Tips Berjaya Dalam Karier

Untuk berjaya sememangnya kita perlu berikan komitmen.
Tak ada jalan pintas walau kita buat bisnes apa sekalipon.
Tak ada jalan singkat walau kita dalam kerjaya apa sekalipon.

 

Ramai orang memandang seseorang setelah dia berjaya. Tidak pula melihat apa yang pernah dilaluinya.
“Wah, baguslah dia tu. Lajuu berdesup!”

 

Percayalah. Setiap orang diberikan ujian setimpal dengan apa yang dia terima.
Allah tidak pernah pilih kasih.

 

Kadang kadang Allah berikan dulu semuanya pada hambaNya dengan mudah.
Kerana Allah mahu menguji adakah nikmat kekayaan itu disyukuri oleh hambaNya atau makin mendabik dada umpama semuanya ini hanya kerana usahanya.

 

Adakala Allah uji habis habisan seseorang itu terlebih dahulu sebelum diberi nikmat.
Kerana Allah mahu menghapuskan segala dosanya.

 

Nur Zahirah

Nur Zahirah

 

Allah mahu dengar tangisannya.
Allah mahu dia tahu yang setiap usaha itu sebenarnya atas izinNya.
Bukan sebab kita hebat pon walau marketing kita power.
Itu hanya kebetulan. Hanya asbab.

 

Kerana Allah yang buat ia menjadi dengan tangan kita. Bukan bererti kerana kita hebat.
Sebenarnya itu ujian dariNya yang halus buat kita.

 

Andai kita terus nampak itu sebenarnya dari Allah, kita tidak akan sombong dan alpa.
Kita tidak akan berbangga kerana kita terlalu laju dan orang lain perlahan.
Kerana kita tahu setiap orang adalah berbeza.

 

Begitulah kita dalam bisnes mahupon karier. Jangan kita mendabik dada dan terlupa yang memberi kepada kita itu adalah Allah.

 

Nur Zahirah,
Pengalaman mengajarnya erti kehidupan

 

Nak order Shaklee dengan harga istimewa?

Boleh hubungi nombor ini ye.
013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge