti. Duk tengok IG artis. Duk tengok page tu page ni. Semua tu buang masa.
Jadi gunakan masa sebaiknya sebab kita bukan orang biasa. Kita orang yang kejar masa. Jadi bila Allah bagi ruang tu, gunakanlah baik-baik ye.
Boleh dengar dari perkongsian saya di sini ye.
Itu saja yang saya nak kongsikan hari ni. Semoga bermanfaat.
Salam sayang,
Master Ira & Master Hafizan
013-9422527
Nak atau xnak saje…
betol tu
Betol
kena lebih rajin la kan..
Jom baca post terbaru JMR… Tips Simpan RM1000 Sebulan
Sudah pasti hehe
itulah kelebihan kalau bekerja sendiri dan dari rumah..
Jom baca post terbaru mrhanafi… Rahsia Menulis Copywriting Yang Memukau
betol tuh
Alhamdulillah 🙂
tips menjadi supermom ni hehe
betol sangat ehehe
Boleh bayang huru hara kan? 🙂
Meamang tabiklah pada ibu-ibu yang sibuk dengan anak-anak tapi masih boleh buat duit.. Respek!
Alhamdulillah.
isteri nak tolong suami. Pada masa yang sama isteri kena ada back up untuk masa depannya juga. Kita tak tau kan masa depan ekonomi camne untuk keluarga dan isteri tu sendiri kalau apa apa berlaku pada suami. At least ada back up.
Susah jugak ye kalau anak tak nak berenggang ni. Mintak suami jaga 30 minit tu, silap-silap anak tetap nak cari emak dia. Mungkin masa tu, boleh mintak suami bawa anak pergi jalan-jalan kot kan
Jom baca post terbaru sabree hussin… Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari
Betol juga tu. Hehe
Aah. Cara tu boleh tengok kesesuaian. Kalau duk dalam rumah tak menjadi jugak walau dengan ayahnya. Bolehla bawak gi jalan jalan kejap 🙂
anak saya macam tu lah asal kat rumah mesti melekap dengan ibunya. Jenuh kena pangku sambil buat kerja
Jom baca post terbaru Olaoli… Ketahui post paling popular di blog anda dengan Google Analytic
Takpe.Boleh latih dia. 🙂
Banyak pahala isteri hehe
kena pandai bahagikan masa
Jom baca post terbaru raihanah… Bengkak Buah Pinggang Dan Risikonya
Saye sangat setuju
Jom baca post terbaru ibrahim… 7 Tempat Pemandangan Paling Menakutkan di Dunia
Terima kasih
Setuju kak.
Setuju
info yang sangat menarik .. terbaik untuk ibu-ibu atau isteri yang ada diluar sana… dalam berkerja masa untuk anak juga mesti ada.. so kena pandai bahagikan masa kerja dan keluarga
Setuju tu.
Betol tuh tuan
Kalau dah ada pengalaman senang nak buat kerja walaupun ada anak..
Jom baca post terbaru Bahrain… Menyesal Beli Speaker Vinnfier Champ 202 btrm
Setuju tu.
Betol tuh 🙂
terima kasih Master, sudi share pengalaman dan tips best 🙂
Sama-sama 🙂
Kerja sama dengan suami itu yang paling penting , salam kenal ya
Jom baca post terbaru ibrahim… 5 Manfaat Temu Lawak bagi Kesehatan yang perlu diketahui
Setuju. Terima kasih.
Salam kenal. Betol kerjasama tu penting.
Kena ubah suai jadual bekerja. Kena ubat mengunakan e-commerce supaya kastemer membeli mengunakan e-cart melalui page jualan.
Penat berurusan secara manual mengunakan WhatsUp. Belajar dari Lazada dan Lelong bagaimana mereka mengunakan e-commerce untuk produk sampai kepada kastemer.
Kata mentor saya belajar dari bisnes 7 Eleven.
Jom baca post terbaru akubiomed… DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC
Terima kasih atas info.
Terima kasih atas idea 🙂
Ibu yg buat bisnes mmg ada aura hebat yg tersendiri.. hebat melakukan bisnes dan tetap memenuhi keperluan anak2 dan keluarga..
Kan. Betol tu.
Alhamdulillah dan insyaallah. Doakan kami jugak ye 🙂
Good tips..
Terima kasih
terima kasih kak ira.
sy xkan terus menyerah. buang segala habit buang masa Alhamdulillah setel.
terus sabar xputus asa train anak tidur awal.
Insyaallah