Jaga Makan Namun Tetap Juga Sakit Kritikal~Kenapa?

Pernah terfikirkah kita mengenai hal ini? Kenapa tetap ada yang sakit kritikal juga walau seseorang tu makan buah, sayur dan makanan-makanan yang sihat?

 

“Dah nak buat macamana, dah dia punya bahagian lah tu”

 

Itu saya tahu. Jika Allah kata yang Allah akan berikan seseorang penyakit, dan ajal sekalipon. Tidak dapat siapa yang menghalangnya. Namun saya nak kita berfikiran dengan lebih terbuka lagi. Bagi saya, itu jawapan untuk selamatkan diri saja. Sekarang saya nak ajak kita sama-sama untuk mengkaji mengenai hal ini.

 

Kawan saya ada bercerita. Dia kenal seorang makcik yang sememangnya menjaga makan. Jamu adalah amalannya. Buah dan sayuran juga satu menu yang semestinya tidak dia lupakan. Badan langsing walau dah berusia 50-an. Orang makan jamu memang nampak lebih muda dari usia. Orang tak sangka dengan bentuk susuk badannya tu dia sebenarnya miliki 8 orang anak.  Nenek suami saya pon macam tu tau.  Tak macam umur 70-an. Kerana masih bertenaga dan tak boleh orang lain menjaga dirinya buat masa ini.

 

Namun, makcik ini miliki sakit darah tinggi yang akhirnya menjadi strok. Tak lama selepas itu, makcik ni meninggal dunia.

 

Ini satu kisah yang menyedihkan bukan?

 

Ni saya kongsikan

 

 

Inilah realiti kehidupan. Maaf saya cakap. Selalu doktor pon cakap makan banyak buah, makan banyak sayur, amalkan hidup yang sihat. Saya setuju sangat. Kerana saya pon memang amalkan apa yang disarankan oleh doktor mahupon pakar nutrisi dalam seharian.

 

Namun, kita kena akui juga. Orang yang amalkan itu tetap juga ada yang alami sakit kritikal. Mesti ada sesuatu yang sudah berubah. Yang membuatkan kita juga perlu berubah. Memang tak dinafikan apa yang kita makan seharian memang memberi kesan kepada kesihatan kita. Namun kenapa masih ada yang sakit kritikal dan sangat jarang orang yang tiada apa-apa masalah kesihatan kini apabila usia semakin meningkat. Perkara ini perlu kita kaji dan hadam supaya kita tak dikategorikan mengalami masalah ini di kemudian hari.

 

Dunia Sekarang Sudah Berubah

 

Ye. Dunia sekarang sudah berubah. Jika dulu tiada internet, tiada komputer. Begitu juga dengan perihal lain. Memang ia seiring berubah. Namun perubahan apa yang berlaku sehingga membuatkan kesihatan kita juga turut berubah?

 

  1. Makanan Kita Banyak Terdedah Kepada Bahan Kimia Dan Racun

 

Dulu-dulu, nenek kita boleh je beli pucuk paku, sawi, buah tu buah ni dengan sangat segar tanpa racun. Apabila tiada racun, sudah tentu serangga dan haiwan perosak suka datang pada tumbuhan ini dek kerana mereka boleh makan dengan gembira. Dah memang makanan diorang kan. Dari situ, manusia mula berfikir untuk menghalang haiwan perosak ini menghampiri tanaman sehingga boleh menjejaskan penghasilan dan kualiti buahan dan sayuran itu. Kiranya tujuannya untuk mendapatkan kualiti rupa buah dan sayuran yang lebih baik. Cantik dari segi luaran tanpa menjejaskan rasa.

 

buah tanpa racun

Jadi terciptalah racun untuk disembur pada tumbuhan dan buah-buahan ini. Yang akhirnya ia melekat padanya. Dalam kita makan sebiji epal yang kita anggap ianya segar dari ladang, tahukah kita berapa puluh jenis racun terlekat pada kulit epal yang rangup itu? Yang sudah semestinya untuk mencucinya bukan begitu saja boleh hilang. Dan secara langsung, agak-agak selama ni kita ada termakan racun juga tak? Pernah fikirkan hal ini? Seram bila fikir pasal ni. Erkkk. Namun kita takleh lari. kena fikir gak sebab nak cari jalan penyelesaian kan.

 

2. Kualiti Nutrien Dan Buahan Dan Tumbuhan Tidak Lagi Sama

 

Nutrien pada satu-satu buah-buahan dan sayur-sayuran diperolehi dari kualiti tanah tempat ianya ditanam. Akar memainkan peranan yang super duper hebat mengaut segala nutrien. Kualiti tanah itu sangat memainkan peranan penting. Khasiat sebiji oren dulu adalah sama seperti khasiat dalam 10 biji oren sekarang. Dan mungkin dah jadi 20 biji oren sekarang.

 

fokus pada kualiti

Makanan zaman sekarang kita mungkin perlu ambil 2 kali ganda berbanding dengan zaman dahulu. Kos pon sudah tentu berganda-ganda kan?

 

3. Keadaan Sekiling Yang Terdedah Kepada Persekitaran Tidak Sihat

 

Dalam kereta baru-baru ini, anak saya bermain dengan aircond di hadapan. Tiba-tiba saya dapat mengesan satu bau yang tidak enak masuk ke kereta. Takkan bau kentut anak kot. Hehe. Tak macam ni selalunya haha. Dalam fikiran terus teringat kepada button di depan. Ye, Hazim tekan button yang membuatkan angin luar masuk ke dalam kereta. Tak sampai 2 minit pon perkara itu berlaku, kami dah naik pening dan tak selesa. Betapa di luar sana berlaku pencemaran yang agak tidak sihat memandangkan kami berada di kawasan lalu lalang kenderaan yang banyak.

 

Asap dari kenderaan itu sendiri mampu membuatkan persekitaran kita menjadi tidak bersih. Kita tiada pilihan kan? Terpaksa sedut oksigen juga walau oksigen itu penuh asap. Betol? Dan yang proses segala tapisan pon dalam badan kita kan? Agak-agakla kan, apa jadi kat dalam badan kita ni? Tu baru 2 minit. Kalau 20 tahun? Dah boleh gambarkan teruknya badan kita bekerja?

 

“Ala, dah tugas badan kan. Nak kisah sangat kenapa?”

 

Sebab tak kisahlah boleh jadi penyakit macam-macam awak. Sebab tu kita memang kena kisah.

 

4. Kita Banyak Terdedah Kepada Bahan Kimia

 

Nak keluar rumah (eh, kalau saya dalam rumah pon), sembur minyak wangi. Diodoran sapu gak kan lepas mandi. Bedak sapu kat muka calit-calit walau nipis tetap bedak. Calitlah sikit gincu merah jambu yang tengah hot promo mesra solat tu. Dah berapa dah bahan kimia melekat kat badan kita? Ye, tu bahan kimia. Walau ia wangi dan cantik awak. Namun, tidak salah untuk kita memakainya. Cuma kita perlu buangnya dari badan kita nanti. Eh jap. Bila pakai, ia meresap masuk dalam kulit. Agak-agak apa jadi jika kita tak buang? Tiap hari ni pakai. Sejak kecil dah pandai main gincu mak kan kita kita ni hehe. Haaa boleh bayang dah?

 

Tu baru calit sikit-sikit. Yang weekend ni kita duk pulun cuci tandas, mop lantai, lap tingkap semua tu dengan bahan pencuci. Bahan kimia jugak. Kiranya sekarang ni zaman moden ni,kita memang tak boleh lari dari bahan kimia tau. Ada di mana saja. Kalau nak lari 100% memang tak boleh. Kita cuma boleh pilih produk pencuci yang kurang bahan kimia mahupon yang semulajadi. Takkan nak cuci tandas tak pakai sabun kot kan? Bila nak mati kuman-kuman tu? Penyakit lain pulak singgah. Macam kita ni keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Ada rasa gitu tak? Hehe.

 

5. Cara Masak Menu

 

Ada makanan yang boleh dimakan secara mentah. Ambil dan ngap je. Hehe. Namun ada juga yang perlu dimasak baru boleh kita makan. Dan bila lalui proses ini, akan melibatkan proses kehilangan nutrisi, yang mana bukan 100% nutrisi asal diperolehi.

 

Tahukah kita yang ikan tu apabila digoreng, protinnya berkurang. Macam tu juga dengan telur tau. Kiranya apabila berada pada suhu tinggi, protin dah berkurang.

 

Dengar ni tau mengenai kehilangan nutrien dalam makanan dan bagaimana kita boleh kurangkannya 🙂 .

https://www.youtube.com/watch?v=_tl88RHgxy8

 

6. Badan Kita Perlukan Vitamin Banyak, Sempat Ke Kita Nak Makan?

 

Badan manusia tak macam tikus, apatahlagi lipas. Sistem badan kita cukup kompleks. Betapa hebatnya Pencipta kita kan. Bila badan kompleks, ia perlukan sesuatu yang banyak untuk menampung. Iaitu vitamin dan minerals.

 

Selalu orang kalau nak ambil satu-satu suplimen, dia akan cakap “Saya nak satu je. Taknak banyak-banyak”. Sedarkah kita yang badan kita tak guna satu jenis vitamin je tau. Kalau camtu, mudahlah. Pergi klinik pon doktor bagi macam-macam jenis ubat kan?  Bukan sejenis je. Betol? Haaa sebab badan kita kompleks. Bukannya simple macam semut.

 

Jadi, bila seharian badan kita perlukan vitamin yang banyak dengan cukup, sempat ke kita nak ambil semua tu dengan dos yang cukup? Atau sebenarnya sepanjang kita hidup ni sebenarnya badan kita asyik dicatu makan. Kita memang kenyang di perut, namun kat badan tak sampai benda tu. Berapa jenis buah seharian ambil? Berapa jenis warna buah? Perlu ambil 5 jenis warna tau sehari. Lagi pula, kita tak tahu kan sebiji oren yang kita ambil pagi tadi tu berapa vitamin C ada dalamnya kan? Secara khusus. Sebab takde penimbang yang boleh trigger berapa mg vitamin C dalam tu. Kalau ada memang mudah sangat hidup kita. Timbang buah, boleh gak scan racun berapa banyak kat buah tu. Mudah sikit kita boleh elak.

 

“Ko cakap bolehla sebab ko tokei vitamin”

 

Eh, kak, abang, adik…saya cakap benda betol. Cuba fikir guna positive thinking dan rasional. Cuba yang bercakap ni adalah doktor. Sure boleh nampak memang ia relate kan? 🙂

 

Sekarang Apa Nak Buat?

 

Ok, sekarang dah faham kan kenapa ramai je yang makan buah, sayuran semua tu masih berisiko untuk mendapatkan penyakit kritikal. Pertama sekali kita kena faham bahawa satu-satu penyakit itu menyinggah pada badan kita adalah berpunca dari penuaan sebelum usia (penuaan pra matang). Faktor badan kita tua dari dalam tu banyak faktor. Boleh rujuk 6 point saya di atas.  Untuk membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kritikal ni, kita boleh berusaha dengan:

  1. Lakukan senaman yang sesuai bagi mengelak penyakit tersebut
  2. Mendapatkan rehat yang cukup
  3. Elakkan tekanan emosi, risau, masalah rumahtangga, masalah kerja
  4. Tidur dengan cukup.
  5. Kurangkan pendedahan kepada bahan yang tercemar (udara>>pilih yang lebih aman contohnya kawasan hutan, banyak pokok berbanding kawasan industri, air >>Minum air bertapis dengan betol, bunyi>>Elakkan kawasan bising kerana ia boleh memberi tekanan pada perasaan). Jauhkan diri dari merkuri termasuklah pemilihan ikan salmon mahupon bahan-bahan yang pecahnya raksa, juga bahan kosmetik yang segera cantik yang biasanya ada merkuri)
  6. Makan makanan seimbang
  7. Amalkan pemakanan suplimen yang betol kerana memang ada suplimen yang semakin merosakkan badan.

 

Cadangan Suplimen Untuk Memperlahankan Penuaan

Saya kongsikan dari blog Raihanah.
Antara suplemen bersesuaian untuk membantu memperlahankan penuaan adalah:

1. Asid lemak Omega-3 (1000 mg setiap hari)

Omega-3 dengan khasiat EPA dan DHA dalam minyak ikan adalah agen anti-radang yang kuat dan boleh membantu mengurangkan kerosakan pada tahap selular yang berkaitan dengan usia.
  • Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dimana ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi, termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ini disebabkan Omega Guard dihasilkan daripada ikan semulajadi, bukan daripada hati ikan.
  • Omega Guard diekstrak daripada sumber ikan asli, bukan daripada hati ikan. Jadi ini membuatkan Omega guard 3x lebih tumpat berbanding minyak ikan lain.
  • Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak Omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi.
Ini berbeza dengan pengusaha minyak ikan jenama lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien, bahkan tidak dapat menapis kandungan logam berat yang membahayakan kesihatan.
Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dan menghasilkan Omega Guard melalui proses penyulingan proprietri 2 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Ini termasuk menyingkirkan bahan-bahan logam berat yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Bahan-bahan ini merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik. Kaedah ini juga terbukti berkesan mengurangkan bau hanyir ikan dan rasa kurang enak selepas mengambilnya.

2. Resveratrol (250-500 mg setiap hari)

Resvertarol ditemui di dalam kulit anggur merah, resveratrol telah membuktikan dapat mengurangkan kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.

Vivix merupakan produk antipenuaan selular, yang dicipta oleh Shaklee Corporation, adalah revolusioner, sedang dipaten, sangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular. Salah satu bahan utama (resveratrol) dalam Vivix dirujuk di lebih 2,000 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar.

Vivix menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol semulajadi dengan kandungan 98%. Ini sebenarnya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Bahawasanya ianya tulen ya.

Salah satu resepi terbaik Shaklee adalah kebijaksanaannya menggabungkan resveratrol dengan polifenol semulajadi. Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.

Bulan ni 2 vitamin ni ada special bring up. Jika ingin mencuba, boleh hubungi saya ye. Bantu diri anda untuk sihat dengan cara yang lebih baik.

Pssstt. Baca link ini. 21 kelebihan kami sebagai mentor Shaklee berstrategi.

 

Hubungi kami ye.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

(wasap ke handphone lagi cepat respon 🙂 )

Stalk facebook peribadi saya: Nur Zahirah

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 Responses to “Jaga Makan Namun Tetap Juga Sakit Kritikal~Kenapa?”
  1. mrhanafi 15 February, 2017
    • mm Nur Zahirah 17 February, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge