15 Fakta Tentang Vivix Yang Orang Selalu Tanya

Pagi ni saya memang nekad nak gali lagi pasal vivix. Sebab saya tahu saya belum gali habis lagi pasal vivix. Jadi apa lagi, saya pergi lah ke blog otai Vivix team LAT Family iaitu Coordinator Raihanah. Tau tak dia dah buat post pasal Vivix lebih dari 250 post tau. Lunyai mak Shaklee dia rasa. Tak leh jadi ni. Kena duplicate anak sebab kami miliki fokus yang sama.

 

Hari ni saya nak kongsikan mengenai fakta tentang vivix yang orang selalu tanya. Dikongsikan dari otai sharing vivix Coordinator Raihanah juga ni sikit sikit.

 

15 Fakta Tentang Vivix Yang Orang Selalu Tanya

15 Fakta Tentang Vivix Yang Orang Selalu Tanya

 

Fakta Tentang Vivix Yang Orang Selalu Tanya

 

Soalan 1 : Apa itu Vivix? Kenapa dia glamor sangat ni?
Jawapan 1 :  Vivix adalah campuran polifenol yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal semulajadi yang diambil dari tumbuhan. Ia mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel

 

Soalan 2 : Apa bahan-bahan dalam Vivix yang buat ramai sangat teruja untuk menggunakannya?
Jawapan 2 : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari.

Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal

 

Soalan 3 : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
Jawapan 3 : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar.

 

Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

 

Soalan 4 : Apakah polifenol?
Jawapan 4 : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan phytonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia

 

Soalan 5 : Apakah resveratrol?
Jawapan 5 : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah.

Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia.

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme 

 

Soalan 6 : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

Jawapan 6 : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan.

Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan.

Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine.

Kajian makmal mendapati bahawa campuran ini 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol

 

Soalan 7 : Adakah Vivix produk antioksidan?
Jawapan 7 : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan

 

Soalan 8 : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
Jawapan 8: Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

 

Soalan 9 : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?
Jawapan 9 : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal. Ia boleh diambil 2 sudu teh setiap hari.

 

Soalan 10 : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
Jawapan 10 : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.

 

Soalan 11 : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
Jawapan 11 : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

 

Dan sudah semestinya doktor itu perlu tahu betol betol apa itu Vivix. Sebab ramai je doktor yang tak tahu pasal Vivix ni dan bagi nasihat yang bercanggah dengan kebenaran.

 

Soalan 12: Bagaimana Vivix Membantu?

 

Jawapan 12: Kita boleh berusaha untuk membaikpulih satu satu penyakit dengan mengambil vivix kerana vivix ni membantu dalam membaikpulih sehingga ke peringkat sel. Kiranya, vivix turun pergi ke sel paling kecil tu dan baiki dari asasnya lagi.

 

Bila macam tu, setiap penyakit itu akan dibaik pulih secara semulajadi dengan perlahan-lahan. Namun penjagaan makanan dan tabiat hidup sihat perlu dititikberatkan tau. Bukan bermakna selepas ambil Vivix ia menjadi lesen besar untuk tidak menjaga kesihatan. Vivix ni suplimen. Tugasnya tak sama macam ubat. Sungguh berbeza :).

 

Soalan 13: Boleh ke ambil Vivix je? Tak Perlu Ambil Ubat hospital dah?

Jawapan 13: Walau dah ambil Vivix, perlu konsisten ambil ubat yang doktor berikan. Berhenti hanya setelah doktor sarankan untuk berhenti. Jangan memandai tau berhenti ambil ubat yang doktor dah berikan terutama mereka yang ada masalah kronik. Kerana fungsi ubat dan vivix berbeza. Ubat ada dadah, vivix suplimen tanpa dadah. Cara merawat adalah berbeza.

 

Soalan 14: Siapa yang perlukan Vivix?

Jawapan 14: 10 orang pesakit yang memerlukan VIVIX

1. Pesakit kencing manis
2. Pesakit darah tinggi
3. Pesakit jantung
4. Pesakit yang menderita sakit sendi
5. Pesakit SLE
6. Pesakit radang usus
7. Pesakit nyanyuk
8. Pesakit gout
9. Pesakit kanser
10. Pesakit lemah daya tahan penyakit

 

Bagaimana Vivix membantu masalah kronik? Baca di sini ye.

 

Soalan 15: Orang sihat boleh ke ambil vivix?

Jawapan 15: Vivix adalah suplimen. Tujuannya adalah untuk mencegah dari ada masalah kesihatan. Tak kisahlah masalah kesihatan macamana. Kalau orang dah alami masalah kesihatan, Vivix bantu baikpulih kesihatannya tu supaya tak menjadi lebih parah.

 

Nota penting: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Jadi dah boleh fahamlah kan betapa pentingnya dan bermanfaatnya Vivix ni pada kesihatan kita.

Nak cuba Vivix dengan harga istimewa? Ada offer ni saya nak bagi. Bertindak segera ye.

 

Hubungi nombor di bawah sekarang. Save terus nombor ni.

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

One Response to “15 Fakta Tentang Vivix Yang Orang Selalu Tanya”
  1. Nurulainazmi 7 May, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge