Terapung Di Laut Mati ~ Betol Atau Gimik Je?

Alhamdulillah, berkesempatan kami menjejakkan kaki ke Laut Mati yang glamor diperkatakan sejak dulu lagi. Kami menginap di Hotel Movenpick, Dead Sea, Jordan. Satu malam harga bilik hotel ni adalah lebih dari RM1000. Mak ai harga! Mau pengsan. Heheh.

 

Apabila kami tiba di kawasan Dead Sea, apa yang kami lihat adalah banyak hotel yang berselerak di sini. Hotel pula yang 5 bintang punya tau. Bukan calang-calang hotel tu. Dan yang paling best, hotel yang kami menginap ni adalah hotel yang paling dekat dengan Dead Sea. Syukur sangat dan seronok sangat!

 

Apabila tiba di hotel ini, kami terus dihidang dengan air sedap dari Movenpick. Hilang penat kami yang datang dari jauh. Setelah ambil kunci bilik, kami terus ke bilik untuk berehat. Yelah, lepas lebih dari 24 jam travel kan. Penat tu takyah cakaplah 🙂

 

Hari pertama kami di Jordan, terus kami bermalam di Hotel Dead Sea ni. Sungguh marbeles! Hotel ni cantik sangat.

 

Bila masuk ke bilik, saya selak tingkap. Gelapp saja. Tak nampak apa. Kawan-kawan dalam grup wasap duk tanya “siapa nampak laut?”. Saya tak tau nak jawab apa. Mungkin kolam di depan mata kot kan. Akibat penat yang lebih kuat berbanding rasa nak intai apa di sebalik tingkap itu…saya memilih untuk tidur. Sedap wooo tidur! Hhehe.

 

Bangun esok paginya sebelum Subuh, intai lagi tingkap di luar. Aih! Mana nak nampak? Gelap lagi kannnn. Heheh. Nampak sangattt tak sabarrr sebenarnyaaa.

 

Selepas solat Subuh dan sujud syukur, jenguk lagi tingkap. Nampak luasss je depan mata. Rupa-rupanya di depan saya adalah laut mati! Masyaaallahhh. Kami suami isteri tinggal di dalam bilik yang mengadap laut mati! Mau nangis rasanya tauuu. Nikmat Allah beri ni tak terhitung.

 

Pagi tu terus buat video live kat facebook tau. Klik link ni tau kalau nak tengok live hehe.
https://www.facebook.com/nur.zahirah.39/videos/vb.1587813745/10210642801778046/?type=2&theater

 

Pengalaman yang cukup bernilai.

Kami suami isteri tidak pernah menyangka yang kami akan jejakkan kami ke Laut Mati ini.

Laut Mati, namanya glamor di seluruh pelusuk dunia.

Produknya dari lumpur dan garam pon mahal bagai nak rak. Ini kan pula nak datang sini berendam sukati bape lama nak buat.

Memang ia tak terlintas langsung untuk kami datang. Namun Allah pilih untuk kami datang.

Actually, sejak 2015 lagi kami dengar-dengar macam Shaklee nak buat trip umrah dan ziarah jordan. Namun tak jadi. Shaklee memilih trip umrah dan Dubai serta Abu Dhabi. So oklah bagi kami. Dubai dan Abu Dhabi pon super power kan. Lagi-lagi dengan trip Shaklee ni. Kami hadiahkan 2 tiket untuk mak dan ayah. Mereka berhoneymoon di usia 50-an tau hehe

Dan rezeki kami gamaknya. Untuk tahun 2016 Shaklee betol-betol decide untuk memilih Jordan. Dan yang terpampang indah dalam kepala adalah Laut Mati ini. Kan glamor.

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 420 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Sebelum ni tengok kat TV je. Kini ia di depan mata. Dilihat dengan 4 mata ini. Melihat kebesaran yang Allah telah berikan.

Sungguhlah sangat menginsafkan.

 

Di hari kami nak berjemur di Laut mati…

 

Ni video kami on the way nak ke Laut Mati selepas sarapan pagi keesokan harinya. Dekat je dari hotel kami. Kami jalan kaki je. Untuk pengetahuan, laut mati kawasan ini adalah hak miik Hotel Movenpick ini. Ia hanya dibuka untuk siapa yang menginap di sini. Ada kawasan public untuk orang luar kunjungi. Namun yang kami pergi ni adalah special untuk tetamu Hotel Movenpick sahaja.

 

https://www.facebook.com/nur.zahirah.39/videos/vb.1587813745/10210643555836897/?type=2&theater

 

Seronok sangat rasa. Bukan seronok yang melalaikan. Namun seronok sebab boleh berpijak di sini. Allah bagi peluang untuk menginsafi tempat yang pernah Allah turunkan azab.

 

Fakta Mengenai Laut Mati Yang Kita Perlu tahu

 

Laut mati ni adalah Kota Sodom yang dulunya dikenali sebelum Allah turunkan azab ke kawasan ini. Kaum nabi Luth yang suka kepada kemungkaran seperti hooseksual. Kawasan ini terletak di tengah-tengah antara Jordan dan Palestin.
Berikut ini cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran. “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.” (QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)

 

Ajakan Nabi Luth ini ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat dalam bentuk manusia kepada Nabi Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka malah meminta Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.

Dijelaskan umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara dijungkirbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

Betapa besarnya murka Allah apabila kita hambaNya ini tidak mendengar apa yang diperintahkan olehNya. Di zaman kini pon ada juga kan yang berperangai homoseksual (lesbian- perempuan suka kan perempuan). Ini adalah dosa besar dan jika tidak bertaubat dan baiki perbuatan itu, tidak mustahil kita juga akan diazab oleh Allah seperti ini. Nauzubillahiminzaalik.

 

Kami Menginsafi

 

Kami ke sana sekejap saja. Dalam satu jam ke satu jam setengah. Melihat kebesaran Allah. Memang sungguh besar kawasan ini. Sekejap saja Allah boleh hantarkan azabNya jika Dia mahu. Takutnya rasa.

 

Kami ambil gambar kenangan di sini. Tidak tahu bila lagi kami akan datang ke sini. Tempat yang paling rendah di dunia. iaitu Laut Mati.

 

Terapung Di Laut Mati

Terapung Di Laut Mati

 

Saya beranikan diri untuk baring di laut mati akibat sentiasa dengar yang di dalam laut mati memang tak boleh tenggelam. Ini lah masanya untuk terapung bagi saya yang tak pandai berenang ini.

 

Memang betol. Terapung!

 

Airnya saya cuba sedikit di hujung lidah. Masyaallah! Tersangat masin sehingga rasa pahit yang amat! Batu-batu dikelilingi oleh garam yang masin ini.

 

Garam Laut Mati

Garam Laut Mati

Garam ni boleh bawa balik tau. Ramai yang bawa balik.

 

Di laut mati juga ada lumpur. Katanya lumpur ni bagus untuk digunakan bagi mereka yang ada masalah kulit. Juga nak mencantikkan kulit lagi.

 

Maka, ramai lah yang mencuba gambar salut lumpur ni hehe. Ambil peluang lah kan ehehe. Lumpur nya sejukkkk 🙂

 

Lumpur di laut mati

Lumpur di laut mati

 

 

 

Kat sana pon ada air mandian yang dah ditapis garamnya untuk tujuan mandi selepas berendam dalam laut mati. Air laut mati ni sangat masin dan sangat bahaya seandainya terkena mata kita. Rasa pedih yang amat!

 

 

Mandi selepas berendam di laut mati

Mandi selepas berendam di laut mati

 

Lagi satu, ombaknya agak kuat. Ia boleh menolak kita ke tengah laut yang mana kawasannya dalam tau. Jadi jika berdiri, kita tidak boleh pijak lagi batu mahupon pasir. Kita akan terasa panik. Masa inilah kita akan jadi macam mahu lemas. Berdebar-debar rasanya tau. Tak terhingga debaran tu. Saya ada ke tengah sedikit semasa baring tu. Syoklah kan rasa boleh terapung. Yang tanpa sedar dah menghampiri ke tengah. Cepat-cepat suami panggil untuk kayuh balik ke tepi laut. Syukur suami perasan dari awal. 🙂

 

Next post saya nak kongsikan tips nak mandi di Laut Mati tau. Mesti korang ternanti-nanti post itu kan? 🙂

 

Ingin mencuba suplimen dengan harga istimewa?

Ingin sertai bisnes Shaklee dan menjana pendapatan sampingan hanya dari rumah?

Boleh hubungi saya ye.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

 

 

 

8 Responses to “Terapung Di Laut Mati ~ Betol Atau Gimik Je?”
  1. Bahrain 23 January, 2017
  2. mrhanafi 23 January, 2017
  3. ema 25 January, 2017
  4. Uncle Zuan 28 January, 2017
  5. Raihanah 1 March, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017
  6. MeqZa Abdul Rahman 2 March, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 August, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge