Tips Travel Dengan Anak-anak Kecil Tanpa Marah-marah

Travel dengan seorang anak tak sama macam travel dengan 4 orang anak cilik yang aktif lagi bijak.

Fuh. Uji kesabaran yang amat! Lagi-lagi kami parents yang independant tanpa atuk nenek diorang tinggal bersama. Jadi fully handle sendiri semuanya  🙂

 

Kebetulan kami masih on travel. Jadi nak share sedikit tips. Dari Kemasik ke Kelantan, balik ke Kemasik balik. Then sambung ke Johor. Kemudian bercuti sambil bisnes di KL pula sekarang ni.

 

Dalam kereta, huru hara tu tetap ada. Walau anak makin besar dah. Kau cuit aku, aku cubit kau. Kau gigit aku, aku tarik telinga kau. Kau sorok frozen aku, aku retakkan lego kau. Hahah. Itulah lebih kurang azam garam tengah travel bersama anak-anak yang dah pandai fikir ni.

 

Ada lagi, kalau sorang nak kencing, semua kena paksa masuk toilet juga walau tak ngadu nak kencing. Jap gi kang kena benti lagi. Kikiki. Tapi bab uk uk takleh paksa. Ada ketika, kami 4 kali berhenti akibat 4 orang anak membuang pada masa yang berlainan. Sobariahhh sungguhhh kan 😤😤. Nak buat camno. Pencernaan diorang ni bukan sama. Lain-lain semuanya kihkih.

 

Bab bilik, memang suami yang pilih. Yoler. Budget endorser. Tapi yang decide nak ke tak bilik tu adalah queen dia lah. Iaitu saya . Kihkih. Nampaknya tak veto gak✌️️. Kena guna konsep demokrasi baru sama-sama gumbira kan. Hahaa

 

Cuti-cuti Legoland

 

Ni saya nak share tips nak travel dengan anak-anak 1 tahun hingga sekolah rendah:

 

1. Pastikan semua bawa kain baju semua cukup lengkap. Jangan tiba-tiba ada yang tak de baju dan terpaksa pakai baju bushukk kalau tak basuh. Sebab ada budak yang sensitif kulit dia kalau pakai baju sama tanpa basuh

2. Bawa mainan yang paling diorang suka. Satu je sorang. Biasanya kami ni anak-anak decide buku dan pensel warna serta mainan lego bagi Aiman la. Hantu lego memang macam ni lah kot. Lego lego lego😜

3. Makanan kena cukup. Dan pastikan tu kegemeran diorang. Kalau boleh, elakkan junk food. Nanti kang reputasi kesihatan diorang drop time travel akibat makan tak jaga. Biasanya kami bawa bekal air kosong banyak-banyak dan juga roti kegemaran diorang. Kiranya kalau lambat makan nasi pon, diorang dah boleh alas perut dengan roti

4. Vitamin yang diorang perlukan. Yep, vitamin kami memang tak tinggal. Untuk anak-anak ni kami letak dalam satu beg vitamin khas untuk diorang. Lepas je makan roti, diorang kena ambil vitamin C dan multivitamin serta minyak ikan terus. Kang terlupa nak ambil. Ni adalah short cut untuk elak diorang demam mahupon sakit time travel tau. Kalau diorang demam time travel, fuh. Ujian tambahan buat kita tu.

5. Back up ubat-ubatan. Kami kalau travel, ubat tetap bawa. Suplimen memang bagi. Namun jika perlukan ubat, kami bagi juga. Biasanya ubat tu jadi back up je. Tak digunakan pon. Anak-anak jarang demam. Sebab dah usaha dengan suplimen kan. Alhamdulillah mudah kerja.

6. Dalam kereta kena ada payung. Hujan ke panas ke, payung anak-anak dan kita mesti ada. Anak-anak kami memang ada payung sorang satu hihi.

7. Baju sejuk. Wah! Bawak jugak? Hehe. Aah saya bawa. Anak-anak saya biasanya kat bilik hotel especially lepas mandi kolam…diorang akan rasa sejuk lebih sikit. Jadi nak elak diorang kena selesema, saya suruh diorang pakai baju sejuk terus hehe.

8. Berus gigi, alatan mandi. Haa yang ni pon saya bawa lengkap untuk anak-anak. Diorang ni ada sensitif sikit pada certain sabun mandi. Ada pernah bila guna sabun hotel, naik gatal-gatal kat badan diorang. Hmmm. Kena sabar sangat lah kan ibu diorang ni. Anak ada mild mild ekzema memang sensitif dengan sabun hehe. Jadi ke mana-mana, kami bawa sabun sendiri lah untuk anak-anak. Takmo tanggung risiko menggaru garu. Spoil mood bercuti.

9. Bawa baju lebih kalau anak kecil jenis aktif nak makan sendiri setiap kali makan. Hazim ni kalau nak bagi dia makan, kena bagiii je dia buat apa pon. Dan biasanya, dia macam mandi lah. Semua makanan dia tuang atas baju dan seluar. Pampers lebih pon kena bawa ok. Towel kecik pon letak dalam kereta okeh. Memang hati kena sado sangat lah. Takleh perfectionist sangat untuk ni. Kalau dia tak makan, lagi kita haru kan.

 

10. Bawa tisu lembab untuk lap apa yang comot di tangan dan mulut anak.

 

11. Ibu dan ayah  kena ambil vitamin penenang. Ye, ini betol. Kalau tak, jadi singa memanjang tau. Ni dia vitamin penenang saya, iaitu b compleks dan ostematrix. Saya telan ni di kala saya gemuruh, hatta saya rasa serabut yang amat pontau. Heheh.

 

Haaa cukuplah 11 kan. Tips asas yang ibu abah perlu ambil berat bila travel dengan anak-anak kecil. Ni tips untuk dalam Malaysia lah. Kat luar negara tipsnya pon lebih kurang. Namun ada sedikit penambahan lah hehe.

P/S: klik share ye untuk dikongsi bersama yang lain.

#TipsTravelDenganAnak
#IbuAnak4
#HotMommiesHotKids

 

Nak cuba vitamin kanak-kanak mahupon vitamin penenang agar kita seharian gembira dalam uruskan anak-anak? boleh hubungi saya untuk order ye. Memang bahagia sangat bila tak marah-marah anak tau. At least mereka bebas untuk explore tanpa ibu dan ayah mereka alami mood swing. Hubungi saya tau. Saya tolong awak 🙂 Insyaallah. 🙂

 

Salam sayang,

Master Ira& Hafizan

013 942.2527

zahirahhafizan@gmail.com

Pengedar Shaklee Aktif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge