“Ubat” Mudah Bersalin Dan Kurangkan Rasa Sakit Contraction

Semalam saya up kan status saya di Nur Zahirah (jemputlah follow ye 🙂 ) sebegini.

 

Sesiapa mahu dapatkan “ubat” untuk mudah bersalin dan kurangkan rasa sakit contraction…boleh tanya saya bagaimana. Pm saya di 0139422527 ye 🙂

 

Dan memanglah ramaiii yang pm walau tak komen pape kat post saya tu 🙂 . Ramai terus dapatkan ubat ini.

 

Saya nak berkongsi sedikit info bagaimana “ubat” ini membantu. Ubat ini kami panggil dia ostematrix 🙂

 

Ramai orang tidak sedar peranan hebat bombasik magnesium dalam sistem badan kita secara menyeluruh. Magnesium ni kalau kawan-kawan nak tahu lah kan…ia dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berlainan di dalam badan kita agar badan kita boleh berfungsi dengan performance yang terbaik.

 

Peranan magnesium ni sangatlah penting bagi mereka yang mengetahuinya. Kalau yang tak tahu, pastinya tak tahu kepentingannya kan 🙂 . Sebab ramai yang tak endahkan kepentingan magnesium ini.  Sehingga ia dinamakan sebagai “Mineral Yang Dilupakan” .  Adeh, sedih punya nama deerr. Heheh. Kalau dalam bahasa omputih, namanya adalag “Forgotten Mineral” . Kenapalah bagi nama sedih sangat ni ek? Haa ini kerana kesan dari kekurangan magnesium ni tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. Tahu tak ni? 🙂

 

Haa ni lah saya nak cerita hari ni supaya kita semua boleh sama-sama tahu dah lepas ni 🙂 .

 

Ada kajian dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan magnesium terjadi pada wanita yang mengalami monopos. Kiranya yang belum monopos tidak alami masalah ini lagi. Kiranya ia dapat dikesan apabila usia seorang wanita semakin lanjut. Selain itu ada juga kajian mengenai denyutan jantung tidak normal akibat dari kekurangan magnesium. Ini ada dilaporkan dalam majalah Science pada tahun 1980 apabila melihat kepada data mangsa serangan jantung mendadak. Ini kerana hanya magnesium yang ditemui dalam jumlah yang kurang dari jumlah yang sepatutnya dalam serum darah pada otot-otot jantung.

 

Haaa tu sikit mengenai pentingnya magnesium kepada seseorang. Eh, apa kaitan pula dengan boleh jadikan ia sebagai ubat bagi kurangkan rasa sakit contraction ni? Macam tak berkait je…

 

Sabar-sabar. Saya terangkan lagi ni ye 🙂

 

Kepentingan Kalsium Dan Magnesium Kepada Ibu Hamil

 

Kalsium dan magnesium adalah mineral yang saling memerlukan antara satu sama lain bagi memastikan penyerapannya berlaku pada tahap yang cukup dan seimbang. Dua mineral ini bekerja dengan cara berbeza. Magnesium terdapat di dalam sel (intrasellular) manakala kalsium pula banyak diperlukan di luar sel (ekstrasellular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel adalah membantu meningkatkan tenaga dalam tubuh kita.

 

Kita orang yang normal memerlukan 800mg kalsium setiap hari, manakala magnesium pula kita perlukan antara 400 hingga ke 450mg setiap hari. Bagi wanita hamil serta yang sedang alami monopos, ia perlu menambah dos 2 jenis mineral ini akibat dari keperluan badan yang semakin meningkat.

 

Kalsium adalah nutrisi yang sangat penting untuk wanita, terutama ketika mengandung dan menyusu. Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi dalam kandungan.

 

Kenapa Kalsium Dan Magnesium Penting Untuk Ibu Hamil?

 

Antara kepentingan magnesium semasa hamil adalah

  1. Membantu dalam memelihara kekuatan tulang ibu dan juga bayi
  2. Mencegah pengecutan uterus pramatang (jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan keguguran)
  3. Mengawal paras insulin dalam darah, jadi si ibu insyaallah bebas dari GDM tau.
  4. Mencegah kekejangan kaki terutamanya di waktu malam. Ia sangat sakit jika diserang dengan kejang otot ni.
  5. Mencegah sembelit. Ia boleh cegah juga buasir
  6. Membantu dalam memastikan denyutan nadi sekata
  7. Membantu dalam memberikan tenaga
  8. Berikan ketenangan kepada otot dan elakkan ia dari menjadi stress.
  9. Membantu dalam mengawal paras kolestrol

Membantu Dalam Proses Melahirkan Anak

Di kala melahirkan, ia satu keadaan yang sungguh merisaukan jika si ibu mahupon bayi alami masalah. Betol kan? Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan anak. Jika magnesium dan kalsium tidak cukup, kekejangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium ini membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu rasa kesakitan yang amat sangat. Ini kerana seluruh saraf badan mengalami ketenangan dan tidak stress.

 

Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah di kala hampir bersalin dan melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. Ibu alami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Pada masa yang sama, pendarahan lebih banyak akan berlaku. Ia akan kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan besar kelahiran secara czer akan dilakukan secara emergency.

 

Ini saya kongsikan testimoni mereka yang baru saja alaminya. Fresh fresh tau.

 

Testimoni ubat tak sakit contraction nak bersalin 1

 

Testimoni ubat tak sakit contraction nak bersalin 2

 

 

Testimoni ubat tak sakit contraction nak bersalin 3

Haaa dah percaya?

 

Boleh hubungi saya terus untuk dapatkannya memandangkan ostematrix ni dah nak habis offer lah awak.

Nak ambil satu set hamil lagi bagus kerana tampung each other. Saya kongsikan linknya kat sini okeh. Combine dengan natural induce GLA 🙂

 

Ingin mencuba suplimen dengan harga istimewa?

Ingin sertai bisnes Shaklee dan menjana pendapatan sampingan hanya dari rumah?

Boleh hubungi saya ye.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

 

 

3 Responses to ““Ubat” Mudah Bersalin Dan Kurangkan Rasa Sakit Contraction”
  1. ema 23 February, 2017
  2. mrhanafi 24 February, 2017
    • dedauncomel.com 1 March, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge