Berpada- pada Dalam Meminta Diskaun

Terima kasih kepada pengunjung zahirahhafizan.com yang tidak putus putus lawati blog ini tau.

 

Saya sangat hargainya ­čśÇ

 

Hari ni saya nak kongsi pasal adab kita dalam meminta diskaun. Berpada-pada lah, jangan lah melampau-lampau.

 

Zaman sekarang ni, majoriti kita berniaga. Macam- macam bisnes kan.

 

Tak kisahlah jenis apa pun bisnes, besar atau kecil, sedayanya kita usaha mengganda-gandakan gaji yang kita ada.

 

Semua orang tahu yang gaji sekarang ni tak cukup pon untuk penuhi keperluan kita di zaman ini.

 

Kita berniaga,  kawan kita pun berniaga.

 

Satu perkara yang saya selalu nampak dalam perniagaan sesama kawan adalah ayat

 

ÔÇťAla bagila murah lagiÔÇŁ

“Takde diskaun lagi ke?”

 

That super sensitive bargaining process ­čśČ­čśČ

 

Bak kata pemilik website alibaba, seorang berbangsa Cina.

 

Dia cakap: ÔÇťThe best customers are strangersÔÇŁ (sebaik-baik pelanggan adalah orang luar yang kita tak kenal)

 

Alasan diaÔÇô Perniagaan biasanya lingkup pasal orang terdekat dan kawan-kawan sendiri.

 

Bagi pendapat saya, sangat betul. Dont get me wrong

 

Sedekah itu tidak sama dengan memberi kerana segan apabila diminta atau didesak.

 

Sedekah adalah sesuatu yang dimulakan dari pemberi itu sendiri tanpa perlu dipaksa. Barula akan datangnya keikhlasan dan pahala.

 

Berpada-pada dalam minta diskaun

Gambar hiasan je

 

 

Saya  peniaga juga dan saya  bukanlah lahir-lahir je terus bertilam emas.

 

Jadi kerana itulah saya selalu menolak bila hendak diberi percuma barang yang saya hendak beli.

 

Kalau didesak, saya minta bayar harga kos. Kalau didesak lagi, saya cuba membarter apa sahaja yang selayaknya.

 

Tukar ganti. Balas balik apa yang diberi dengan cara tersendiri.

 

Saya peniaga dan saya pernah lingkup berkali-kali.

 

Saya  tahu makna duit setiap syiling itu adalah tabungan untuk membeli butir-butir nasi bagi memenuhi perut- perut yang kelaparan.

 

Termasuk perut sendiri dan anak-anak.

 

Saya  peniaga. Besar atau kecil untung rugi kita, semua itu rezeki yang kita harapkan di kali pertama kita keluarkan wang modal kita.

 

Betol kan? Mungkin ada di antara pembaca zahirahhafizan.com juga peniaga. Anda tentu faham  apa yang ingin saya sampaikan.

 

Kadang-kadang rasa sedih bila tengok kawan-kawan peniaga kecil yang tidaklah besar mana untungnya, diminta didesak bagj diskaun tahap luar akal.

 

Mereka menolak sehalus-halus cara. Melihat senyum nipis mereka redha dengan apa sahaja akhirnya.

 

 

Allahu akbar. Kesian mereka. Kadang-kadang mungkin ada yang dapat untung hanya 50 sen. Dengan duit itulah mereka mahu menyara keluarga. Namun bagaimana?

 

Peniaga kecil modal kecil
Peniaga besar modal besar
Keduanya ada margin sendiri
Taulah mereka sebanyak mana mereka perlu bersedekah
Bukan hak kita untuk ukur layak atau tidak mereka

 

Itu hal dia sama tuhan. Jangan persoalkan

Saya  peniaga.
Namun sebelum itu saya  juga pembeli.

 

Kalau sesuatu itu tak terjangkau kocek kita
nantilah dulu.

 

Jangan kerana kawan kita berniaga benda kita mahu, kita letak dia di kedudukan perit demi menuruti kehendak kita

 

Sungguh tak adil kawan.

 

Berbisnes lah cara profesional.

 

Nak cuba Shaklee dengan harga yang cukup istimewa?

 

Boleh hubungi saya ye. Keahlian percuma anda boleh dapatkan.

 

Salam sayang,

Master Ira&Hafizan

013-9422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge