Bina Sistem Imun Yang Tinggi Secara Semulajadi

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana tak henti henti datang dapatkan info di zahirahhafizan.com. Hari ini saya ingin kongsikan tentang pentingnya sistem imunisasi badan.

 

Apa yang saya akan terangkan dengan lebih lanjut adalah apakah itu sistem imun?

 

Saya juga akan kongsikan tentang penyakit yang berkaitan jika sistem imunisasi rendah, faktor yang menyebabkan sistem imun menjadi rendah dan akhir sekali saya akan pergi kepada produk Shaklee yang sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan anda secara semulajadi.

 

Apa Itu Sistem Imun?

 

Sistem imun ini adalah sistem pertahanan badan daripada patogen.  Patogen ni kita boleh kategorikan sebagai bakteria, virus ataupun fungus yang masuk ke dalam sistem tubuh badan kita.

 

Sebenarnya, kita ada dua sistem pertahanan untuk badan kita.  Nanti saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

 

Sistem imun merupakan sistem yang sangat compleks sebenarnya sebab ia terdiri daripada sel, tisu dan juga organ tetapi misi untuk sistem imunisasi ini satu sahaja iaitu membunuh patogen yang masuk ke dalam badan.

 

Sebenarnya kalau kita pergi kepada komponen-komponen yang berkaitan dengan sistem imun memang sangat banyak dan sangat compleks sebab kalau kita nak cakap satu-satu kita boleh libatkan sel-sel seperti lymph nodes, spleen, bone marrow, limfosit dan banyak lagi.

 

Hari ini saya akan kongsikan sesuatu yang lebih mudah untuk difahami.

 

Komponen Badan Yang Terlibat Dalam Sistem Imun

 

  1. Kulit

 

Pertama sekali, kita akan tengok kepada sistem pertahanan badan yang pertama yang terdiri daripada kulit, membran mukus, jus gastrik, air mata, peluh dan air liur. Setiap komponen ini merupakan sistem atau fungsi pertahanan yang pertama untuk badan kita.

 

Organ yang pertama sebagai komponen yang menghalang patogen adalah kulit.  Jadi, kulit ini sebenarnya ia terdedah dengan udara yang lebih dekat sebab kulit kita merupakan organ yang terdedah. Kulit merupakan pertahanan yang pertama. Apabila kita bersenam dan mengeluarkan peluh, peluh itu mempunyai sifat antibakteria jadi ia akan membunuh patogen yang cuba untuk masuk melalui kulit.  Wah! Hebat kan Allah buat kulit kita ni.

 

  1. Membran mukus

 

Kemudian, yang kedua membran mukus.  Komponen ini pula akan membantu dalam memerangkap patogen.  Membran mukus ini terdapat di bahagian rongga hidung. Dan biasanya ia masuk melalui sistem pernafasan apabila kita tarik nafas diakibatkan kadang-kadang kita akan bawa masuk patogen sama ada virus, bakteria yang ada dalam udara.  Jadi, mukus yang ada akan memerangkap patogen dan membunuh patogen yang masuk tadi supaya ia dapat menghalang patogen itu dari memasuki bahagian paru-paru khasnya.

 

Wah! Jadi jangan tak suka mukus ni ok. Walau ia agak menggelikan namun ia bermanfaat.

 

  1. Jus Gastrik

 

Seterusnya, kita pergi kepada jus gastrik. Jus gastrik ini boleh didapati di bahagian perut kita.  Contohnya, bila kita makan makanan yang dah ada patogen dan bakteria, takkan kita nak masukkan bakteria itu ke dalam badan.  Sebenarnya sistem pertahanan badan kita yang ada dekat perut iaitu jus gastrik akan membunuh mikroorganisma yang masuk melalui makanan tadi.  Hakikatnya kan, banyak sistem pertahanan yang pertama awal-awal itu akan cuba untuk menghalang mikrofaj dari memasuki badan anda lebih dalam lagi.  Dekat sini kita dapat tengok kan ada kulit, mukus, jus gastrik, air mata, peluh dan juga air liur.

 

  1. Sel darah putih

 

Jika patogen tadi dapat melepasi sistem pertahanan yang pertama (selain sel darah putih) jadi sistem pertahanan kedua badan iaitu sel-sel darah putih memainkan peranan yang penting dalam melawan patogen tadi.  Jadi, kita nampaklah dekat sini sel-sel darah putih akan buat kerja bila betul-betul perlu.

 

Apabila virus, bakteria dan fungus yang masuk ke dalam badan jadi sel darah putih yang akan keluar untuk buat kerja.  Tetapi sel darah putih tidak boleh buat kerja sendirian.  Ia perlukan interferon untuk bagi isyarat supaya dia buat kerja.  Nanti saya akan jelaskan kepentingan nutriferon dalam penghasilan interferon. 

 

Kiranya ni peringkat terakhir dalam sistem imun.

 

4 Jenis Masalah Sistem Imun

 

Jika kita bercakap tentang individu yang mempunyai masalah sistem imun kita boleh kategorikan sebagai empat jenis.

 

  1. Sistem Imun yang sangat lemah sejak lahir

 

Yang pertama orang itu dilahirkan dengan mempunyai sistem imun badan yang sangat-sangat lemah ataupun sistem imun badan dia tidak berfungsi.

 

  1. Penyakit yang melemahkan sistem imun

Yang kedua dapat penyakit yang melemahkan sistem imunisasi badan contohnya virus zika.

 

  1. Miliki sistem imun yang sangat aktif

Yang ketiga pula ialah individu yang mempunyai sistem imun badan yang sangat-sangat aktif di mana ia boleh menyebabkan asma

 

  1. Sistem imun yang serang sel badan yang sihat

Yang keempat mempunyai sistem imunisasi badan yang akan menyerang sel badan yang sihat ini kita panggil auto immune disease.

 

Ada empat jenis tetapi yang biasa (nombor dua dan tiga) di atas biasanya kita boleh cegah dan boleh rawat. Untuk yang pertama dan keempat memang sangat-sangat istimewa lah.

Faktor Yang Melemahkan Sistem Imun Kita Secara Semulajadi

 

Sekarang kita akan pergi kepada faktor yang akan melemahkan sistem imunisasi kita secara semulajadi.

  1. Tidak cukup tidur

 

Yang pertama, tidak cukup tidur.  Ia boleh menyebabkan sistem imun badan kita lemah dan susah untuk dibaik pulih.  Jadi pastikan tidur anda cukup.

 

  1. Pemakanan yang tinggi dengan gula

 

Faktor yang kedua adalah pemakanan yang tinggi dengan gula.  Bila gula tinggi dalam badan ia menyebabkan darah kita pun tinggi gula. Jadi darah itu akan lebih manis. Sebab itulah bakteria ataupun kuman akan suka duduk dekat bahagian badan kita yang terdedah.

 

Sebagai contoh, apabila kita pegang pisau untuk potong sayur, terpotong jari jadi luka.  Bila luka bakteria akan masuk pada kawasan yang terdedah tadi. Darah yang manis menyebabkan bakteria suka duduk dekat situ. Ini menyebabkan kesukaran sel darah putih anda membuat kerja dan lebih susah untuk sel darah putih itu membunuh kuman yang terdapat di bahagian sel yang terdedah tadi.

 

  1. Stress ataupon tekanan

 

Faktor yang ketiga pula adalah masalah stress ataupun tekanan. Tekanan akan menyebabkan bilangan sel darah putih anda akan bekurangan secara semulajadi.  Jadi ambillah B Complex untuk kurangkan stress. Sebab tu lah sangat penting dalam tangani stress tau.

 

 

  1. Ubat-ubatan

 

Faktor keempat adalah daripada ubat-ubatan contohnya ambil antibiotik. Orang yang bergantung pada antibiotik untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan sistem imunisasi badan khasnya sel darah putih menjadi lemah sebab terlalu bergantung dengan drugs.

 

Jadi, dah tau dahla kan empat faktor yang akan mempercepatkan lagi ataupun mengurangkan lagi sistem pertahanan badan anda.

 

Salah satu faktor mendapat sakit jantung, diabetes mahupon kanser adalah disebabkan oleh sistem imunisasi badan yang rendah.  Ia menyebabkan keradangan dan menyebabkan penyakit-penyakit tersebut wujud.  Jadi, untuk mencegah pastikan sistem imunisasi badan anda sentiasa tinggi dan sebenarnya agak mengejutkan juga kalau kita tahu penyakit kanser sebenarnya dapat dicegah jika sistem imun badan kita tinggi.  Sel-sel darah putih mampu untuk merencatkan dan mengecilkan tumor sel badan.

 

Virus Zika Berkait Dengan Sistem Imunisasi Rendah

 

Kalau nak sentuh tentang penyakit lain kalau yang berkaitan dengan sistem imun kita boleh sebutkan tentang virus zika.  Virus zika disebabkan oleh nyamuk aedes yang bawa virus itu dia akan bagi virus kepada manusia.  Kalau kita nak cegah daripada mendapat virus ini sebenarnya kita kena pastikan kebersihan tiada tempat menternak nyamuk.

 

Yang kedua pastikan sistem imunisasi badan anda sentiasa tinggi untuk melawan apa sahaja patogen yang masuk tetapi secara klinikal malah doktor dekat Malaysia pun ada cakap virus zika ini sebenarnya tiada lagi rawatan yang khusus untuk virus ini.  Jadi, untuk mengelakkan anda senang dapat jangkitan ini pastikan sistem imun anda sentiasa tinggi.

 

Produk Shaklee Bagi Tingkatkan Sistem Imun

 

Produk yang sangat sesuai bagi meningkatkan sistem imun secara semulajadi kita ada Nutriferon.  Jadi, saya akan cerita dengan lebih lanjut kelebihan dan keunikan Nutriferon berbanding dengan interferon secara suntikan.

 

Nutriferon diperbuat daripada empat jenis ekstrak tumbuhan yang saya sertakan tadi iaitu Biji labu, Bunga Japanese Honey Suckle, Bunga Safflower dan juga Biji Plantago.  Fungsi keempat-empat ekstrak tumbuhan ini bila digabungkan dan diambil ekstraknye ia akan bantu untuk menghasilkan interferon secara semulajadi dalam badan.

 

Bagaimana interferon berfungsi?

 

Interferon akan berfungsi apabila sel badan kita dimasuki oleh bakteria. Sistem pertahanan badan yang pertama berjaya dilepasi dia akan pergi kepada sistem pertahanan badan yang kedua yang melibatkan sel darah putih.

 

Sel darah putih tidak dapat kesan virus masuk. Yang boleh kesan virus masuk adalah interferon.  Jadi, interferon ini akan bagi isyarat supaya sel darah putih itu keluar untuk buat kerja dan bunuh bakteria yang masuk tadi.  Itulah fungsinya interferon dalam badan kita.

 

Apa Kaitan Interferon dan Nutriferon?

 

Nutriferon telah ditemui oleh seorang Imunologist iaitu Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954 dan doktor ini sebenarnya telah buat penyelidikan selama 40 tahun untuk menghasilkan produk ini.  Sebenarnya beliau telah mengambil lebih 200 ekstrak herba diuji secara klinikal untuk lihat mana satu herba tumbuhan yang akan membantu untuk meningkatkan interferon dalam badan dan akhir sekali beliau menjumpai empat jenis tumbuhan tadi.  Apabila digabungkan interferon dalam badan kita akan meningkat secara semulajadi.

 

Nutriferon Interferon

Nutriferon Interferon

 

Untuk pengetahuan anda, interferon boleh juga didapati secara farmaseutikal secara suntikan dekat hospital.  Biasanya doktor akan bagi kepada pesakit yang sangat-sangat memerlukan seperti rawatan kanser, HIV, Hepatitis dan juga schelorosis.

 

Jadi, kalau ambil secara farmaseutikal biasanya interferon ini sejenis dadah dan ia sangat-sangat bertoksik kepada badan. Harganya memang sangat-sangat mahal.  Saya pernah terdengar seorang kawan yang mengatakan doktor memang suruh ambil suntikan ini dan satu suntikan untuk tiga tahun lepas berharga RM6,000. Namun kita sangat bertuah sebab kita kenal interferon semulajadi iaitu daripada Nutriferon dari Shaklee ni yang harganya tak sampai RM200 pon untuk 30 paket.

 

 

Bersama Dr Kojima pencipta nutriferon Shaklee

Bersama Dr Kojima pencipta nutriferon Shaklee

 

Jika kita mengambil Nutriferon, interferon dalam badan kita akan ditingkatkan secara semulajadi tanpa ada tambahan apa-apa kimia ataupun toksid yang masuk. Jadi, anda bolehlah mengambil Nutriferon setiap hari untuk pastikan sistem imun badan kita sentiasa tinggi.

 

Nutriferon nutrition

Nutriferon nutrition

 

Sebenarnya harga Nutriferon sangat-sangat murah kalau nak dibandingkan dengan suntikan interferon.  Suntikan interferon hanya boleh diambil oleh pesakit yang sangat-sangat kronik tetapi kalau Nutriferon tak perlu sakit kronik anda boleh ambil setiap hari.

 

Kelebihan Nutriferon yang lain adalah ia telah dipatenkan sebab tiada lagi syarikat yang menghasilkan Nutriferon yang sama macam Shaklee. Ia juga telah terbukti secara klinikal kerana telah dibuat ujian klinikal selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Jepun.

 

 

Pencipta Nutriferon Shaklee

Pencipta Nutriferon Shaklee

 

Gabungan nutriferon dengan Vitamin C, Zink dan garlic sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun pada tahap yang tertinggi. Ini kerana Vitamin C ini merupakan juga makanan kepada sel darah putih. Nutriferon akan bantu untuk penghasilan interferon iaitu sejenis protin

 

Nak tau kelebihan biji labu yang ada dalam nutriferon? Boleh klik sini.

 

Dah jelas sekarang berkenaan Nutriferon?

 

Ingin dapatkannya sekarang?

 

Boleh hubungi nombor di bawah untuk dapatkan harga istimewa.

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

013-9422527

2 Responses to “Bina Sistem Imun Yang Tinggi Secara Semulajadi”
  1. Raihanah 20 July, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge