Kasih Anak Pada Maknya

Alhamdulillah.
Balik satu malam ziarah mak yang tak sihat memang mengubat sungguh sungguh jiwa anak yang maknya sentiasa di hatinya walau nun jauh di mata.
Walau terpaksa pontengkan sekolah anak-anak kami untuk 2 hari ni tak apa lah asalkan puas hati tengok mak depan mata. Kita qada homework mandarin sama-sama ok haha.
Perjalanan 5 jam dari Kemasik ke Kota Bharu dirasakan tak terlalu lama macam biasa. Tak sabar-sabar sampai ke rumah.
Satu beg penuh vitamin Shaklee saya bawa balik. Memang lain dirasakan bila kita sendiri beri pada mak kita berbanding pesan kat diorang je untuk diorang ambil sendiri.
2 hari lepas adik hantar gambar mak berada di wad sementara akibat demam yang tiba-tiba serang mak. Mak makan antibiotik pon termuntah balik.
Doktor buat ujian darah malam tu jugak di unit kecemasan. Dup dap dup dap tunggu adik update apa status ujian darah mak. Mak kena jangkitan tonsil rupanya. Tonsil mak dah bernanah. Sebab tu kena on antibiotik.

 

Mak kesayangan

Mak kesayangan

 
Malam tu saya memang tak dapat tidur lena walau mak dah balik ke rumah. Malam-malam pon masih on call dengan adik di rumah.
” Fir pastikan mak makan omegaguard 5 biji, ostematrix,vivix, GLA. Nutriferon dan vitamin C Ada lagi tak tu? ”
Mak saya ni, kalau dia boleh tahan memang dia tahan sungguh sungguh. Ibu beranak 8 tanpa orang tua macam ni lah. Dalam pantang baru 3 hari pon mak dah turun berus lampin sendiri.
Masak pantang sendiri sebab ayah tak boleh cuti lama-lama. Anak kecil kecil 8 orang rapat-rapat. Saya sendiri pon tak sanggup nak bersalin dan jaga hingga 8 anak. Mak saya dah laluinya. Fuhh. Memang tabik spring. Toink toink.

 
4 kali masuk labour room pon dah gegar jiwa. Inikan pula 8 kali bertaruh nyawa di situ.😅😅

 
Alhamdulillah mak dah semakin baik. Jarang sekali mak sakit melainkan demam urat ( tak berpantang mana ni akibatnya😅). Namun yang buat kami risau lebih adalah mak muntah-muntah sekali. Risau mak terkena denggi. Sebab tu bila adik cakap darah mak semua ok pon saya tetap nak balik ziarah mak.

 
Alhamdulillah semua dah lega. Tenang hati sesejuk salji dah bila lihat keadaan dah macam biasa malah lebih baik dari itu.
Sekarang kami on the way balik ke Kemasik. Doakan perjalanan kami dipermudahkan.

 

Salam sayang,

Master Ira&Hafizan

013-9422527

Follow facebook saya: Nur Zahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge