ESP Penyelesaian Kepada Banyak Masalah

Laku keras ESP ni sekarang. Yelah, stok dah habis kan. Ni pon ada saki baki sikit je lagi dengan saya.
Saya suka amalkan ESP ni untuk ganti menu breakfast saya.

 

Selalu main hentam je yang kurang sihat macam nasi lemak la nasi minyak la. Bila macam tu, kolestrol saya naik tau.

 

Satu satunya cara nak turunkan kolestrol adalah ubah cara makan. Kalau tak, makan berapa botol Omegaguard pon tak jadik sebabnya asyik tinggi kolestrol kan.

 

Jadi bertukar lah saya kepada ESP ni.

 

Bila ambil ESP ni, memang nampak sangat kesannya tau. Kesan yang sungguh meruntun jiwa.

 

Saya sudah bebas dari masalah kolestrol. Sampai doktor cakap bagus sangatlah tahap kolestrol baik saya ni (sebab saya ambil Omegaguard sekali untuk bina kolestrol baik).

 

Mana taknya, ESP ni fungsinya membantu dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah kita.

 

Ia lengkap dengan unsur kalsium yang juga bagi tujuan bagi elakkan tulang rapuh kruk kruk tau. Hihi.

 

Satu lagi yang saya perasan pasal ESP ni bila saya menggunakannya.

 

Tenaga saya lebih lama tau. Alah, pendek kata ngauman nasi lemak ke, nasi minyak ke…tak bagi kesan sangat kat saya hihihi. Saya jadi kebal tanpa amalkan ilmu kebal. Hahaha

 

Jadi bagus sangatlah bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan😀.

 

Saya pernah tinggalkan ESP. Rasa dia memang lain. Nyesal sampai sekarang tau.

 

Bila saya tinggalkan ESP dalam masa 2 ke 3 hari pon, saya dapat rasa perbezaan pada kulit saya tau.

 

Kulit mulai kusam. Jerawat mula naik. Yelah, nampak sangat kulit dan badan tak cukup protin. Sebab ESP ni kan protin lengkap. Kalau seharian asyik nak ngunyah protin bagi tujuan cukupkan nutrisi protin harian, memang tak buat keje lain lah jawabnya haha.

 

Sebab tula ESP ni membantu dalam menjadikan kulit kita lebih berseri banyak banyak 😀. Juga bantu membentuk sel kulit yang baru yang lagi cantik. Tinggalkan sel kulit yang lama dan mati tu.

 

Sebab tulah kulit boleh jadi makin tegang dan kurangkan kedutan hingga ton kulit juga sekata.

 

Kulit Berparut…Benci!

 

Meh nak gitau, kalau kita ada masalah parut mahupon jerawat kan, kita sangat sesuai ambil ESP ni. Boleh buat kulit kita yang kering dan gersang ni jadi makin gebu dan mulus tau.
Yang saya lagi suka dengan ESP ni kan, ia rendah lemak dan tanpa kolestrol. Wah! Sebab ni lah kolestrol saya pon menurun terus bila amalkan ESP ni. Dah hari hari takde dah masuk kolestrol di waktu pagi. Ia jaga jantung kitee tauuu

 

ESP ni mewah sangat dengan kacang soya. Nak harap kita gigit krup krup kacang soya memang taklah.

 

Sebotol ESP tu dihasilkan dengan menggunakan 30 kg kacang soya tau! Harga nya murah giler kita dapat bersesuaian dengan kualitinya yang lengkap dengan semua 9 jenis asid amino yang badan kita perlukan. Giler best! Jika nak banding dengan gigit dan telan 30kg kacang soya tu, saya lebih memilih ESP lah hoho.

 

Kesan Ambil ESP

Bukan tu saja, ada sekali 5 jenis vitamin dan 4 jenis mineral. Hukhuk. Ingatkan asid amino semata kan?
Korang pernah baca tak pasal protin mati pada suhu panas? Haa sebab tulah ESP ni dibuat pada kadar suhu rendah bagi tujuan menjaga kualitinya.
ESP ni kan ia ada isoflavone bagi tujuan anti kanser (entah tak fahamlah yang duk cakap semua soya tu bahaya. Yela, soya yang bahaya tu adalah yang GMO, ESP pulak non GMO). Jadi ia diproses menggunakan air bertapis je, bukannya alkohol bagi tujuan kekalkan isoflavon tu.

 

Sembelit dan ESP…Apa Kaitannya?

Nak cerita satu kisah ni.

 

Saya pernah terkena sembelit semasa dalam pantang. Sehari je tau. Fikir punya fikir. Owhh. Sebab stok ESP habis dan tak sempat nak gi beli. Sebab tu boleh datang sembelit walau makan ostematrix (ni kadar yang tinggi lah ni haha. Kurang air gak).

 

Saya terus konsisten balik minum ESP 3 kali sehari. Hummmp. Esok nya lawassss. Takyah push sangat pon dah boleh keluar hehe. Gembira sungguh di saat berpantang.

 

Rambut Gugur Hingga Hampir Botak

Mak mak kan selalu gugur rambut kan. Nak elak dari rambut gugur boleh konsisten dengan ESP. Dulu rambut saya bersepah satu rumah. Jenuh nak sapu. Anak pula jenis suka masuk barang dalam mulut. Kutip tak habis habis. Stress mak nya! Lagi banyak gugur rambut hahaha.

 

Saya tingkatkan pengambilan ESP. Dengan KONSISTEN! Nampak sangat perubahannya hingga kini. Umpama minah botak kembali berambut. Serius! Seronok sangat tau. Jelita kembali rasanya hehee.

 

Sebab tu bagi saya, ESP ni tak rugi pon. Banyak faedahnya. Yang tak terungkai. Rupa rupanya, ESP penyelesaiannya kan. Ishk ishk ishkkk. Hehe

 

Dengan saya ada sedikit lagi stok ESP. Roger lekas sebelum kehabisann.

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

Follow IG: iamnurzahirah

Facebook: Nur Zahirah

 

8 Responses to “ESP Penyelesaian Kepada Banyak Masalah”
  1. Hajar Mat Jam 20 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 July, 2017
  2. Ee 20 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 July, 2017
  3. Khairul Zamri 20 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 July, 2017
  4. RAIHANAH AHMAD 30 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 July, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge