Pelan Pemakanan Yang Sihat Untuk Tujuan Detoks

Menyusuri dari post saya berkenaan dengan Perlukah Kita Detoks  ini, saya kongsikan pula apa keistimewaan Total Detox Solution bersama Shaklee pula.

 

Selalunya kalau kita beli apa-apa bahan untuk detoks di pasaran, konsepnya macam ni.

 

“Awak minum ni selama 3 hari. Lepas tu selesai”

 

Errrkk. Tahukah kita yang toksin dalam badan kita ni bukan bila dibuang selama 3 hari ia dah hilang selamanya tau. Terlalu banyak di luar sana yang sedang menunggu untuk serang sel badan kita ni. Kalau selepas detoks kita mula makan makanan merapu banyak-banyak balik, sama juga lah macam  badan kita tak detoks sebelum ni.

 

Dalam Shaklee, kita memang ajar sekali semua cara pemakanan set detoks tau termasuklah pemakanan setiap hari nak makan apa bagi tujuan detoks yang berkesan. Selama 30 hari! 

 

Contoh hari pertama kita galakkan ambil 6 serving sayur segar dan 4 buah-buahan. Ada cara yang tepat untuk jalani detoks ni agar badan kita dapatkan yang terbaik.

 

Pelan Pemakanan Sepanjang 30 hari detoks

Pelan Pemakanan Sepanjang 30 hari detoks

 

Plan ni diberikan selama 7 hari. Dan digalakkan untuk ikutinya sehingga hari ke 30 dengan mengikut menu pada hari ke 7 tu. Siap ada resepi lagi hehe. Kerlass kan Shaklee. Kami tak main campak je pengguna kami tau. Kami tatang mereka bagaikan minyak yang penuh. Jaga elok-elok. 🙂 Sebab konsep kami dalam Shaklee adalah membantu pengguna Shaklee itu semakin sihat dalam segenap segi. Ini namanya servicing 🙂 Bila buat macam ni, sangatlah memberi kesan yang positif kepada diri sendiri tau. Termasuklah kesihatan, saiz badan dan juga berat badan.

 

Bila kita lakukan ini selama 30 hari berturut-turut, ia akan menjadi habit kita. Ia akan tertanam dalam attitude kita dalam memilih makanan yang sihat setiap hari tau. Dah rasa tak sedap nak makan benda merapu, dah rasa tak sedap nak hisap rokok. Kuncinya adalah lalui sendiri pengalaman Total Detox Solution by Shaklee ini.

 

Saiz pinggan sihat

Saiz pinggan sihat

 

Ini saiz pinggan yang sepatutnya kita semua gunakan dalam pemakanan kita setiap hari. Errkkkk. Hehehehe. Macam ni ke pinggan kita daily ye? Haa..kalau nak sihat, memang kena ingat rupa pinggan ni setiap kali makan tau. Kiranya nasi kita tu hanya 1/4 saiz pinggan. Banyakkan sayur dan buah hingga separuh saiz pinggan. (Buah sedaplah. Sayur kena fikir banyak kali juga ni. Ehhh saya lah tu. ). Lauk pauk dan lain-lain pon saiz 1/4 dari pinggan.

 

 

 

Hidangan buah-buahan Untuk tujuan detoks

 

3 hidangan sayur-sayuran, 2 hidangan buah-buahan, 2 hidangan protin, dan 2 hidangan karbohidrat.

 

Bagaimana Rupa Saiz Setiap Hidangan Ni?

 

Saya tahu kalau orang macam saya yang tersangatlah tak ambil kisah pasal perkataan hidangan sebelum ni, memang rasa blur sikit berkenaan hidangan yang tepat ni. Haa ni saya kongsikan buat anda.

 

1 hidangan sayur-sayuran bersamaan dengan 250ml. Shaklee gunakan konsep cawan.

 

1 hidangan sayur-sayuran bersamaan dengan :

1 cawan sayur  berdaun yang tidak dimasak

1 cawan sayur tidak berdaun yang tidak dimasak

1/2 cawan sayur berdaun yang dimasak

 

Hidangan Sayuran Untuk tujuan detoks

Hidangan Sayuran Untuk tujuan detoks

 

Kiranya setiap hari pilih 3 hidangan dari saiz ini.

 

Untuk hidangan protin pula, pilih 2 dari sini antaranya:

1/2 saiz tapak tangan untuk dada ayam

2 keping tafu

2 biji telur

1 saiz tapak tangan untuk tuna

1 saiz sederhana untuk ikan

2 keping keju

1 saiz telapak tangan daging lembu

2 scoop Cinch Shake Shaklee (ni memang giler giler rasa kenyang fuhhhh)

3 sudu makan ESP (Ni pon kenyang sangat. Sangat untung pilih ESP dan Cinch Shake sebagai hidangan protin semasa detoks)

 

Hidangan Protin Untuk tujuan detoks

Hidangan Protin Untuk tujuan detoks

 

Untuk hidangan karbohidrat pula, boleh pilih 2 antara ini. Saiz mangkuk adalah 250ml je tau. Bukannya mangkuk free dari Colgate tu. Heheh.

1 mangkuk nasi putih

1 mangkuk oatmeal

2 keping roti (rugi ni. Tak berapa kenyang kikiki)

3 keping biskut (ni lagi rugi ahaha)

1 mangkuk bijirin

1 mangkuk mi

 

Hidangan Karbohidrat Untuk tujuan detoks

Hidangan Karbohidrat Untuk tujuan detoks

 

Haa dah selesai untuk protin, karbohidrat, dan sayuran. Kini kita bincang pula saiz hidangan untuk buah-buahan. Saiznya adalah yang sederhana ok.

 

1 biji epal (bukan saiz epal fuji tau awakkk 😛 )

1 biji pear

1 biji oren

1 keping tembikai susu ( ingat satu keping je. Makan dijual di kedai buah tu. Bukannya 1 biji tembikai susu ye )

1 keping tembikai (macam saiz tembikai susu la jugak ni)

1 biji belimbing

8 biji strawberi

8 biji anggur

1/2 biji jambu batu

1 biji pisang saiz sederhana

 

Hidangan Buahan Untuk tujuan detoks

Hidangan Buahan Untuk tujuan detoks

 

Haaa inilah bestnya set detoks Shaklee 🙂

 

Kesannya?

 

bestnya detoks Shaklee

bestnya detoks Shaklee

 

Jangan terkejut nanti orang puji anda ye. Lagi lagi buah hati. Bos pon akan perasan nanti perubahan kita. 🙂 Sebab apa? Sebab kita dah bersihkan segala toksin yang masuk dalam organ detoks kita. Organ detoks kita yang 5 tu dah mula hidup dengan ceria balik sebab dah diservis dengan layanan 5 bintang gitu. Panjang umur lah dia kan 🙂 . Maksud di sini kita akan miliki mereka yang sihat. Dan sudah tentu kita pon sihat sama.

kesan detoks shaklee

kesan detoks shaklee 

 

Ini full set detoks Shaklee tau. Sangat bestttt!!! Saya dah rasa semua vitamin ini. Ia memang membersihkan dalam saya. Saya dapat rasa tu tau.

 

Set detoks Shaklee

Set detoks Shaklee

 

 

Nak cuba set ini sekarang? Boleh juga hadiahkan kepada mak dan ayah kita kerana mereka dah lama hidup, namun sudah tentu tak pernah servis pon 5 organ detoks mereka ini. Kesian kan kat diorang ni. Sebab tu mereka mudah sakit. Jadi kita hadiahkan lah kat diorang. Mereka sihat, kita pon senang hati kan 🙂

 

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

Follow FB saya: Nur Zahirah

Baca >> 21 sebab saya patut anda pilih jika anda mahu berbisnes Shaklee mahupon hanya makan Shaklee. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge