Selamat Hari Bapa, Abah

Sejak kenal dia, saya tak pernah pandang orang lain dah. Hehe. Amboi ayat.

 

Eh, betol. Walau orang lain handsome dari dia pon, saya nampak dia je.

 

Sebab saya tahu saya perlu jujur dalam berumahtangga.

 

Walau dia bukan seorang yang tiap waktu duk sebut “I love you” kat saya, namun saya tau dia sayangkan saya dan anak anak.

 

Kami sayang abah selamanya

 

 

Dia ikutkan saja apa yang kami mahukan. Selalu menjadi imam yang ada bersama kami. Sering ingatkan kami apa perlu buat dan tidak.

 

Dia seorang yang berpandangan jauh. Selalu je dia tarik saya balik andai dah nampak macam sesat jalan. Set up balik strategi bisnes sama-sama.

 

Abah yang penyayang

 

Hari demi hari dia mula mengerti hati isteri dan anak anak. Hari demi hari memang saya dapat lihat kesungguhannya untuk menjadi abah yang lebih baik buat anaknya setiap hari. Juga suami yang lebih baik.

 

The person we really love

 

Kerja rumah kami lakukan bersama. Even mandikan anak, pakaikan pampers anak, pakaikan baju anak. Semua dia  mampu lakukannya tanpa saya minta. Apatahlagi bila minta

 

 

 

Terima kasih apa kerana sentiasa ada bersama kami setiap masa. Anak anak pon sangat rapat dengan abah. Kami sayangkan abah sampai bila bila.

 

 

Terima kasih kerana ajar kami hal dunia dan juga akhirat.

 

Selamat Hari Bapa, abah

 

Salam sayang,

Your life and akhirah partner,

Nur Zahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge