Elak Cut Price Kalau Tak Nak Miskin Cepat

Petang ni panasss punya topik. Kadang-kadang nyaman, kadang-kadang salji, kadang-kadang pon kena lah juga panass kan.

 

Ni pesanan buat semua. Terutamanya orang Shaklee. Tak kira awak orang baru mahupon lama tau.

 

Psssttt. Tak kira awak Master Coordinator ke tak ye.

 

Jika nak bisnes maju untuk jangka masa panjang, jauhkan lah jual harga ahli kepada bukan ahli ye warga Shaklee yang comel comel sekelian.

 

Kami pernah lalui zaman dulu. (Bukan Zaman Kini hehehe). ๐Ÿ˜€

 

Zaman dulu dulu, kami cut price. Harga vivix RM380 masa tu harga ahli (sekarang memang bukan harga ni dah dek kerana ada pak encik GST).

 

Sesama kastemer dan ahli pon kami darab 6 bahagi 7. Wahhhh!!! Murah bebbb. Berbondong bondong orang beli. Tapi kejap je. Pastu ranap organisasi. Akibat cut price ni. Allah balasss.

 

Bila saya jual harga ahli kepada bukan ahli, ini saya dapat tau.

 

1. COD jauh jauh tapi sesen pon tak dapat.

 

Bila husband tanya, “Berapa kita dapat untung?”

Saya jawab dengan selambanya, “Tak ada abang. Kita tunggu bonus 14hb tau.”

Terkeduuuu encik husband saya.

Dia tanya, ” Habis tu awak bisnes apa kalau takde untung?”

Hahahaha. Sebijikkk dapat! Padan muka. Mulai saat itu, encik suami tidak mahu COD. Haaa bijak sangat kan bisnes camni. ๐Ÿค—

 

2. Duit minyak kereta semasa COD tu suami yang kena tanggung. Sebab saya bisnes tak ambil untung lerrr. Kata nak tolong orang kann. Diri sendiri rosak. Ambikk. ๐Ÿ˜…

 

3. Encik suami bengang๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Susah nak pujuk dia gi situ gi sini pasal bisnes. Jadi saya stuck takleh gi mana.

 

4. Nak belanja minum Encik suami dan anak-anak pon tak boleh time COD walau penat gi COD pon. Apatahlagi nak belanja makan kat hotel lepas COD. Eiii. Ngok ngek sangatt kannnn. ๐Ÿ˜‚

 

5. Dapat belanja ke apa ke time bonus dapat je. Nasib baik bonus masa tu dah banyak. 4 angka ke 6 angka tiap bulan dari start bisnes. Memang la banyak. Tapi bukan tiap kali COD.

 

6. Anak buah saya stuck! Diorang baru bisnes. Tapi tak dapat untung hari-hari.

 

7. Anak bisnes saya mula buat bisnes lain yang ada untung hari hari.

 

Pedihhhh. Saya terlupa pasal anak buah saya. Diorang baru nak hidup. Diorang perlukan sokongan saya untuk diorang dapat duit untung hari-hari.

 

Saya fikir panjangggg. Saya istiqarah. Saya kena nekad kali ni. Saya bagitau encik suami. Dia macam tak caya je bini dia macam ni kali ni.

 

Jenis nekad dan nak tempuh je. Saya cakap kat dia, “Abang, lagi cepat kita go ahead buat ni, lagi cepat kita settle hal ni. Are you with me?”

 

Haaa berani dia nak kata tidak kat saya? Heheeh๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž (Tiba-tiba jadi Queen control 5 saat)

Saya nak buat apa?

Sejak 2 tahun lepas (sejak GST dilaksanakan), saya dengan degilnya memulakan langkah untuk berubah.

Saya tak tahan dah!

Saya buat apa?

Saya jual dengan harga runcit kepada semua yang bukan ahli. Dan juga tiada langsung cut price yang bermula dari saya. Ada leader yang boleh follow, dan ada leader yang tidak boleh follow cara saya. ๐Ÿ™ƒ

Bagi saya, itu normal. Nak berubah bukannya boleh sekelip mata. Lagi lagi la nak ajak team yang lebih dari 10,000 orang ni nak berubah sekaligus? Huhu mimpi derrrr.

Nak kata kastemer tak rejek? Ehhhh. Berbondong bondong orang rejek tau awak. Saya rilek je. Sebab saya tahu, yang beri rezeki ni bukan kastemer saya. Tapi Allah. Nak train tu fullamakkk. Debar debar taip harga kat kastemer. Namun saya tahu ni. Kalau saya mula lagi lambat, saya akan lambat capai puncak! Saya mesti ada integrity dalam bisnes ini.

Jadi saya teruskan langkah.

Kami nak cari rezeki dengan lebih berkat. Kami bina organisasi kami kembali dengan cara yang betol. Kami ajar mereka teknik close sale memukau.

Kami ajar teknik added value. Kami ajar jaga kastemer macam jaga emas berkati kati. Kami ajar database . Kami ajar mereka urus duit dan macam-macam lagi lah.

Yelah, kita nak team berubah, kita kena seiringkan dengan pakej ajar mereka bagaimana nak berubah. Mereka kan fragile lagi. Jangan suruh je tapi tak gitau nak buay. Diorang Gigil gigil lagi.

Kami ajar langkah demi langkah walau mereka dah lama dalam Shaklee. Eh, yang nak follow kami la. Yang tak nak follow kami, kami letak tepi. Kami tak fokus dia. Kami tahu siapa kami perlu utamakan.

Apa kesannya?

Uih, kesannya setelah 2 tahun transform ni kannnn lagi best. Dah tak ingat dah pedih kena rejek dulu tau. Alaa macam kita beranak. Dah tak ingat sangat dah kan sakit beranak bila tengok anak depan mata. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Ni kesannya tau.

1. Anak buah kami pandai jual retail. Siap untung RM100 satu produk premium tu. Mudah mudahhh je boleh dapat untung setiap kali jual. Ni belum supervisor tau awak. Bayangkan kalau dia jual 10 botol produk premium ni? Yela. Kami ajar camne diorang untuk close sale dengan memukau. Diorang bukan pergi “perang” tanpa senjata. Kami dah bagi meriam gergasi halilintar kat diorang. ๐Ÿ˜€

2. Monthly dari untung runcit saja pon ada yang dapat RM1000-2000.

3. Membership ada yang sampai dapat 100 orang setiap bulan. >>>Kuasa hebat bila tak bagi harga ahli kepada bukan ahli.

4. Duit bonus mereka meningkat di tengah bulan.

5. Mereka STOP buat bisnes lain kerana Shaklee dah beri mereka duit kerana hari hari mereka ada sales dan hari hari mereka dapat untung.

6. Organisasi yang ASLI semakin berkembang.

7. Income ahli grup makin beribu beribu berpuluh ribu lemonnnn. Dah gabung untung runcit dan duit bonus kannn๐Ÿ˜€

8. Semangat diorang kuat gilerr. Saya pon seram! Ada yang jual vivix saja pon lebih dari 50 botol dalam sebulan.

9. Diorang excited! Excitement diorang tinggi gilerrrrrrr. Saya yang duk tengok pon tercabar ya amat

10. Diorang makin cantik. Sebab sentiasa senyum, gembira, bersangka baik, dan macam macam lagi lah positive vibes๐Ÿ˜€

11. Diorang makan Shaklee dengan percuma lebih banyak. Dah bonus makin banyak. ๐Ÿ‘‘

12. Leadership skill diorang makin terserlah. Sebab ada saya ajar diorang ni satu satu hal ni.

13. Diorang pandai cross coaching sesama diorang. Saya didik untuk tidak kedekut dalam memberi. Dan memang betol, makin diorang beri, makin banyak sales diorang tau. Senior ajar junior.

Sebab saya ajar diorang ni niatkan ilmu yang diberi tu sebagai sedekah. Kan bila bagi sedekah, rezeki kita makin banyak kannnn. Saya percaya konsep ini.

Haa tu 13 point. Kalau anak buah saya nak add point, silakanlah.

Sebab tu besttttnya berada dalam grup kami ini.

๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Lets join us!

Ingat Shaklee, ingat LAT Fighters,LAT Tinju>>>>kami lah tuuu.

 

Salam sayang,

Master Ira & hafizan

013-9422527

6 Responses to “Elak Cut Price Kalau Tak Nak Miskin Cepat”
  1. Saji.My 20 February, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  2. Uncle Zuan 20 February, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  3. Bahrain 22 February, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge