Trip Percuma Ke Japan Bersama Shaklee

Alhamdulillah syukur. Hasil dari usia tahun lepas, kami dapat juga merasa trip untuk ke Jepun pada tahun ini. Syukur tak terkata tau. Walau cabaran dalam bisnes ni tak henti-henti, Allah tetap juga berikan kami rezeki ini. Alhamdulillah.

 

Shaklee hadiahkan kami jaket sejuk yang super ringan untuk memudahkan kami packing tau. Juga baju tshirt Shaklee untuk dipakai semasa di sana nanti untuk bergambar bersama sama. Kedua-duanya adalah tajaan Shaklee jenama Uniqlo.

 

 

Jaket Shaklee Bagi Percuma

Jaket Shaklee Bagi Percuma

 

Seramai 8 orang team kami yang hadir sama ke trip kali ni. Pertama kali kami semua pilih trip yang sama. Kalau tahun-tahun sebelum ni, ada yang pilih umrah dan Orlando. Selalu je tak sama hehe. Namun kali ni bila Shaklee annouce untuk ke Jepun, wah! Semua leader LAT Family yang layak  pakat pilih Jepun 🙂

 

 

Legasi Anugerah Terindah Founder - Master Hafizan

Legasi Anugerah Terindah Founder – Master Hafizan

 

Nilah 8 orang team kami yang sama-sama ke Jepun baru-baru ni. 🙂 Memang trip ni banyak jalinkan ukhwah antara kami. Dan trip ni alhamdulillah banyak boleh buat kami rungkai lagi perjalanan kami dengan lebih baik dalam bisnes ini 🙂

 

LAT Family Japan

LAT Family Japan

 

Shaklee sponsor 6 dari kami naik flight Thai Airlines. Kali pertama tau kami merasa flight ni. Dan kali pertama jugak kami transit kat Bangkok hehe. Boleh lah kenal Airport Bangkok. Tahun depan insyaallah gi Bangkok sekali untuk Region Trip. 2 orang lagi naik dari Penang transit ke Singapore.

 

 

Kat Bangkok kami sebenarnya tak tunggu lama pon. Cuma tukar gate saja. Sebab nak ke Nagoya Airport, Jepun tu kena tukar flight yang lebih besar. Flight kami 2 tingkat. Even Thai Flight jugak hehe. Dalam flight bolehlah kami merasa masakan Thai asli. Huwaaa. Nak nangis! Sedapnya la hai :). Of course bukan tomyam lah yang disediakan ni. Haha.

 

Sampai je kami di Nagoya Airport, selepas masukkan semua barang ke bas, terus kami diberikan sarapan yang cukup best hasil dari air tangan Jepun!

 

Namanya onigiri. Nasi di dalamnya bersama ikan tuna. Dapat 2 ketul dah kenyang. Makan satu biji pon dah macam makan sebungkus nasi rasanya tau. Cukup kenyang! Shaklee ada sediakan juga teh hijau tanpa gula. Sebab tu orang Jepun ramai yang umur panjang sebab mereka suka minum teh hijau. Jika kita di Malaysia ni rata-rata umur paling tua pon dalam 70 lebih kan. Namun di Jepun, rata-rata meninggal pada usia 80 lebih.

 

 

Sarapan Shaklee sediakan di jepun

Sarapan Shaklee sediakan di jepun

 

 

Onigiri Japan

Onigiri Japan sedap tau

 

Dari Nagoya Airport, kami terus di bawa ke Toki Premium Outlet. Kat sana, banyak barang branded yang boleh diperolehi dengan harga murah-murah tau. Tapi takde lah murah sampai berpuluh hinggit hehe.

 

Shopping kat Toki Premium Outlet

Shopping kat Toki Premium Outlet

 

Shopping baju anak

Shopping baju anak

 

Selesai bershopping di sini jam 3 petang. Gerak terus ke Gero Suimeikan Hot Spring. Ambil masa dalam 2 jam setengah juga nak sampai ke sana. Di sini kami akan bermalam untuk 2 malam.

 

Ok nanti kat Gero saya sambung cerita pulak ok.

 

Seronok tau pergi Jepun ni. Free tu lah yang lagi seronok hehe.

 

 

Salam sayang

Master Ira

013-9422527

 

 

 

 

 

 

 

 

6 Responses to “Trip Percuma Ke Japan Bersama Shaklee”
  1. Hanny Abdullah 4 June, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 July, 2017
  2. Mama pipie 7 June, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 July, 2017
  3. Mazni Azmi 30 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 5 September, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge