Nak Berjaya Dalam Shaklee Apa Perlu Buat?

Ada orang tanya Kak Zeq,

“Kenapa dalam Shaklee kena selalu pergi kelas?”

Hmm. Ok Kak Zeq nak cerita ye. Ni rahsia kami di syarikat minyak terulung di Malaysia tau. Sebab Kak Zeq dari sana sebelum berShaklee😀. Anak didik Petronas dari kecik sampai ke dah anak 3😀.

Di Petronas, setiap staff diwajibkan untuk hadir course (maknanya ni kelas lerr). Setiap course minimum sehari 8 jam. Maksimum boleh sampai 5 hari.

Eh, course ni bukan di lokasi di mana kita bekerja je. Macam Kak Zeq dulu di Carigali Miri, Sarawak. Kak Zeq kena terbang ke Kuala Lumpur, ke Kerteh, ada juga ke Bintulu dan ke Kota Kinabalu untuk hadiri course ni.

“Rajinnya!!!”

Eh, bukan setakat kena rajin. Ni tahap wajib lah hehe.

Setiap awal tahun Kak Zeq mesti bincang pasal KPI (Key Performance Indicator) dengan big boss Kak Zeq. Bincang course apa Kak Zeq perlu hadir untuk tujuan development diri Kak Zeq.

Kak Zeq ni tak reti bercakap? Haaa kena pergi course Communication skill. Kak Zeq belum pakar dalam Realibility? Haaa. Kak Zeq kena attend course tu memandangkan Kak Zeq dalam background Mechanical.

Setiap hujung tahun akan berbincang pula dengan boss Kak Zeq pasal KPI ni dah capai belum. Kiranya semua course ni merupakan tambahan kepada kerjaya Kak Zeq. Bonus dapat ke tak pon tengok berapa banyak tercapai KPI tu. Gaji tahunan banyak mana naik pon tengok performance ni juga.

Dalam Petronas, setiap staff bukan hanya dididik kerja saja tak yah belajar. Eh takk. Kami pon masuk kelas la. Dengar pakar bercakap dan menyampaikan ilmu. Balik dari course tu kami kena apply. Course pula harganya ribuan ringgit wooo.

Sebab nak jadi otai dalam bidang kita tu, sudah pasti kita perlu tambah ilmu.

Sebabnya kita memang kurang ilmu. Bukan semua kita tahu pon kan.

 

Mentor dalam Shaklee

 

Sebab tulah dalam Shaklee, memang kena hadir ke kelas.

Kelas apa ye nak kena hadir ni?

💄 Kelas nutrisi. Kita mesti tahu pasal produk kita

👠 Kelas anjuran Shaklee untuk tahu pasal Shaklee plan buat kita. Juga peluang dalam Shaklee yang kita boleh dapat. Kalau tak tahu camne kita nak dapatkannya?

👛 Kelas strategi yang dianjurkan oleh upline atau mentor Shaklee kita. Bila kita hadir ke kelas, kita akan bertemu dengan orang lain. Di sini cross coaching boleh kita dapat. Bape banyak ilmu ni boleh dapat ni.

👗Kelas story telling dan development untuk bisnes Shaklee.

👑 Kelas untuk jadi otai dalam blogging

Hasilnya?

👒 Kita refresh! Kita bersemangat! Kita ada spirit yang baru! Kita dah boleh bunuh segala fikiran negatif yang banyak bersarang dalam diri kita selama ini.

👡 Kita semakin yakin dengan Shaklee. Kita semakin yakin dengan apa yang kita buat. Kita semakin nampak harapan itu dengan jelas. Kita tahu di mana mahu bermula. Kita tahu di mana arah tujunya.

👑Kita work in team dengan sangat gembira. Bila kita gembira, aura kita semakin positif! Kita berkawan dengan orang positif! Kita semakin fokus dan yakin dengan kemampuan diri kita.

Sepanjang hampir 6 tahun Kak Zeq berShaklee ni, memang banyak beza antara orang yang pergi kelas dengan tak pergi kelas.

Lagi banyak beza antara orang yang pergi kelas tanpa bertindak dengan orang yang pergi kelas dan bertindak.

Lagi giler giler banyak beza antara orang yang pergi kelas yang bertindak sekali dengan yang pergi kelas dan bertindak berkali kali dengan konsisten tanpa putus asa.

Online..online jugak. Kita manusia. Kena bertemu depan depan juga. Kelas online pon banyak jugak ni. Boleh hadir untuk update ilmu kita😁

Dapat mesej yang disampaikan?

Mesti mendatangi ilmu jika kita mahu berjaya dalam bisnes mahupon kerjaya.

Ni kat utara ada kelas tak lama lagi by Master Hj Roslan. Grab it!

#TipsBisnesKakZeq
#MentorShakleeBerstrategi

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge