Tips dan Trick Ke Hatyai, Thailand

Saya kongsikan pengalaman dari kawan saya, Kak Chah jalan jalan ke Hatyai, Thailand lepas raya hari tu.

Boleh follow Kak Chah di facebooknya, Hafsah Mardhiah.

Kita mula ye. Saya compile ni untuk tujuan rujukan kami nanti. Juga untuk kawan kawan yang nak jalan jalan ke Hatyai ni la 😀

————-

First time Kak Chah dah family pergi ke Thailand melalui jalan darat dengan kereta. Sebelum ni sekali je ke Bangkok naik flight.

 

Mesti ramai yang takut kan nak naik kereta. Tak yakin atau risau sesat dan sebagainya. Kami pun camtu jugak. Tapi sebenarnya kalau tahu cara memang mudah dan sangat JIMAT.

 

Ada beberapa cara untuk masuk ke Thailand melalui pintu darat. Dari Kelantan ada 3 pintu; Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

 

Selain tu ada pintu dari Wang Klian (Perlis), Padang Besar (Perlis), Bukit Kayu Hitam (Kedah), Kota Putra (Kedah) dan Bukit Berapit (Perak).

 

Kami masuk melalui pintu imigresen Rantau Panjang. Ada 3 proses yang perlu dibuat sebelum anda dapat masuk dengan sah dan selamat.

1) Passport/ border pass
2) Surat kebenaran bawa masuk kenderaan (tambah surat izin pemilik kenderaan, jika pinjam kereta orang) >> perlu bawa GERAN kereta
3) Insurans kenderaan
.

 

Yang ada passport merah tu, boleh terus masuk. Kalau tak ada passport boleh buat border pass Rm20 setahun (termasuk gambar), atau Rm10 kalau dah ada gambar. Boleh buat border pass kat UTC atau kat border imigresen.

 

Kami guna passport je. Jadi bila dah sampai ke imigresen Rantau Panjang, lalu je dengan kereta sampai jumpa kaunter imigresen. Bagi je passport tak perlu pun turun kereta. Kami 9 orang, 6 dewasa 3 bebudak.

 

Settle situ, terus lagi masuk ke imigresen Thailand. Sini tricky sikit kalau tak tahu cara. Macam kami la, sape suh redah tak cukup study 😂

 

Sampai situ, parking dulu kereta. Semua penumpang kena turun untuk bawa sendiri passport beratur kat kaunter. Sebab imigresen Thai nak kena amek gambar muka.

 

Sebelum beratur kat kaunter tu, isi arrival form dulu. Kalau nak mintak staff dia tulis, bayar Rm2. Kalau reti menulis, tulis sendiri pun boleh. Mudah je. Isi details kita, nama, no passport dll, pastu no kereta dan tempat tinggal di Thai.

 

Dah settle isi borang, beratur dan cop passport masing-masing. Siap!

 

Kemudian, driver/ pemilik kereta bawa geran kereta ke kaunter Kastam kat sebelah kaunter imigresen. Sini nak minta surat kebenaran bawa masuk kenderaan. Kalau takde ni, boleh kena saman 1000 baht sehari.

 

Kalau lalu pintu Rantau Panjang, insurans kereta dah siap jual kat kastam Thai. Beli je terus, sebulan Rm30. Kalau tak beli situ, nak beli kat luar pun boleh. Ada kedai jual insurans kat jalan nak masuk kat highway. So tak payah susahkan diri, settle je terus.

 

Ok, dah siap dapatkan surat tu, pergi turun ke laluan kereta, untuk dapatkan cop. Ada meja dan pegawai kat situ. Don’t worry, kat sempadan ni semua faham cakap Melayu. Paling koman English la korang baham. Sah dah korang nak masuk Thai bawak kereta masing-masing.
.

 

Nak cerita kami ni ada tak abes study. Yelah kadang google blog tak jumpa orang cerita step by step. Ada tertinggal info bab surat bawa masuk kenderaan dan insurans kereta. Padahal dah banyak jugak tanya orang. Adoi.

 

Jadi kami pun masuk ke Thai, cop passport je. Surat kebenaran kereta takde. Dah sampai jalan menuju ke Narathiwat, kereta kena tahan polis/ kastam Thai.

 

Mintak passport lepas, geran kereta ada. Tapi bila mintak surat tu kami takde. Cuak woih. Kereta boleh kena tarik atau denda maksimum 20,000 baht ikut kata pegawai tu.

 

So kami tanya cemana, dia mintak bayar 3000 baht kalo nak kasi lepas. Mula-mula ingat tu denda, dan boleh dapat surat kebenaran situ. Rupanya rasuah je. Cis betul. Tapi mintak kurang dapat 1000 baht (Rm100+). Tak boleh buat apa, sebab dah macam kena ugut, bayar je lah yuran kebodohan.

 

Ahaha. Patah balik imigresen semula dapatkan surat tu. Hilang satu jam gi patah balik. Stress bergaduh-gaduh dah semua. Haha. Biasa la kan nak adventure redah sangat. Layan jelah. Korang jangan buat silap bodoh cenggitu hokei.
.

 

Bab SESAT, jangan risau. Memang mudahh giler jalan kat sana. Highway 4 lane yang elok sangat. Tak scary langsung driving walaupun banyak pos kawalan tentera sepanjang jalan. Ok je asalkan dokumen cukup.

 

Tips nya, bila dah lepas border Thai, terus cari kedai jual simkad Thailand. Kat sana yang femes Dtac, Rm14 sahaja untuk data internet sehari. Boleh topup kat 7eleven je.

 

Kat simpang jalan ke kanan, lepas lalu imigresen Thai dah jumpa kedai jual simkad. Weahuuuu. Dah dapat internet settle, ada gps. Guna google maps atau waze, memang tak sesat langsung.

 

Tahu ni je pun dah ok, signboard banyak, ada tulisan rumi gak. Laluan untuk sampai ke Hatyai. Tempat tu lalu je tau, bukan masuk dalam.

 

Sg Kolok
>
Takbai (simpang ke kanan Takbai, ke kiri ke Narathiwat)
>
Narathiwat
>
Pattani
>
Hatyai (around 4 jam)
.
Kalau teruskan lagi jumpa Krabi (tambah 4 jam lagi), atas lagi Phuket.
.
.

 

Gi dengan kereta sangattttt JIMAT. Jauh la kalau compare naik flight atau train. Sebelum masuk border, isi minyak full tank sesiap. Sebab kat Thai minyak lagi mahal.

 

Biasa Rm80 dah full tank. Tapi kat Thai hari tu kami isi 780 baht (Rm97), untuk 3/4 tank (sebab dah ada sikit dalam tu). Total kos untuk minyak Rm177.

 

Memang berbaloi la kalau gi ramai naik kereta je. Bahagi 6 dewasa tong tong sesama baru dalam rm30 sorang.
.

Hatyai bagi Kak Chah tido semalaman pun dah ok. Tapi nak best lagi 2 malam la. Hotel situ banyak yang murah. Semalam rm100 je, dapat bilik yang besar dan bersih. Memang elok la.

 

Kat sana kami sempat ke:
– Khlong Hae Floating Market (buka 4ptg hingga malam, Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja). Sini best sebab banyak gile makanan Thai macam pulut mangga, jeli kelapa, seafood dan somtam. Murah je dalam Rm5 sepinggan. Berlambak makanan halal, heaven!

Nak shopping baju pun banyak.

 

Floating Market di Hatyai

Floating Market di Hatyai

 

– Asean Night Plaza (Buka dari petang hingga malam gak). Sini ada jual pakaian lelaki, perempuan yang elok dan harga sangat berbaloi. Kasut, selipar, handbag pun ada.

Nak makan pun sedap. Kami sempat cuba laksa Siam dan Nasi Gomak ayam (nasik kuning kunyit). Sedappp gile!

 

Asean Night Plaza di Hatyai

Asean Night Plaza di Hatyai

– Kimyong Market (6am – 6pm). Sini kalau pagi banyak jual sayur, buah dan lauk. Kami cari buah manggis dapat 3 kilo 100 baht (Rm10+). Pastu ada rambutan. Durian dah abes musim. Kuih pun sedap, dapat la jumpa yang halal (pasar ni tak banyak jumpa makanan halal).

Kat Hatyai gak banyak jual kacang cam pistachio, almond dan kacang gajus dengan harga yang murahhh dari tempat kita. Dry fruits pun banyak.

 

Kimyong Market Di Hatyai

Kimyong Market Di Hatyai

 

 

– Thai Massage, dekat dengan hotel kami. Murahhhh gile, 300 baht (Rm30+) untuk 1 jam setengah. Siap ada bilik private untuk yang Muslim. Besttttt sangat. Ringan je badan rasa. Cuma Thai Massage ni bukan aromatherapy wangi dan urut lembut tido bagai. Haha. Ni dia siap naik berdiri atas belakang kita. Kahkah

 

Spa di Hatyai Murah Je

Spa di Hatyai Murah Je

 

– Restoran Kai Tod Decha Seafood. Sebelum balik sempat gi makan special sikit sebab nak makan Thai Tomyam. Kami mintak Tomyam, ikan bawal goreng dengan mango salad, sotong celup tepung dan telur dadar udang. Recommended!

 

Pulut magga sedapnya

Pulut mangga sedapnya

 

 

Ni lah Kak Chah dengan teh berbuih keluar gelas

Ni lah Kak Chah dengan teh berbuih keluar gelas

 

– Otw balik sempat singgah pantai. Tapi kami tak turun pun sebab dah tengah hari. Panas woihh. Tengok view dari dalam kereta je, cantikkk. So lenkali kalau nak berkelah make sure pagi atau petang la.

 

– Municipal Park > ni kami tak gi. Sini ada kereta kabel dan boleh lawat Wat, few tokong Buddha yang besar jugak. Dah banyak kali naik kereta kabel, so rasa takpe la tak gi. Hihi, next time je la.

 

Ok la kan, short vacation dengan family, mak dan adik-adik. Hatyai ni memang tujuan datang untuk shopping dan makan. Tempat menarik takde la sangat. Kekonon feeling travel oversea. Haha

 

Recommended la korang gi jenjalan Hatyai. Untuk Muslim mudah nak makan. Dan semua harga jauh lebih murah, compare dengan Bangkok. Shopping pun best, murah dari tempat kita!

 

Ok, sekian saja perkongsian kisah percutian Kak Chah ke luar negara kali ini. Kah kah

>>>>>

 

Sekian perkongsian ye.

Jangan lupa follow Kak Chah di facebook Hafsah Mardhiah.

 

Banyak tips dia kongsikan termasuk tips bisnes.

 

Nak order Shaklee dari dia pon boleh. Dia merupakan salah seorang Master Coordinator Shaklee di dalam LAT Family.

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

013-9422527

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge