2 Teknik Mudah Storytelling Di Facebook

Ingin saya kongsikan hari ini satu tips mudah storytelling di Facebook buat rakan-rakan semua. Saya tahu bagi yang berbisnes di Facebook, teknik storytelling sangat penting untuk menarik orang lain mencuba produk kita kan.

 

Teknik Mudah Storytelling

 

Satu teknik je saya nak ajar hari ni adalah…

 

Menulis seperti anda sedang bercakap.

 

Ye, ini tekniknya.

 

” Wah, kalau macam tu mudah sungguh nak buat bisnes ni.”

 

Ye, mudah saja bila kena pada tempatnya. Ramai orang fikir susah kerana mereka ingatkan nak buat bisnes ni perlu tulis umpama mereka sifu besar. Eh, tak lah. Tulis macam awak sedang bercakap je. Terjemahkan apa yang awak cakap tu ke bentuk tulisan yang mudah orang nak faham.

 

Masa bercakap kita cakap camne? Ada kita skema ke? Ada kita tulis macam dalam buku teks ke? Ada macam kita berpidato ke?

 

Tak kan? Kita bercakap macam biasa lah kan. Kita guna bahasa mudah. Bahasa yang ringkas untuk orang faham. Haa itulah tekniknya. Yang selalu orang terlepas pandang. Kalau ore kelate dia kata “sokmo tok perase” . Haa tu je tekniknya.

 

Tu yang pertama.

 

Yang kedua pula, tekniknya adalah tulis dengan emosi.

 

Gabungkan teknik pertama dengan teknik kedua. Akan hasilkan storytelling yang super best. Selitkan setiap emosi dalam setiap ayat. Yang ni agak mencabar dari tips yang pertama. Kerana ni umpama kita guna teknik 4D. Ada libatkan deria rasa dan imaginasi yang sungguh tinggi. Nak olah satu ayat pon perlu fikir sedalamnya. Bukan main campak je kat status kita. Kita perlu ingat satu per satu setiap detik yang berlaku dalam perkongsian kita. Maksud di sini kita mesti menjadi seseorang yang luar biasa peka. Peka dengan setiap situasi yang berlaku dari segi perasaan yang dirasai, bunyi yang didengari, mata yang melihat, jari yang menyentuh, lidah yang merasai, hidung yang mengesan bau.

 

Teruskan buat latihan menulis. Teruskan menulis dan pantau apa hasil like, comment dan share setiap post kita tu. Apabila kita sudah mahir, percayalah. Kita semakin hebat dalam penulisan 🙂

 

Saya suka follow Cikgu June dan Khairul Hakimin dalam storytelling ni. Dan banyak perubahan yang saya sudah mula baiki sejak aktif follow mereka dua ni. Namun sudah tentu, terlalu banyak yang perlu dipraktikkan bagi tujuan menjadi seorang storyteller yang hebat. Kerana ia merupakan satu bidang dakwah juga tau 🙂

 

Follow Facebook saya di Nur Zahirah ye. Klik as follow dan see first ye :). Banyak tips saya nak share lagi nanti

 

Salam sayang,

Master Ira & Hafizan

013-9422527

5 Responses to “2 Teknik Mudah Storytelling Di Facebook”
  1. RAIHANAH AHMAD 6 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 7 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  2. hajar mat jam 7 April, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge