Tips Kawal Rasa Sakit Semasa Nak Bersalin

Hari ni, hari pertama Aiman pergi solat jumaat dengan abahnya di dalam saf yang sama. Boleh duduk sebelah sebelah dah. Boleh sentuh kaki ke kaki dah. Kan dah sunat. Boleh sebaris dengan orang dewasa dah. Besar dah anak ibu. Sob sob. Sebak rasa.

 

Tips Kawal Rasa Sakit Nak Bersalin

 

Teringat saya 7 tahun 8 bulan yang lalu, semasa lahirkan Aiman. Hari Aiman hampir lahir tu lah saya baru nak gi KB Mall nak cari baju untuk dia semua. Nak shopping alatan baby buat kali pertama. Tak pernah shopping pon sebelum-sebelum tu. Week 37 baru nak pergi cari semua barang. Menitik nitik peluh di tengahari cari parking kereta semua. Drive sendiri tu. My half kat Kedah masa tu. Mak yang temankan.

 

Sibuk bukan main shopping. Macam nak bukak shopping mall je gayanya. Yeleer…baru nak shopping! Tahan 37 minggu kandungan daripada shopping barang semua dek kerana nak beli kat Kelantan lah. Malas nak angkut dari Miri kononnya. Pilih tu pilih ni. Wangi-wangi semua baju. Meresap masuk ke hati terus. Semerbak rasa wangi. Tak sabar nak bersalin rasanya. Dah tak tau sakit bersalin camne lagi kan. Haha

 

Harga boleh tahan gak. Color pon cantik-cantik. Design macam-macam. 4 jam berlalu semasa pilih baju baby pon tak sedar. Seronoknya pilih baju baby.

Mak pon sama naik dengan saya. Dari hujung sini ke hujung sana semua baju satu-satu dipegang dibelek. Anak sulong katakan! Takde penat nak kena kejar baby time pilih baju. Heaven gittuuu. Layan kaw-kaw. Sedia duit je hehe.

 

Time pilih baju tu, rasa sesuatu keluar.
“Eh apa ni. Takkan aku terkencing kot. Takde rasa nak kencing.”

 

Sikit je keluar. Dek kerana saya dah bersedia jugalah segala info dengan cara membaca buku hamil dan juga dari blog, saya tau tu adalah air ketuban. Air ketuban dah pecah!

“Alaaa. Sikit je tu. Tak keluar banyak pon lagi ni. Lagipon tak rasa sakit langsung pon lagi. Nantilah gi KBMC jap gi. Shopping tak habis lagi. Takmau la gitau mak. Kang mak cuak pulak. Terbantut shopping”

😜😜😜

 

Tips kawal rasa sakit semasa bersalin

 

Ni lah penangan bila dah gali info semua complete dalam kepala sebelum bersalin. Cool relax overdose. Hehe. Bagus jugak. Tenang je rasa hati.

Teruskan pilih alatan baby semua sampai setel. Tolak 2 troli penuh ke kereta. Fuh. Satu-satu plastik dimasukkan ke bonet. Sarat bonek kereta dengan barang baby dan ibu baby je hehe. Penangan anak sulong kan. Haaa macam-macam ada. Duit pon sedap sedap keluar macam air hari tu. Masa ni guna duit gaji 100%. Bukan duit bisnes sebab belum buat bisnes lagi kikiki.

 

Masuk je ke kereta, saya bagitau mak. Dengan muka relaks je.

“Mak, long rasa air ketuban pecah dah. 2 jam lepas. Masa tengah beli baju baby tadi”

Mak bukan main cuak! Dah 2 jam kottt. Apasal tak gitau dia. Haha. Kan dah cakap. Mak mesti cuak punya. Confirm tak setel shopping kalau saya gitau mak awal-awal. Kuikui.

 

Mak dah membebel. Macam-macam mak tanya. Yelah dia risau. Tapi bila dia tengok anak dia ni rileks je, dia pon relaks jelah. Kan bagus tu. Influence mak sekali untuk rileks hihi

Saya terus drive kereta ke rumah. Tak rasa sakit lagi. Bolehlah drive. Hehe. Lagipon dekat je. Dalam 20 minit drive.

Sampai je kat rumah, saya terus call KBMC untuk gitau nak ke sana lah sebab air ketuban dah pecah. Saya packing baju baby semua, bawa ke KBMC. Saya juga yang drive. Dah takde orang kat rumah masa tu hihi.

 

Tips kawal rasa sakit semasa nak bersalin

 

Bila kat KBMC, nurse terus refer ke doktor pakar. Doktor pon macam saya. Rileks je. Sebab dia nampak saya belum rasa sakit kot.

Air ketuban berkurang sikit saja. Jalan baru terbuka 1cm. Kena tunggu 9cm lagi untuk terbuka bagi lahirkan Aiman.

 

Dari sini…satu episod di labour room akan bermula.

Sesuatu yang hingga kini masih segar di ingatan. Sakit nak bersalin bagi setiap anak memang berbeza. Siapa cakap tak sakit bersalin? Memang sakit. Cuma kita masih boleh kawal.

 

Camne cara kawal sakit semasa nak bersalin?

 

1. Fikir sekejap je sakit. Sekejap lagi nak jumpa budak kecil comel, wangi, bersih, suci anugerah dari Ilahi untuk kita. Ahli syurga datang ke dunia!

2. Fikir setiap titis darah yang keluar tu, pasti ada ganjarannya. Kita banyak dosa. Ni cara nak bersihkan dosa kita

3. Fikir satu contraction tu, satu dosa digugurkan! Lagi banyak contraction, lagi banyak dosa gugur! Kita bersih dari dosa

4. Fikir kita sakit ni sekejap. Orang lain lagi lama. Orang lain lagi kesian. Kita sikit je ni.

5. Fikir camni lah mak kita lahirkan kita. Camni lah mak mertua kita lahirkan suami kita. Besarnya pengorbanan mereka buat hidup kita.

6. Fikir kalau kita diberi peluang untuk hidup, kita nak jadi hamba Allah yang Allah sayang. Kita takmau dah buat dosa sebab kita dah bersih dari dosa.

7. Fikir sakit nak bersalin ni hanya 1 juzuk dari kematian. Sian orang yang kena bom. Lagi sakit!

 

Insyaallah, setiap rasa sakit tu Allah berikan ganjaran buat kita. Bertahan dan bersabarlah. Selawat banyak-banyak. Baca doa nabi yunus banyak-banyak.

 

Bila Allah cakap “Dah tiba masanya untuk tamatkan kesakitan kita itu…” lahirlah anak kita tu. Masa tu…hilang segala rasa sakit! Doktor jahit pon kita rilekssss je 🙂 . Betol nih.

 

Selamat bersalin buat mommies! Takpe. Kita boleh hadapinya. Insyaallah. 🙂

 

Nur Zahirah
Baru 4 kali bersalin. Cukuplah 4. ✌️

 

Baca >> Menyusu dan bersalin tanpa henti selama 6 tahun

Best info tips >> Tips susu membuak-buak

#IbuAnak4
#HotMommiesHotKids

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

2 Responses to “Tips Kawal Rasa Sakit Semasa Nak Bersalin”
  1. Uncle Zuan 14 December, 2016
  2. Azeni Ahmad 16 December, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge