Vivix Shaklee Dari Penjelasan Ketua Saintis Shaklee

Baru baru ini memang agak viral mengenai Shaklee dan Vivix di Facebook terutamanya. Shaklee dan pengedar Shaklee teruk diserang. Tapi tak pelah. Allah maha mengetahui dan Allah ada perhitungannya buat semua ini. Mungkin Allah nak hapuskan dosa semua SID Shaklee. Dan yang saya percaya Allah nak hantar rahmat melimpah ruah lagi pada kami di Shaklee. Insyaallah.

 

 

Saya dan LAT Family serta teman teman yang buat bisnes Shaklee macam biasa je. Namun tak boleh sekadar bertahan dengan serkap jarang dan fitnah. Kita perlu berhujah kembali dengan fakta mengikut chanel yang betol.

 

Ada anak buah saya dalam LAT Family yang kongsikan apa perbincangannya dengan Ketua Saintis Shaklee. Saya kongsikan di sini inputnya.

 

Vivix murah berbanding kualiti

Vivix murah berbanding kualiti

 

Siapa Dr Bruce Daggy, Ketua Saintis Shaklee

 

Jadi baru-baru ini saya add friend Ketua Saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy. Berikut adalah serba sedikit latar belakang beliau:

 

Jawatan: Senior Vice President, Research & Development. Beliau juga merupakan Chief Science Officer Shaklee

 

Pengalaman Kerja: Memulakan kerjaya di bidang akademik pada permulaan karier beliau. Kemudiannya beliau menyertai Procter & Gamble (P&G) dan berkhidmat selama 10 tahun di sana. Beliau menyertai Glaxo Smith Kline (GSK) kemudiannya dan berkhidmat selama 13 tahun dengan jawatan kepimpinan. Di GSK beliau mengetuai pasukan saintis seramai 80 orang. Jawatan terakhir beliau adalah Vice President, Weight Control Research & Development bagi GSK.

 

Pendidikan dan Penyelidikan: Dr Daggy berkelulusan Ph.D. in Nutritional Biochemistry dari Cornell University dan memiliki ijazah dalam Biology dari University of Virginia.

 

Sepanjang karier beliau telah menyediakan 80 kajian klinikal selain memiliki 13 hak paten dengan nama beliau.

Selain bertugas di Shaklee beliau juga merupakan:

  1. Adjunct Professor dan Ahli Lembaga Penasihat bagi Nutrition, Food, and Exercise Sciences Department of Florida State University.
  2. Ahli bagi American Society for Nutrition and of The Obesity Society
  3. Sukarelawan bagi American Diabetes Association’s Greater Philadelphia Community Board and its Education and Advocacy Committee.

 

Latar belakang beliau hebat kan? Jadi apa-apa persoalan berkaitan produk Shaklee dan kemusykilan, beliau adalah orang yang tepat untuk menjawabnya.

 

Vivix Shaklee Tiada Manfaat Kesihatan?

 

Ada pihak yang mendakwa baru-baru ini resveratrol tiada manfaat kepada kesihatan. Resveratrol adalah satu bahan penting dalam Vivix Shaklee. Jadi saya beranggapan mereka sedang bercakap tentang Vivix Shaklee.

 

Antara hujah mereka adalah:

 

  1. Vivix Shaklee tidak pernah memiliki sebarang kajian klinikal
  2. Bahan resveratrol memiliki bioavailabiliti atau penyerapan yang sangat rendah
  3. Resveratrol tidak mempunyai sebarang manfaat kepada kesihatan
  4. Dalam Vivix Shaklee tidak mengandungi resveratrol

 

Sedap sedap je cakap kan. Hahaha.

 

Saya letih sebenarnya menjawab pertanyaan, tapi kenalah juga sediakan betul tak. Lagipun kalau betul hujah di atas, apa guna saya sendiri ambil selama 4 tahun ini. Lebih-lebih lagi saya beri mama abah saya makan Vivix Shaklee ini selama ini. Kalau benar tiada manfaat kepada kesihatan, buat apa ambil? Lebih takut jika ia memudaratkan pula.

 

Jadi apabila Dr Daggy menerima friend request saya di FB, saya terus mesej beliau bertanyakan soalan-soalan ini. Lalu apakah jawapan beliau?

 

1. Vivix Shaklee tidak mengandungi resveratrol?

 

Resveratrol adalah salah satu jenis polifenol. Mengikut maklumbalas Dr Daggy, Vivix Shaklee bertindak lebih baik berbanding resveratrol tunggal. Ini disebabkan ramuan Vivix Shakleebukan resveratrol semata-mata, bahkan Vivix adalah kombinasi resveratrol dan 15 jenis polifenol.

 

Hasil kajian yang dibuat oleh Shaklee Innovation Center boleh disemak dalam link berikut:

 

Synergistic Effects of Phenolic Mixtures in Human Cell Models of Aging

Kajian terhadap kombinasi resveratrol dan polifenol menunjukkan kombinasi ini memberikan kesan lebih baik kepada kesihatan

Kajian terhadap kombinasi resveratrol dan polifenol menunjukkan kombinasi ini memberikan kesan lebih baik kepada kesihatan

 

Bukan itu sahaja, ramuan kombinasi ini telah dipaten oleh Shaklee iaitu sebagai ramuan rahsia Vivix Shaklee.

 

2. Resveratrol tiada sebarang manfaat kesihatan?

 

Terlalu banyak sebenarnya kajian saintifik samada kajian makmal mahupun kajian klinikal dibuat ke atas manfaat resveratrol. Ada lebih kurang 2500 jurnal saintifik ditulis ke atas resveratrol.

 

Saya selalu juga baca banyak jurnal, terutama daripada ncbi, britishjournals, hindawi dan banyak lagi. Banyak sahaja sebenarnya hasil kajian yang menyatakan manfaat resveratrol kepada kesihatan.

 

Saya akui ada segelintir yang menyatakan resveratrol tiada khasiat, itu pun merujuk kepada kes tertentu contohnya jika berlaku sel mati (terutama sel pada otak). Itu memang kita fahamlah bila sel otak (bagi orang strok) telah mati, mana boleh hidupkan balik.

 

Apa yang boleh dibuat adalah sekiranya tidak banyak pun sel yang mati, maka fungsi resveratrol adalah sebagai pencegahan daripada strok berulang. Selebihnya ia membantu sel yang masih hidup untuk mengambil alih fungsi sel yang telah mati. Ini bagaimanapun harus disertai bersama rawatan fisioterapi.

 

Dalam tulisan yang menyebut resveratrol tiada langsung khasiat kepada kesihatan, ia pula hanya merujuk kepada 4 jurnal sahaja. Ada 2500 jurnal saintifik, kenapa tidak disemak banyak lagi jurnal? Saya sebut ini sebab saya sendiri pun ada baca jurnal sebegini, tidak adil membuat kesimpulan hanya berdasarkan 4 kajian sahaja.

 

Dalam penyelidikan pula, jurnal saintifik memiliki rank tersendiri. Semakin tinggi rank jurnal tersebut, semakin berkaliberlah jurnal tersebut.

 

Anda boleh semak kajian klinikal yang dibuat ke atas Vivix Shaklee bagi kesihatan mata dalam link berikut:

 

Case Study: Polyphenols and Macular Degeneration

 

Kajian ini dibuat ke atas pesakit seramai 42 orang berumur antara 56 hingga 85 tahun selama 4 bulan yang diberikan Vivix Shaklee. Hasil kajian mendapati tiada seorang pun yang menunjukkan kesihatan mereka terjejas dengan pengambilan Vivix Shaklee.

 

Sebaliknya hasil kajian mendapati Vivix Shaklee telah membantu meningkatkan fungsi mata pesakit.

 

Kajian klinikal Vivix Shaklee terhadap fungsi mata menunjukkan hasil yang sangat menakjubkan

 

Kajian klinikal Vivix Shaklee terhadap fungsi mata menunjukkan hasil yang sangat menakjubkan

Jadi di mana menunjukkan resveratrol tiada langsung manfaat?

 

3. Vivix Shaklee tidak mempunyai kajian klinikal langsung?

Mungkin pernyataan mereka ini merujuk kepada kajian terhadap sel kanser. Memang benar, Vivix Shaklee tidak membuat kajian klinikal ke atas pesakit. Ini disebabkan Vivix Shaklee cumalah suplemen, bukanlah untuk tujuan merawat.

Namun menuduh Vivix Shaklee tidak mempunyai kajian klinikal langsung memang salah.

Ada beberapa kajian klinikal dibuat oleh Shaklee Innovation Center. Antaranya:

Case Study: Polyphenols and Macular Degeneration kajian ini saya telah terangkan seperti di atas.

Satu lagi kajian penting ke atas Vivix Shaklee adalah:

Kajian ini telah pun dipaparkan dalam ncbi dalam link berikut:

A resveratrol and polyphenol preparation suppresses oxidative and inflammatory stress response to a high-fat, high-carbohydrate meal.

 

Kajian ini jika disemak dari segi kredibiliti jurnal, ia mendapat Q1 ranking, iaitu ranking tertinggi bagi sesebuah jurnal saintifik (terendah adalah Q4). Anda boleh semak sebarang jurnal saintifik dari http://scimagojr.com.

 

Jadi kredibiliti sesebuah jurnal bukan berdasarkan tahun ia dikaji. Bukan bermakna kajian tahun 2017 telah dapat menidakkan keputusan kajian tahun 1990 misalnya. Kecuali memang saintis berkenaan berhasrat hendak bersaing keputusan yang diperolehi oleh saintis lain dalam aspek yang sama.

 

Berbalik kepada kajian klinikal Vivix Shaklee. Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat sememangnya terkenal dalam meningkatkan tekanan oksidatif dan keradangan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tanggapan bahawa suplemen antioksidan yang tinggi dengan polifenol dan resveratrol terutamanya daripada anggur muscadine boleh menumpulkan kesan pengoksidaan lemak / makan karbohidrat yang tinggi.

 

Kajian klinkal Vivix Shaklee terhadap tekanan oksidan dan keradangan

Kajian klinkal Vivix Shaklee terhadap tekanan oksidan dan keradangan

 

4. Bahan resveratrol memiliki bioavailabiliti atau penyerapan yang sangat rendah

 

Disebutkan adalah kadar penyerapan bioavailabiliti resveratrol sangat rendah, hanya sekitar 5% sahaja. Umpamanya bila anda ambil Vivix Shaklee, hanya 5% sahaja khasiat resveratrol dapat diserap ke dalam badan anda, selebihnya keluar melalui air kencing. Benarkah dakwaan ini?

 

Pertamanya memang betul resveratrol sangat rendah kadar penyerapan. Namun mengikut maklumat daripada Dr Daggy,

 

  1. Untuk meningkatkan kadar penyerapan bioavailabiliti, resveratrol perlulah diambil dengan nutrient lain. Sebab itulah Vivix Shaklee bukan sahaja resveratrol, tetapi ada tambahan 15 jenis polifenol yang lain.
  2. Bioavailabiliti yang rendah hanya dilihat melalui 1 bahagian darah sahaja iaitu plasma, sebaliknya perlu melihat kepada keseluruhan sel darah merah. Banyak kajian mendapati resveratrol terkandung juga pada sel, bukan plasma semata-mata. Justeru penyerapan resveratrol lebih efektif melalui sel sendiri.

 

Dr Daggy juga menambah, contohnya dalam kajian Vivix Shaklee terhadap tekanan oksidan dan keradangan, saintis mendapati resveratrol sangat mudah diserap ke dalam usus. Disebabkan itulah saintis dapat menjelaskan bagaimana resveratrol dapat membantu kesihatan kerana ia telah dapat menyekat kemasukan toksin daripada usus lagi.

 

Anda boleh semak jurnal berikut untuk bacaan lanjut:

Conversation saya dengan Dr Bruce Daggy

Conversation saya dengan Dr Bruce Daggy

Testimoni Vivix Shaklee Kami Sendiri

 

Kecoh-kecoh pasal Vivix Shaklee sebenarnya bertitik tolak daripada masalah overclaim yang dibuat oleh sesetengah SID. Saya tidak nafikan ada yang buat begitu, mungkin mereka sendiri tidak ikuti latihan yang dibuat oleh Shaklee Malaysia.

 

Namun bagi saya sendiri, testimoni yang saya kongsikan selama ini kebanyakan adalah daripada pengalaman sendiri dan keluarga, pengalaman customer saya dan juga pengalaman rakan-rakan SID yang lain.

 

Masyarakat kita memang tidak boleh lari daripada melihat testimoni, lebih meyakinkan katanya. Memang kalau ikutkan kajian makmal dan kajian klinikal Shaklee pun telah cukup kukuh, tapi pada masa yang sama ramai juga customer masih meminta testimoni.

 

Testimoni yang saya datangkan bukan overclaim, tapi adalah hasil pengalaman sendiri. Jadi ia bukan satu penipuan, bukan buat-buat testimoni, tapi pengalaman yang sebenar.

 

Di sini saya ingin kongsikan kisah saya dan keluarga saya.

 

1. Ayah Ambil Shaklee Lebih 3 tahun

 

Ayah saya ada banyak penyakit. Ada darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sleep apnea. Beliau kena serangan jantung pada tahun 2014. Masa itu baru sahaja mula ambil Shaklee. Sebelum itu beliau bertahun-tahun ambil ubat doktor dan suplemen dari Amway. Masa ini beliau pernah dapat strok hasil darah tinggi (sekitar 200).

 

Selepas serangan, saya minta beliau komit ambil Shaklee. Awal tahun ini kami dapati ayah saya makin kurang lancar dari segi percakapan dan imbangan. Kami buat temujanji doktor. Hasilnya seperti berikut:

 

Doktor Neurologi

 

Kami buat MRI ke atas ayah. Jumpa ada bintik-bintik hitam yang menandakan pernah kena strok. Sebenarnya strok ini silent strok yang pesakit atau ahli keluarga sendiri tidak sedar. Mungkin kena pada tahun 2014 masa ayah kena darah tinggi (sekitar 200).

 

Andaian doktor begitu sebab hasil ujian darah (terkini) menunjukkan kesihatan ayah sangat bagus dari segi tekanan darah, tahap gula diabetes, tahap kolestrol, kesihatan hati, kesihatan buah pinggang. Semua baik. Alhamdulillah telah ambil Shaklee selama 3 tahun.

 

Jadi bila tahu rupanya ayah pernah kena strok, doktor hanya berpesan untuk elakkan strok kedua dan buat fisioterapi untuk pulihkan keadaan. Sel yang mati pada otak memang tidak dapat buat apa-apa.

 

Doktor Jantung

 

Ayah saya memang ada history masalah jantung. Tapi pada 2014, bila buat angiplasti, doktor tidak menemui apa-apa penyumbatan. Jadi ayah cuma on medication sahaja.

 

2 bulan lalu saya temankan ayah ke IJN untuk temujanji. Buat macam-macam test juga seperti ECG, ECHO dan holter monitoring. Keputusan?

 

  • Tahun 2014 doktor tunjuk kondisi jantung ayah yang sangat bengkak. Ya saya tengok sendiri laporan doktor
  • Tahun 2017 bagaimana? Alhamdulillah kondisi jantung sangat baik, tiada bengkak, keadaan jantung normal. Malah hasil ujian ECG, ECHO dan holter menunjukkan jantung pun sihat.

 

Cuma untuk pencegahan, doktor masih tetap prescribe ubat untuk ayah.

 

Doktor Mata

 

Tahun lalu didapati kondisi mata ayah agak teruk. Hingga doktor cadangkan buat pembedahan katarak. Tapi disebabkan kondisi kesihatan ayah tak berapa baik disebabkan gagal mengenalpasti strok, pembedahan itu ditangguhkan. Pada masa yang sama saya tambahkan Carotomax untuk suplemen mata ayah.

 

Sebulan yang lalu ayah ada temujanji dengan doktor mata. Apa kata doktor? Mata ayah semakin baik, tidak perlu pun pembedahan.

 

Kesimpulan

 

Jadi saya lihat sendiri hasil kesihatan ayah semakin baik. Masalah strok, sebab ia telah pun berlaku pada tahun 2014. Bila berkaitan sel di otak memang sukar sebab sel di otak apabila mati, ia memang bermaksud mati. Cuma mujurlah ia strok yang tidak menjejaskan banyak tempat, jadi masih ada harapan untuk pulih apabila sel yang hidup dalam otak mengambil alih fungsi sel yang telah mati.

Lain-lain saya puas hati dengan kesihatan ayah:

  • Hasil pemeriksaan darah menunjukkan kesihatan yang baik: gula dalam darah, fungsi hati, fungsi buah pinggang, kolestrol.

  • Pemeriksaan jantung menunjukkan jantung berfungsi normal, sangat berbeza daripada tahun 2014 dahulu.

  • Kesihatan mata bertambah baik

 

Ayah saya ambil banyak juga suplemen Shaklee, ada dalam 8 jenis. Dengan hasil kesihatan yang baik ini juga menunjukkan tiada kesan tidak baik pada fungsi hati dan buah pinggang dengan pengambilan Shaklee. Ini bersamaan dengan hasil kajian Landmark Study Shaklee.

2. Kesihatan Mak

 

Mak saya memang susah sikit bab suplemen, walaupun beliau pun ambil suplemen. Sebelum ini Amway, sama macam ayah. Tapi sejak saya amalkan Shaklee, saya suruh juga mak ambil Shaklee.

 

Mak saya jenis suka percaya pada bahan semulajadi contohnya kunyit, serai dan sebagainya. Tapi memang susah hendak konsisten, sebab perlu masak sendiri. Jadi memangla tak konsisten pun.

 

Sukar saya hendak dapatkan testimoni mak sebenarnya, sebab beliau sihat sahaja. Beliau ada masalah diabetes, sakit lutut dan darah tinggi. Tapi ada satu situasi sebulan lalu yang saya kira boleh menampakkan kesan Shaklee kepada beliau.

 

Disebabkan ayah saya perlu buat banyak rawatan fisioterapi, mak saya sudah tidak makan Shaklee selepas habis botol terakhir. Mak pun takde bersungut dengan saya suplemen beliau habis. Jadi saya pun diam sajalah. Keadaan ini berlarutan selama 3 bulan (jadi 3 bulan mak tidak makan Shaklee).

 

Pada masa yang sama, doktor tukar ubat diabetes mak. Kesannya mak kata diabetes mak melonjak kepada melebihi 10. Selalunya dengan ubat dan suplemen Shaklee, bacaan diabetes bawah 7. Jadi mak risau, beliau juga rasa badan selalu letih akibat kencing manis naik.

 

Masa itu saya minta mak jumpa doktor untuk tukar ubat diabetes. Pada masa yang sama saya bagi mak makan Shaklee kembali. Saya bekalkan suplemen Shaklee untuk diabates, darah tinggi dan sakit lutut.

 

Apa hasilnya. Lepas 3 hari saya tanya mak, katanya gula dalam darah sudah turun bawah 7. Bayangkan dari belas-belas, boleh turun bawah 7 dalam tempoh 3 hari.

 

3. Anak-anak saya

 

Anak sulung saya memang ada masalah kerap demam masa umur 4 tahun (terutama masalah tonsil). Saya dinasihatkan untuk cari suplemen untuk anak, bagi sistem imun anak tinggi. Macam-macam saya cuba termasuk suplemen di farmasi. Beratus malah beribu rm saya habis. Tapi satu pun tidak berjaya.

 

Masa anak saya umur 4 tahun, saya baru guna Shaklee untuk bersalin. Jadi saya tanya upline saya masa itu jika Shaklee ada set kanak-kanak. Alhamdulillah rupa-rupanya ada. Selepas suplemen di farmasi tidak berjaya, saya pun cubalah Shaklee untuk anak saya.

 

Alhamdulillah rupanya berkesan juga. Jadi bila melihat anak sulung semakin sihat, saya teruskan untuk anak kedua dan kini anak yang kecil pun sudah ambil Shaklee.

 

Anak no 2 saya pernah diserang pneumonia pada usia 4 tahun. Masa ini saya bersalin anak no 3, dan agak kelam kabut jadi saya selalu skip bagi anak-anak makan suplemen Shaklee.

 

Sejak itu, saya tidak lagi culas beri anak-anak suplemen. Alhamdulillah hingga kini pun anak saya sihat. Saya ada tuliskan dalam blog ini pengalaman kesihatan anak-anak saya:

 

4. Shaklee Effect pada saya sendiri

 

Kalau ikutkan banyak Shaklee effect pada saya. Saya pun selalu kongsikan hasil makan Shaklee dalam blog saya ni. Antaranya:

Pengalaman mengandung ambil Shaklee.

Alhamdulillah pengalaman mengandung anak ke 3 sangat bagus, tanpa ada GDM, iaitu kencing manis semasa mengandung. Ini pun setelah saya ambil Shaklee 3 tahun. Bagus kan? Sepanjang mengandung pun saya sihat, baby pun sihat. Pengalaman ini saya telah kongsikan dalam link di atas.

Mengandung anak ke 3 pula adalah secara semulajadi. Saya ada PCOS, kalau ikutkan saya sukar mengandung. Tapi hasil nutrisi yang lengkap dengan Shaklee membuatkan saya mudah mengandung.

Pengalaman menggunakan set bersalin

Saya ambil Shaklee set bersalin 2x iaitu selepas anak no 2 dan anak no 3. Memang ternyata set bersalin Shaklee sangat membantu saya dari segi memberikan tenaga, bantu cepat pulih daripada sakit, bantu selesa tidur, elakkan sembelit, dan paling penting kita lebih sihat.

Pengalaman menggunakan set menyusu

Saya menyusu anak no 2 dan 3 sambil ambil suplemen Shaklee. Yang saya perhatikan adalah kualiti susu bertambah iaitu tahap kesihatan bayi sangat baik. Anak sulung saya kerap demam. Jadi masa tu mak saya pun persoalkan kenapa kerap demam sedangkan breastfeed juga.

Jadi jawapannya adalah susu berkualiti. Anak no 2 dan 3 alhamdulillah sangat sihat masa mereka masih bayi. Kulit pun cantik, gebu. Saya dapat menyusu selama 2 tahun lengkap.

Pengalaman cabaran kurus

Seumur hidup saya sebenarnya saya tak pernah kurus kecuali 2 masa:

Sebelum kahwin. Masa ini saya guna produk Trimz and Klenz (kemudiannya diharamkan sebab mengandungi bahan sibutramine). Memang dapatlah kurus sampai 50 kg. Tapi tidak lama. Lepas beberapa bulan, bila saya stop dan makan seperti biasa, berat badan kembali naik.

Sebelum mengandung anak kedua. Masa ini saya buat diet karbo. Saya tak makan semua benda karbo seperti nasi, mee, bihun, laksa dan sebagainya. Saya dapat turun sehingga 62kg tak silap saya. Terus mengandung. Hihi

Selepas daripada tempoh itu saya memang tidak kurus. Asyik gemuk saja. Sehinggalah saya sertai program detox Shaklee tahun lalu. Bila join program detox saya belajar tentang pemakanan dan senaman yang betul. Dari program ini saya dapat turun 10kg dari April 2016 hingga Ogos 2016. Selepas tempoh ini berat badan saya statik hingga sekarang. Banyak bulan juga statik tu maksudnya kan. Itupun sebab saya pun tidaklah diet sangat.

Tapi sekarang ini saya kembali diet. InsyaALlah perkembangannya saya kongsikan nanti.

Pengalaman kulit

Saya bukanlah jaga sangat bab kulit. Kecantikan saya tak pentingkan sangat. Tapi baru-baru ini saya dapati kulit saya semakin gelap. Faktornya adalah saya mula bekerja sendiri dimana saya kerap terdedah kepada cahaya matahari. Dan saya mula buat brisk walk setiap hari sejak 2 bulan lalu.

Jadi saya ambil Collagen Powder. Tengok gambar saya bagaimana berbezanya kulit saya dalam hanya 17 hari. Kalau macam ini siapa pun mesti suka sangat dengan Shaklee, betul tak?

Testimoni Shaklee Collagen Powder kulit cantik

Testimoni Shaklee Collagen Powder kulit cantik dalam 14 hari

Pengalaman kesihatan keseluruhan

Pada tahun 2009, saya alami satu keadaan di mana saya batuk untuk tempoh setahun. Lama sangat. Saya tak jumpa doktor pun sebab takut. Batuk lama dan sampai sakit dada jadinya.

Masa tu saya belum kenal Shaklee, jadi saya ambil produk HPA. Alhamdulillah berkesan juga, tapi batuk saya masih alami selang beberapa bulan. Jadi bila saya amalkan Shaklee sejak tahun 2012, walaupun hanya menggunakan set bersalin dan menyusu, saya dapati kesihatan saya lebih baik.

Batuk yang saya alami pula, bertahun-tahun telah tidak menyerang. Saya mula ambil Vivix Shakleepada tahun 2014. Saya telah buat pemeriksaan kesihatan bermula tahun 2015 dan 2016. Kedua-dua rekod kesihatan saya telah saya kongsikan dalam blog ini dalam link tersebut.

Kesimpulan

  • Kesihatan saya bertambah baik. Fungsi hati dan buah pinggang pada tahap sihat, tiada GDM, risiko diabetes rendah.
  • Masalah saya sekarang cuma berkaitan masalah berat badan. Memang bukan senang pun masalah berat badan ni, ia berkaitan dengan pemakanan dan senaman. Jadi insyaAllah saya perlu teruskan lagi.
  • Saya seorang PCOS, tapi saya boleh mengandung secara semulajadi.
  • Pengalaman menggunakan Shaklee semasa mengandung, selepas bersalin dan untuk menyusu sangat baik. Saya syorkan anda juga boleh amalkan.

Keputusan saringan kesihatan - ujian darah

Keputusan saringan kesihatan – ujian darah

Kakak saya pesakit SLE

Kakak saya ada penyakit SLE yang dikenalpasti pada tahun 2008. Masa itu nak bangun pun tak boleh, terlantar sahaja. Ubat memang banyaklah. Alhamdulillah dengan pantauan doktor berhasil kakak saya sihat semula.

Bila saya kenal Shaklee pada tahun 2013 saya syorkan kakak saya gunakan Shaklee. Masa itu memang ada pesakit SLE yang ambil Shaklee. Bertahun-tahun kesihatan kakak saya sangat baik.

Pada tahun 2015, ada seorang doktor cadangkan kakak saya ambil produk F***L***. Jadi kakak saya cuba, dia tinggalkan Shaklee sekejap. Tapi nampaknya ia tidak sesuai buat kakak saya, selepas seminggu ambil produk tersebut, kakak saya dikejarkan ke hospital. Selepas kejadian itu, kakak saya tidak lagi berani ambil produk sembarangan.

Memang ambil Shaklee sahaja sampai sekarang. Alhamdulillah ubat pun sudah dikurangkan. Dan telah ambil Shaklee selama 4 tahun. Best kan?

Penutup

Suplemen memang bukan semua bagus. Anda harus perhatikan aspek seperti:

  1. Samada ia vitamin sintetik atau semulajadi, pilihlah yang semulajadi.
  2. Pengeluaran vitamin – adakah dari kilang yang sama (OEM) atau dihasilkan dari hasil kajian sains secara saintifik
  3. Syarikat pengeluar sudah berapa tahun dalam bidang nutrisi? Baru setahun atau berpuluh tahun?
  4. Adakah suplemen mempunyai kajian klinikal terhadap produknya?
  5. Jaminan keselamatan terhadap produk
  6. Memiliki nombor kelulusan KKM – MAL

Kena selektif dengan semua yang kita makan, termasuk suplemen. Dan kita juga tidak boleh samakan semua suplemen sama, sedangkan ada banyak suplemen yang sangat baik seperti Shaklee.

Kes viral tentang Vivix Shaklee telah menyebabkan saya menyelongkar lagi ilmu dan bahan untuk saya baca. Semakin mendalam saya selongkar, semakin saya yakin dengan pilihan saya. InsyaAllah Shaklee tetap menjadi pilihan suplemen saya. Anda bagaimana?

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

___________________________________

 

Haaa tu dia sharing dari anak buah saya, Coordinator Raihanah. 

Panjang lebarr kan penerangannya. Kisah saya? Nanti saya kongsikan di post seterusnya okeh 🙂

 

Nak dengar youtube pasal Vivix dari Shaklee sendiri? Boleh tengok kat bawah ok

 

 

Bulan ni ada tawaran special tau bila ambil 2 Vivix. Boleh dapatkan cooler beg dan sudu eksklusif Vivix ni okeh.

 

Vivix hadiah cooler beg dan sudu eksklusif

Vivix hadiah cooler beg dan sudu eksklusif

 

Boleh dengar penjelasan di sini.

 

 

Nak cuba Shaklee dan Vivix? Boleh hubungi nombor di bawah .

 

Salam sayang,

Masters Ira&Hafizan

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge